Review: The Dark Night Rises

2:39 am



dah tengok cerita Batman ni hari kedua dia keluar lagi. Then tak sempat-sempat nak buat review. dasar pemalas. haha~ siapa tak kenal Batman kan? superhero semua orang dari kecil ni. selepas beberapa tahun tak menonton filem Batman ni, ingatkan dah takde langsung cerita Batman baru. Christopher Nolan finally lengkapkan jugak trilogi cerita Batman dia ni. Dalam the Dark Night Rises, Nolan buat macam filem ni filem Batman without a superhero. why? jengjengjeng...



Walaupun agak bercanggah dari versi komik Batman asal, pembaharuan dalam filem The Dark Knight Rises memberi satu kelainan dan kekuatan dengan kewujudan Cat Woman dalam filem ni, dan cerita yang agak berbeza dari filem sebelum ni. Filem ni sebenarnya menceritakan perjuangan terakhir Batman selepas 8 tahun kematian Harley Dent dalam filem sebelumnya yang telah patah semangat dalam perjuangan. Bandar Gotham dipenuhi dengan aktiviti jenayah dan Akta Dent diperkenalkan untuk memerangi kes-kes jenayah yang ada. Dalam the Dark Night Rises juga muncul watak Selina, pencuri yang licik dan juga Bane, yang merancang untuk memusnahkan bandar Gotham dan menghapuskan Bruce Wayne.

10 fakta tentang filem ini:

1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak gelap trilogi ciptaannya.

2. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.

3. Antara barisan pelakon wanita yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.

4. Antara pelakon lelaki yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.

5. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.

6. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX di rosakkan.

7. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.

8. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang disediakan.

9. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".

10. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah pernah menonton filem tersebut.

Dalam The Dark Night Rises, saya paling suka watak Bane sebab dia ni ganas,semua orang nak dibunuhnya, tapi dalam hati ada taman. dia jatuh hati dengan Miranda Tate, malangnya telah di-friendzoned oleh Miranda. haha~ apa-apa pun, filem The Dark Night Rises katanya lebih hebat dari filem The Amazing Spiderman. hakikatnya, memang pun! berapa bintang? 5/5 bintang.







You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook