Review: Ice Age 4 Continental Drift

2:54 am


baru tengok Ice Age 4 last week. sangat slowpoke rasanya. haha~ Mula-mula rasa malas nak tengok, tapi sebab dah tengok Ice Age sebelum-sebelum ni, rasa tak lengkap kalau tak tengok jugak. Seperti biasa, filem Ice Age akan dimulakan dan diakhiri dengan babak kejar mengejar antara tupai tanah dan buah keras. Cerita dia bermula dengan Scrat yang cuba memiliki Hazelnut kesayangannya dengan bermacam macam halangan bumi terbelah kononnya. terpecah habis semua benua gara-gara si Scrat ni ha. babak pertama dah menunjukkan lawak! comel betul Scrat.



Ice Age 4: Continental Drift berkisar cerita pasal Peaches, yang merupakan anak pasangan Mamoth si Ellie dan Manny tu yang dah besar, bila dah remaja makin degil dan tak dengar cakap kata ibu bapa. Sampailah keadaan menjadi rumit baru nak menghargai mereka. dia ni saya saspek Msedang melalui fasa-fasa kacau bilau emosi remaja sebab Manny duk kontrol 24jam anak dia ni..biasalah remaja sikit-sikit nak memberontak. haha~ in before, si Sid pulak dilema sebab keluarga dia datang dan tinggalkan nenek dia yang dah tua kerepot untuk Sid jaga. comel gila Granny ni dah la banyak cakap, lepastu kelakar. apa pun, hanya sebab Scrat yang sibuk kejar seketul kacang dia tu, sampai habis pecah segala benua, si Manny, Sid, Diego dan Granny ni terpisah dari kelompok semua binatang. masa stuck tengah-tengah laut, pelbagai cabaran mereka lalui termasuklah jumpa lanun yang sangat gangster! tapi akhirnya berjaya mereka lepas semua cabaran. si Diego pulak sempat jatuh cinta dengan Shira, dan Granny pulak akhirnya bertemu dengan bimaginary pet dia selama ni, Precious. Ikan Paus baq hang!

Cerita ini berakhir tentulah dengan mereka semua dapat bergabung semula dengan keluarga dan kawan-kawan mereka yang lain. banyak nilai-nilai pengajaran seperti ikatan persahabatan, kekeluargaan, kerjasama, dan sebagainya yang boleh diambil iktibar dari filem ni. overall, 4//5 bintang untuk filem ni. terbaik kelakar! haha~

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook