Solo Trip: Tachileik, Myanmar

1:30 am


....bersambung dari entry Solo Trip: Chiang Rai, Thailand



Go to Myanmar, shall we?

okayh, dari border Mae Sai, Thailand dan Tachileik, Myanmar...
lepas parking dan berjalan-jalan dalam market Mae Sai tu...
terus ke imegresen dan urus kan hal nak keluar dari Thailand.
kat sini, kita kena tinggalkan passport kita.
dan apply permit masuk Myanmar.
Khun Nui kena tinggal sebab dia takde passport. 
hahaha~~




Entry Permit to Myanmar

Entry permit ni kena bayar 500bhat.
mahal kan?
nasib lah. asalkan dapat stamp negara Myanmar dalam passport.
 hahaha.
tak datang dan jejakkan kaki ke sini, macam tak lengkap hidup.


City of Golden Triangle.


pintu masuk ke Myanmar


atas friendship bridge Mae Sai - Tachileik

masuk je bandar Tachileik ni rasa feeling pelik.
berlainan dengan Thailand.
semua orang pandang pelik.
aku dah pegang bag kuat-kuat.
tak ramai tourist masuk sini.




pekan Tachileik, Myanmar.

ini lah pekan Tachileik, Myanmar. 
sini susah sikit berkomunikasi mulanya.
semua cakap bahasa pelik.
tapi menarik lah.
banyak barang murah!
lagi murah dari Thailand.
kain cantik-cantik baru 190 bhat. siapa tak geram?
oh ye, sini memang guna Thai Bhat. 
sebab diorang cakap kalau guna duet Myanmar tak untung.
matawang terlalu rendah nilainya.

 



suasana pasar Tachileik, Myanmar

sini banyak kain. terlalu banyak.
rambang mata tapi aku beli selai je.
kacang pun banyak. 
terlalu murah sangat kacang kat sini.
3 plastik besar baru 100bhat!
ada yang 50 bhat!

lagi satu, kalau dah datang Myanmar ni apa lagi...
THANAKA!



gadis Myanmar pakai Thanaka

kalau lah aku ni buat bisnes Thanaka, rasanya dah habis borong.
tapi sebagai backpacker takkan nak angkut Thanaka semata dalam backpack.
kat sini, Thanaka bekas hijau tu yang kecik cuma 50- 60 bhat.
yang saiz besar 100bhat.
kalau kat Malaysia, yang besar tu RM 20 dah tu.
then sebab jumpa adik beradik muslim pakai tudung berniaga Thanaka, 
aku beli la jugak Thanaka Loose Powder.
susah jumpa tu kat tempat lain.
3 bekas = 500bhat.

Thanaka ni sejenis kosmetik dari Myanmar, tapi natural dari kayu Thanaka.
diorang proses sampai la jadi serbuk atau air,
tapi amcam bedak sejuk la.
setiap pagi diorang pakai untuk melindungi kulit muka dari cahaya matahari
yup, memang hampir semua pakai 
takde rasa malu tapi bangga.
kalau kat Malaysia ni memang aku pakai topeng dah ni.


air mineral kat Myanmar


baru duduk nak cari makanan

then dari akak jual Thanaka tu...
dia tanya dari mana.
bila jawab Malaysia.
hah...tu dia riuh satu pasar.
akak tu cakap ada orang tahu cakap bahasa melayu berniaga situ.
jumpa lah pakcik sorang ni.
dia cakap dia pernah kerja kat Malaysia 5 tahun.
penang dan kuala lumpur.
cakap loghat penang pekat gila.
tapi alhamdulillah, dapat juga translator di bumi Myanmar ni.
siap jumpa lagi sorang akak ni berniaga batu jade. 
pandai cakap Kelantan.
sumpah tak rasa kekok dah duduk situ.

then, satu aku kagum. diorang sanggup membantu.
dia bawak aku ke setiap kedai. tolong cakap Myanmar.
siap pass-pass kat kawan-kawan lain.
tunjuk mana jual makanan Muslim
sampai lah ke kedai ni.
restoran ni ya rabbi tak bersih.
tapi standard la semua kedai kt situ mcm tu.
last-last aku makan ayam goreng je. 
tu pun dah macam ayam itik gak bercakap dengan tokey kedai tu.




handbag yang berjaya dibeli, 350 bhat




pintu masuk North Thailand

then selepas beberapa jam di Tachileik, Myanmar
terus keluar dari Myanmar dan masuk Mae Sai, Thailand semula. 
ambil gambar ala-kadar.
dan terus bergerak ke lokasi seterusnya. 
kemana? Done Xao, Laos.
ye, aku travel 3 negara dalam sehari.
hahaha~

....bersambung entry Solo Trip: Done Xao, Laos








You Might Also Like

9 comments

  1. jalan-jalan sakan ni, memang bestlah..
    baru tau orang Myamar pagi-pagi pakai bedak sejuk.

    ReplyDelete
  2. @denaihati

    heheheh bedak Thanaka tu da makin femes jugak kat KL ni. pakai memang best sebab rasa soft je kulit

    ReplyDelete
  3. SLM. Eiyra tahun nak ke mana? Boleh join ke?

    ReplyDelete
  4. SLM. Eiyra tahun nak ke mana? Boleh join ke?

    ReplyDelete
  5. SLM. Eiyra tahun nak ke mana? Boleh join ke?

    ReplyDelete
  6. senang tak nak masuk sana.? kami tgh reiki2 ni. alang alang ke GT

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook