Review: Step Up Revolution

6:57 am


Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Musical / Dance
Duration: 1 Hour 39 Minutes
Director: Scott Speer
Cast: Alyson Stoner, Adam G.Sevani, Stephen Boss

selepas menonton Total Recall, terus pergi sambung tengok Step Up Revolution pulak. bab-bab marathon movie ni gigih sikit sebab tengok hari jumaat, pakai harga student murah haha~ rasa macam baru je lagi tengok Step Up 3D masa intern hari tu, ni daha da Step Up revolution pulak dah. 



Filem Step Up Revolution ini mengisahkan Emily Anderson, anak perempuan kepada seorang ahli perniagaan, tiba di Miami dengan bercita-cita untuk menjadi seorang penari profesional, dan kemudiannya jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian yang dipanggil The MOB. Sean berusaha untuk memenangi pertandingan You Tube dengan hadiah USD$ 100K bagi siaran yang mencecah 10Juta langganan. Tetapi bapa Emily pula mengancam untuk membina sebuah hotel besar di tempat tinggal Sean, serta menggambil alih apa yang Krew The MOB miliki selama ini. Emily bergabung dengan Sean dan juga The Mob untuk melakukan satu protes mob untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka.

Filem ni memang tak bosan sebab permulaan cerita dah keluar scene Flash Mob beramai-ramai atas kereta di jalan raya. dalam filem ni, pelbagai tarian flash mob yang sangat kreatif dihasilkan oleh krew The Mob, di semua tempat yang takkan orang jangka kan mereka akan muncul tiba-tiba dan buat flash mob, lepas tu blah macam tu je. setiap kali sebelum tinggalkan tempat diorang terjah tu, mesti diorang tinggalkan trademark kat situ. terbaik punya kreatif diorang buat. costume pun semua cantik. memang teruja la nak tengok.


hero dan heroin sangatlah romantik jiwang segala bagai. tengok badan Emily tu fuh fuh fuh lentik gila menari. abam hero tu pulak six pack abes. ketak-ketak gitu body dia. untuk last scene, ada mamat ni.. korang kenal tak? kalau tak kenal, nampak sangat tak pernah tengok Step Up sebelum ni. hehe~ overal cerita, boleh la.. tak bosan sangat, dan abaikan saja storyline filem ni...fokus pada tarian diorang yang memang WOW! rugi kalau tak tengok filem ni. cuma sedikit sesal kena lari pergi toilet 2 kali sebab kesejukan melampau hall no 2 GSC Ipoh Parade tu. heee.. berapa bintang? 3.5/5 bintang.


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S