Review aplikasi android Denaihati terbaru

8:09 pm


Bloggers di #bloggrrr 
credit gambar: Kak Kujie


Perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14 Disember 2013 yang lalu banyak menemukan aku dengan blogger-blogger yang dah lama berkenalan di alam maya. Lama juga dah pergi event macam ni sebab dah kurang blogging. hehehe.


Aku bersama piala kemenangan JomPHP.


Tahniah diucapkan kepada 11 pemenang Blogger Award tempoh hari:

Best Food and Travel Blog – TheBigSmallBoy 
Best Personal Blog – Denaihati 
Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
Best Blogshop – EightDesignsBoutique 
Best IT and Gadget Blog – JomPHP 
Best Art and Photography Blog – TheEggYolks 
Best Entertainment Blog – RotiKaya 
Best Sports Blog – Sokernet 
Best Fashion and Beauty Blog – Maxmayo
Best Family and Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
Best Automotive Blog – Paultan


Dan Tahniah banyak-banyak diucapkan kepada bro Denaihati sebab menang Best Personal Blog di #blogrrr. memang dah agak Denaihati akan menang. Tahniah juga kepada Team Denaihati kerana telah berjaya membina aplikasi terbaru di Google Play Store. mari kita review sikit applikasi baru Denaihati ni.



Untuk install applikasi ini, first mesti lah kita search dulu di Google Play Store tu.
(link: applikasi Denaihati).
Search word: Denaihati , terus keluar paparan di bawah:


tekan Install, sekejap je dah siap! tak susah kan?


Selepas install, dan paparan pertama applikasi Denaihati

kalau bukan hijau tu memang tak sah Denaihati ni.
cantik je kan interface bila bukak applikasi Denaihati ni?
kemas dan cantik.


Paparan muka Blog Denaihati

dalam bahagian pertama iaitu blog, tersenarai entri-entri terbaru dalam keadaan kemas tersusun.
susunan entri-entri macam ni memudahkan pembaca. dan kalau tekan button refresh kat atas tu, akan keluar entri-entri terbaru kalau ada la. hehe. macam tadi baru je screenshot paparan ni, tekan refresh tengok ada baru tentang 10 entri popular November 2013 pula.


Paparan muka Facebook dan Twitter

dalam bahagian Facebook, ada 3 pilihan pembaca boleh view Facebook milik Denaihati iaitu; Denaihati.com, Denaihati Network dan Hidupkan Untuk Memberi. Terdapat juga paparan untuk Twitter dan dari dua bahagian ni, pembaca boleh dapatkan update-update terbaru dengan lebih mudah dalam satu applikasi ringkas.


Paparan muka Youtube dan Instagram

ini paling menarik. selalunya bukak Youtube nak search apa semua macam leceh dan malas bagi saya lah. bila dah sekalikan dalam satu applikasi macam ni, mudah nak view. dan bahagian Instagram juga menarik, tak perlu bukak Instagram, dari applikasi Denaihati juga boleh view semua gambar yang dah di-insta kan.


Paparan muka Hubungi dan Find Us

untuk yang berminat untuk hubungi Denaihati, boleh ke bahagian hubungi dan terdapat email dan juga dalam bahagian find us ada maps lokasi team Denaihati.


kesimpulannya, applikasi Denaihati yang terbaru ini:

- lebih kemas dan cantik.
- user friendly sebab navigation dan whole apps senang difahami
- tak ambil masa banyak untuk loading.


oh ye, mula-mula nak install dalam iPhone 5 tapi rupanya tiada lagi. sebab tu install dalam Samsung S3 je dulu. untuk pengguna Apple, jangan risau. nanti ada lah tu applikasi Denaihati dalam Apple Store. dalam pembikinan. hehe~

Semoga Denaihati terus maju dalam industri blog kita. Aminnn...



You Might Also Like

3 comments

  1. Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. awesome kan apps dia
    mudah dan cepat

    apepun, good luck utk entri ni

    ReplyDelete
  3. Tahniah…..sama-sama kita pasang apps ini di smartphone kita dan moga memberi manfaat kepada semua sambil memeriahkan segmen review aplikasi terbaik daripada Denaihati. Semoga dapat bonus nanti sempena akhir tahun ini.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook