Review: Don't Be Afraid Of The Dark

9:46 am


Don't be afraid of the dark mengisahkan Alex Hurst (Guy Pearce) dan makwe nya, Kim (Katie Holmes) tengah renovate rumah diorang yang cam seram sangat tu. Then, datang lah anak Alex ni, Sally (Bailee Madison) datang ke rumah tu dan terjumpa basement rumah ni dari dalam taman. Alex dan Kim ni punya lah seksaited nampak basement tu. terus lah try bukak dan selidik apa kat bawah tu. masa ni Sally dah dengar suara berbisik dari bawah basement tu dan seksaited jugak untuk tahu apa yang terselindung. siapa yang berbisik?

adalah makhluk-makhluk jahat yang dah lama terperangkap dalam basement ni. mula-mula dia ingat semua makhluk tu nak kawan dengan dia, tapi sebenarnya diorang ada niat jahat. diorang ni suka makan gigi budak. sampai kawan saya kata, "ini cerita mitos hantu gigi ni. LOL". so, Sally cuba nak bagitahu parent dia, nk bagitahu Kim, tapi semua orang macam tak percaya je dilema Sally ni. kesian Sally kena ganggu semua lah. sampai lah Kim ni pergi buat research pasal ni dan percaya kata-kata Sally. so apa yang terjadi? terbunuh ke mereka ni? boleh ke mereka lawan makhluk tak suka cahaya lampu tapi suka makan gigi budak, bisik-bisik romantik macam bercinta ni?

nak komen pun entah lah tapi saya pelik masa saat-saat klimaks tu, kenapa last-last tu barulah makhluk ngeri ni terfikir nak putuskan bekalan elektrik satu rumah? kenapa diorang tak buat awal-awal je? kan senang nak bunuh semua orang? dan masa part Sally duk sibuk tangkap gambar banyak-banyak guna polaroid tu, macam tergantung je. kami sebagai penonton nak jugak lah tahu apa yang terjadi? nampak ke gambar makhluk tu? tapi overall boleh lah cerita ni saya bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. ada lah jugak saya terkejut sampai rasa nak belasah orang sebelah saya tu. dan saya suka budak nama Sally tu berlakon sebab saya rasa macam dia tu matang dari usia. pandai Sally tu berlakon jadi macam budak saiko.



actually, saya ke Premiere Screening filem ini malam selasa lepas sebab menang tiket dari Nuffnang. terima kasih Nuffnang sebab beri saya peluang untuk menonton wayang free macam ni. hikhikhik... so, saya dan rakan saya yang kacak itu dapat total 4 tiket. seorang dapat 2 tiket. lepas kerja hari tu memang seksaited lah nak pergi GSC Midvalley Megamall ni. tergesa-gesa saya siapkan cargo insurance last-last minute tu.


saya pergi sana dengan Isa, rakan Twitter saya. sebab tak tahu nak ajak siapa kan, dia je yang respon tweet saya maka saya belanja lah dia satu tiket. belanja lah sangat padahal dapat free. gigih kami pulang dari kerja terus drift ke Midvalley. nasiblah jalan tak jem. dengan selekeh nya pakai baju kerja ni pergi GSC. bergegas nak collect tiket. beratur punya lah panjang.



sampai sana,teman saya sudah menanti. dia lah menang lagi 2 tiket tu. saja nak collect sesama sebab nanti boleh duduk dekat-dekat dengan orang yang dikenali. sebab ramai yang saya kenal pun, malam tu dapat menang tiket Shark Night 3D. cisdel betul. sangat jeles ok? masa ni memang dari awal lagi, ramai betul pemenang tiket Premiere Screening ni beratur nak ambil tiket. jumpa jug blogger lain seperti Hamzah dan Ujang. nasib lah movie kami tak ramai menang so beratur pun kejap je. semua ramai tengok Shark Night 3D je. sobb sobb...

  

ni Cik Senah, penulis lirik Cinta Muka Bulu (parody Cinta Muka Buku) tu lah. yang pemes kat twitter tu. auwww...saya ajak girlpren saya ni last minute sebab ada kekosongan satu tiket. nasib dia free. tak ajak kang rasa rugi lah burn 1 tiket kan? dia ni datang lambat. artis kan, mana boleh datang awal. LOL. 



kat sana, saya jumpa Liyana Lunia dan Dilakochan. kawan-kawan twitter blogger ni. lama dah kenal Liyana, kebetulan baca tweet dia haritu kata pergi tengok Shark Night 3D malam tu, so ajak lah berjumpa. tak pernah jumpa lagi maka seksaited macam biasa. tengok lah Cik Senah. sengal dimana-mana sahaja. 


lepas tu, kebetulan abang saya Syed Salleh pun datang jugak tengok Shark Night 3D (ok, kenapa semua menang tiket tu? benci lah), kesian dia eksiden depan Midvalley. nasib tak teruk jatuh motor. adik dia yang tinggi lampi dan kacak tu pun ada sekali. ok, saya memang lah sangat pendek bila berdiri sebelah Syed Abdullah ni kan?



sekali lagi, sebelum masuk cinema hall 10 tu, kami seksaited jumpa Cik Epal (dia pun tengok Shark Night 3D). lagi-lagi Cik Senah malu-malu kucing jumpa Cik Epal. katanya, dia peminat Cik Epal. lagi terus malu bila Cik Epal sebut pasal Cinta Muka Bulu. ok, ni siapa peminat siapa ni? lepas tu kami amsuk wayang, sesungguhnya Isa dan Cik Senah paling mereng. saya pun tak paham diorang ni tengok movie seram pun dah macam movie komedi. boleh pulak watak Kim tu, diorang bayangkan Kim Kardashian? siap gelak-gelak dalam panggung. tu belum lagi dengar cerita dari Isa, macam-macam pasal Cik Senah merepek masa tengok cerita tu. ahaks! apa pun, thanks guys sebab menghappy kan diriku sepanjang malam tu. eh eh, kroang pergi lah tengok jugak movie ni, then korang review pulak camne ok? 

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook