Review: Johnny English Reborn, Bini-Biniku Gangster, Abduction, Karipap-Karipap Cinta

7:52 am

sudah saya katakan di mukabuku, jika dalam mood bercuti sememangnya saya malas nak buat review walaupun waktu cuti ni lah paling banyak menonton wayang di GSC East Coast Mall tu. biasalah, kat sini tiket murah. tak macam kat Ipoh tu, saya nak beli tiket wayang pun fikir dua belas kali. kali ini nak review banyak-banyak terus semua movie yang berjaya ditonton sepanjang cuti dua minggu.



Johnny English Reborn

Johnny English kembali menjadi agen rahsia MI-7 selepas terlalu lama berada di Tibet angkara perasaan malu akibat kegagalannya dalam misi menyelamatkan Presiden Zimbabwe sebelum ini gara-gara kecuaian diri sendiri. Untuk misi terbaru ini, Johnny English mengenal pasti dan menghentikan niat jahat sekumpulan pembunuh antarabangsa yang tidak diketahui identiti dalang disebalik kumpulan ini. Kumpulan pembunuh antarabangsa ini merancang untuk membunuh pemimpin negara China. Dalam misi ini, Johnny English dibantu oleh Ejen Tucker dan atas sebab kepandaian Ejen Tucker dalam dunia perisikan, mereka dapat kenal pasti kumpulan pembunuh antarabangsa yang digelar Vortex itu merupakan dalang yang sama di sebalik kejadian pembunuhan Presiden Zimbabwe sebelum ini. Siapakah dalang disebalik semua kejadian ini sebenarnya? Berjaya kah Johnny English dan Ejen Tucker dalam misi mereka?


Siapa tidak kenal dengan Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean ini? Beliau memang lucu dan penuh lawak jenaka. Movie ni adalah kesinambungan dari Johnny English yang pertama pada tahun 2003. Tapi bagi mereka yang tidak pernah tmenonton episode pertama Johnny English pun tidak mengapa, kerana dalam filem ini ada sedikit sedutan kisah apa yang telah Johnny English (lakonan “Mr Bean” Rowan Atkinson) lakukan. aksi-aksi lucu dari Rowan Atkinson terlalu selamba akan mencuit hati penonton. Beliau diberikan kesemua peralatan yang canggih seperti yang kita selalu tonton dalam mission impossible dan james bond. Tetapi oleh kerana ‘kebodohan’ Johnny English ini, barangan tersebut selalu sahaja disalahgunakan dan menjadikannya suatu jalan cerita yang lawak. setiap scene juga ada lucu nya sendiri. paling lawak, watak Johnny English sentiasa tersalah membelasah individu yang beliau anggap penjenayah tapi sebenarnya bukan. malah, Ratu England juga dibelasahnya! banyak lagi aksi lucu yang anda perlu tonton dalam filem ini. kalau anda alert juga, anda boleh lihat anak Rowan Atkinson ada berlakon dalam filem ini. yang mana satu? cari sendiri.

Rate: 5/5 bintang


Bini-Biniku Gangster

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat manja, romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik tanpa diketahui, sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya disamping untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Pergaduhan antara mereka semakin berlarutan apabila Manja dan Reanna terserempak dalam satu pergaduhan antara dua kumpulan. rupa-rupanya Reanna ialah adik kepada Min Siam dan dia juga merupakan gangster. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kemanakah Herry pergi? Bagaimana nasib Manja dan Reanna selepas ketiadaan Herry? Apakah yang berlaku disebalik semua ini?

Ramai kata filem ini dicedok idea dari filem luar iaitu My Wife is Gangster ke apa entah tajuknya. entah lah, tidak pula saya tahu cerita tu. overall, cerita ini tak best mana lah. agak bosan, dan lawak yang dibuat-buat. saya tak tahu mana satu perlu saya ketawa entah. aksi-aksi gangster juga biasa seperti filem-filem gangster sedia ada di negara kita. jalan cerita juga agak membosankan. kalau saya dah mula main twitter ketika menonton wayang, itu bermakna filem tersebut tidak berjaya menarik perhatian saya. tapi kan, Yana Samsudin sangat comel dalam filem ni bila part dia buat muka manja. heeee~

Rate: 2/5 bintang



Abduction

Filem ini mengisahkan Nathan lakonan Taylor Lautner yang kacak gila tu, seorang pelajar sekolah menengah yang kelihatan biasa seperti budak-budak lain. tapi semuanya terbongkar apabila ketika melakukan tugasan sekolah bersama kawan sekelasnya, Karen, dia terjumpa gambar dia masa kecik dalam salahs atu website kanak-kanak yang dilaporkan hilang. Nathan cuba menghubungi pihak yang berkenaan dari website itu tanpa diketahui, tindakan itu membahayakannya. Rupa-rupanya selama ini, Nathan hanyalah anak angkat kepada pasangan ejen dari CIA dan ada sebab mengapa dia diambil dan dijaga macam anak sendiri.

Dia rupanya anak kepada seorang agen ni yang bernama Martin dan mak kandungnya dah meninggal dunia selepas dibunuh masa kecil. Rupa-rupanya mimpi setiap malam yang datang dalam tidurnya adalah kejadian ketika dia masih kecil. Lepas terkantoi dia anak angkat dan si pemburu tahu lokasi dia, parent angkat Nathan dibunuh. nathan dan Karen melarikan diri selepas kejadian itu dan mereka diburu kerana Nathan ada list nama orang yang jual information CIA. Sebenarnya, pemburu semua ni buru Nathan untuk dijadikan umpan supaya bapanya, Martin beri list nama tu tapi tanpa sedari semua list nama tu ada pada Nathan lepas dia jumpa dalam apartment bapa kandungnya. apakah yang bakal terjadi kepada Nathan dan Karen? berjayakah pemburu itu dapatkan Nathan dan siapakah dalang disebalik semua ini?


Overall, action dia ada jugak yang best tapi Taylor Lautner ni macam tak sesuai je jadi hero? Karen berkening lebat tu pulak sama juga macam tak sesuai jadi heroin. ok, perasaan dengki ni sebab Taylor hensem sangat. jalan cerita macam biasa je. tapi better lah dari buang masa menonton Bini-Biniku Gangster kan? cuma dah tengah-tengah cerita baru saya nak faham cerita ni. aihh~~

Rate: 3/5 bintang



 Karipap-Karipap Cinta


Filem komedi ini mengisahkan Ali yang bekerja di syarikat penerbitan majalah yang telah jatuh hati kepada Sarah iaitu merangkap kepada rakan skerja teman serumah Ali. Dalam percubaan untuk memikat Sarah, niat Ali sedikit terbantut apabila rakan serumahnya memberitahu bahawa Sarah merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Al-Azhar dan keluarganya juga bercadang untuk menjodohkan Sarah dengan seorang ustaz. Ali kemudiannya terpaksa menipu Sarah dan keluarga dengan mengakui dirinya juga bekas graduan Universiti Al-Azhar demi cintanya pada Sarah. Ali juga sanggup berkorban dengan memecah masuk rumah dan pejabat bosnya sendiri dengan dibantu oleh tiga rakan karibnya untuk merampas kembali dokumen yang diambil oleh bosnya dalam misi menjatuhkan maruah ayah Sarah. Namun keadaan menjadi semakin tegang apabila tembelang Ali menipu Sarah akhirnya terbongkar. Hanya kuih karipap menjadi harapan terakhir Ali untuk kembali memenangi hati Sarah. Berjayakah Ali memikat hati Sarah semula?

Cerita paling merepek dan mengarut pernah saya tonton. dah lah saya beli DVD original filem ni harga RM 2 je kat kedai CD dalam east Coast Mall. ORIGINAL tahu? RM2 je pulak. betapa teruknya. mungkin kerana penangan Gambit Saifullah pernah buat hal dan isu-isu kontroversinya sebelum ini memberi impak kepada filem ini? mungkin lah kan. tapi sesungguhnya cerita ini sangat merepek. paling tak paham, Sarah tu pelajar terbaik Universiti Al-Azhar dan kononnya bapanya juga terkenal dengan sifat warak sangat-sangat lah. tapi Sarah pakai tudung ala-ala siti je. mak dia pun sama. siap ada part bukak tudung dan rambut diwarnakan perang lagi. heh, tak paham lah! hehe~

Rate: 1/5 bintang


sekian sahaja review yang sangat panjang untuk empat filem berlainan. takde masa lah nak update asing-asing. nak baca, bacalah. taknak sudah. haha! semalam ada juga saya cuba merasai pengalaman menonton filem 5D di Berjaya Megamall, Kuantan sempena IT Fair. memang terniat pada awalnya untuk cuba menonton filem 5D di tingkat 3, tapi dah alang-alang ada yang Free kat booth Kaspersky sempena IT Fair, terus saya dan rakan cuba. fuh, memang seronok! sakit juga badan ni bila seat bergerak tak tentu arah. dan menerima percikan air juga. nama pun 5D kan? pawagam filem 5D di Berjaya Megamall pun dikatakan yang pertama di Malaysia. siapa yang nak cuba, boleh lah ke sana. heee~

You Might Also Like

7 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. omar, aku tak dapat approved komen ko ntah nape. utk jawab soalan ko, bukan dlm masa sehari... tapi dalam masa seminggu.

    ReplyDelete
  3. cik neyra... APASAL WAKTU AKU DOK KAT PAHANG TAKDER LA PLAK GSC SITU NAK UPGRADE HAAAAAAAA? time aku matrik pun still lagi dgn pawagam masam dia....

    giler jeles aku tau!!! grrrr

    ReplyDelete
  4. Salam..
    saya tak tengok lagi karipap-karipap cinta...tapi novelnya sangat best..penceritaan novel sangat rileks, lawak dan sempoi..tapi memang payahlah kalau nak dijadikan filem...

    baru tahu johnny english pernah ada tahun 2003...

    my wife is gangster movie korea kan

    ^___^

    ReplyDelete
  5. syahira; ko kena terima hakikat kuantan da maju sikit hahha

    hurulaini; tu la org kata novelnya ok. filem kurang menarik. heeee

    ReplyDelete
  6. http://wanwidget.com
    johnny english jer aku belum tgk lagi

    ReplyDelete
  7. wahhh
    revie yang terbaik,sekaligus smpai 4 movie plak tu

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook