Solo Trip: Medan, Indonesia - KLIA2 Experience

3:05 am





Medan Trip ni sebenarnya 11 - 13 May haritu, tapi sebab kekangan masa maka ni baru ada masa nak update sikit pasal ni. macam biasa, unplanned trip ni selalu dah terjadi dalam kehidupan seharian seorang Neyra. so semua tiket, dan urusan hotel selesai dua hari sebelum terbang. kali ni saya naik Air Asia untuk ke Medan, Indonesia. Total return tiket dalam RM138.00. 
so sebelum pergi konpiden la menukar sejuta rupiah di Masjid India. lepas tu boleh pulak lupa nak setting access ATM card untuk kat sana. jilaka memang sejuta rupiah tu je la yang ada. dengan beberaa ratus ringgit duit Malaysia. 



saya ke KLIA2 Airport 10 May tengah malam. biasalah flight pepagi buta ni memang kena la datang awal ke airport. masa ni Air Asia baru sehari pindah ke KLIA2. airport ni pun fresh from oven gitu! ada shopping mall, and sangat besar. not bad! hilang bosan tak macam selalu lepak KLIA or LCCT dulu. most of the shops bukak 6am - 12am. ada jugak yang 24 hours. fuh memang alive sentiasa! 


rezeki seorang Neyra malam tu, MrKay yang baru habis kerja roger ajak supper di Texas Chicken. dia belanja. terima kasih kerana memahami perut ku memang lapar kebulur lepak memalam di KLIA2. not bad la 1 set Texas Chicken ni errr tak sampai RM10 kot? ke RM10 entah. murah dari McD and KFC kalau harga airport. 


malam tu tak boleh tidur entah kenapa. so jalan-jalan maka terjumpa port tidur baik punya. Level 2M ni bersepah orang tidur. maybe sebab lampu baik punya tak terang sangat and sini banyak port nak charging handset. maka ramai la berselimut berguling apa semua kat sini. 


kalau dah tak tahu nak lepak mana time kawan-kawan korang tengah membuta berguling di level 2M tadi, datang lah ke anjung tinjau ni. cuci mata tengok kapal terbang. open air okayh. so sangat cantik view tapi sejuk gila. hahahaha~ atleast tenang kan fikiran cakap dengan bulan bintang ke.




Destinasi Kuala Namu, Medan boarding time 7:40 pagi di Gate P8. masa tu tengok jam baru 2 pagi. gila lama lagi masa nak bergerak maka saya pergi la menjelajah kedai yang ada. layan borak dengan amoi Vincci, amoi Jelly Bunny, abam-abam farmasi, habis lah masa sejam dua jugak la. tegur je strangers. itu yang best. berkenalan dengan kawan-kawan baru di airport. hihihi. 

lepas dah verified documents, then masa nak masuk International Departure Hall ni, punya ramai beratur. saya masuk awal 3 jam sebab dah tak tahu nak buat apa kat luar tu. see? beratur panjang kemain ni. sampai kat entrance tu ahkak polis tu tanya;

 "awak sure nak masuk? flight awak lambat lagi ni"

"saya dah bosan cik kak oi. dah 5 jam saya kat luar ni hah"



dah masuk dalam tu ter jakun la pulak tengok punya lah besar kawasan dalam tu. ada banyak lounge boleh lepak. and masa lepak kat Internet Lounge tu, saya terlelap kejap atas sofa merah yang empuk tu. hahaha! bahaya betul kalau terlepas. lepas tu teringat MrKay pesan gate P8 tu jauh. makanya, saya peruntukkan masa satu jam sebelum boarding time untuk perjalanan ke gate P8.


okayh kawan-kawan. dari entrance tadi ke Gate P8 adalah selama 30 minit kalau jalan sehabis laju macam saya. kalau jalan macam mak datin maybe lambat sampai la kot. masa berjalan sambil tengok FB, eh? Faiz classmate UTP dulu ada check in sini jugak! cepat-cepat check gambar kat atas tadi lepas tu tengok flight to Krabi kat gate mana.



tadaaa~ how small the KLIA2 ni sampai terjumpa classmate sorang ni kat Gate P5. rupanya dia pergi holiday dengan kawan-kawan UTP lain. oh small world. jumpa pulak bebudak ni kat Gate ni. lepas tu teruskan perjalanan ke Gate P8 yang hujung dunia tu. fufuufufu~~


Alhamdulillah, akhirnya tiba masa untuk berlepas ke Kuala Namu, Medan. ni yang sebab saya suka ambil flight pagi. sama ada tengok sunrise kat atas awan, atau tengok sunrise kat airport. hehehe~ ok lah, nanti sambung balik entry Medan Trip ni sebab travel journal tertinggal kat rumah. ni luangkan masa kat office je menaip ni :p 



You Might Also Like

7 comments

  1. banyaknya duit indonesia, jutawan tu....
    mungkin next time boleh cuba http://denai.my/capsule-container-hotel-di-klia-2/ kot.

    ReplyDelete
  2. @denaihati itulah nak try nanti! kalau naik kat KLIA2 lagi la :p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. InsyaAllah Semua Happy...(^_^)



    Hubungi kami untuk harga Menarik lagi Jimat $$$$$:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: [email protected]
    Call/WhatsApp:
    +62 813 9788 0156 (Herry)------->>>>****INDONESIA****
    +6013 4618637 (Ina)------------->>>>****MALAYSIA****

    ReplyDelete
  4. sis, saya pun plan nak gi medan sorang2 nih berdebor2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. saya ada plan ke medan awal tahun depan. Pergi solo. Bleh tak share iti dan kos pergi sana. Tlg emel kat [email protected]. tq

      Delete
  5. salam, kami ada menyediakan ground pakej ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat puas hati. In shaa Allah servis yang terbaik kami berikan untuk anda ^_^
    Instagram : @percutianbajet
    Whatsapp/sms Only: 6012-6047593

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook