Ulu Yam Di Liverpool - Aku Bukan Mat Salih Celup!

7:38 am


Kira-kira lima atau enam bulan yang lalu, saya langsung tidak mengenali siapa dia insan bernama Nazali Noor ini. dan satu hari tu, ketika berbual bersama seorang teman yang bernama Firdaus, dia tunjukkan gambar buku merah ini sambil berkata, 

"buku yang aku order dah sampai!"


lihat sahaja tajuknya sudah saya tahu kenapa Firdaus teruja. apa sahaja yang melibatkan nama Liverpool pasti buat dia teruja. ah, saya kira buku ini biasa sahaja mungkin. tapi bila saban hari lihat abang Nazali Noor tag tentang buku ini di Facebook Firdaus, dan Firdaus juga ceita serba sedikit tentang buku ni, terus rasa nak beli dan baca juga. memandangkan kerjaya saya yang sangat sibuk tiada masa nak ke kedai buku lain, dan juga susah nak order online sebab selalu tiada di rumah maka saya mengharapkan MPH Bangsar Village tu ada lah UYDL ni. malangnya kakak MPH mesti akan jawab, 

"maaf dik. dah sold out. takde stock lagi ni dik"

dan selepas satu bulan menanti,  akhirnya tiga bulan yang lalu saya dapat buku ini di MPH Bangsar Village, itu pun berlari ke MPH lepas kakak MPH bagitahu buku dah sampai. 

Ulu Yam Di Liverpool membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan. membaca kisah penulis tentang zaman membesar di Ulu Yam, samil bercerita juga serba sedikit tentang Beranang.... haih, rindunya hati ini dengan bumi Beranang. hampir empat tahun tinggal disana dulu.

dari satu kisah kepada kisah yang lain, hati sering tercuit dengan kenangan lalu. saya juga budak kampung seperti abang Nazali Noor. kenangan kena gigit tebuan? ah itu juga pernah saya rasa! fobia dengan matematik, gagal bercinta, semuanya.

belum masuk part betapa besarnya pengorbanan Kak Ainon, isteri Abang Nazali. really superwoman!
 ada ketikanya, air mata saya menitis kerana kisah yang disampaikan sungguh menusuk jiwa. 




Ini memang tabiat yang sukar dibuang. selalunya, saya baca buku saya suka ambil gambar ayat-ayat yang saya suka, dan saya kongsikan dengan followers di Twitter atau Facebook. dan saya rasa, banyak sungguh ayat dari buku UYDL yang saya kongsikan di Twitter. sungguh, buku ini sangat meng-inspirasi kan saya. 

terima kasih, Firdaus kerana introduce buku ini pada saya.
terima kasih, abang nazali untuk buku yang cukup meng-inspirasi kan ini. 

dan kalau abang nazali nak tahu, saya bawa ke hospital buku ini dan saya habiskan bacaan malam sebelum saya kena operate esoknya. sunnguh, sedikit sebanyak sebenarnya, buku ini banyak bagi motivasi dan kekuatan untuk saya kena operate esoknya tu seorang diri. 

ini UYDL yang pertama. bagaimana pula UYDL yang kedua? 
akan saya kongsikan di entri seterusnya.


Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat - Nazali Noor

You Might Also Like

2 comments

  1. buku ni, kisah pengalaman penulis kot, baca sebahagian pun rasa menarik.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S