Backpacking Trip: Jakarta & Bandung (Day 1)

11:00 pm


Rasa macam dah lama tak tulis entry travel since entry camping trip kat Port Dickson hari tu. actually, 23 September - 27 September yang lepas berkesempatan untuk backpacking trip to Jakarta dan Bandung bersama Khai Artzfar. Kiranya kali ni datang Indonesia sempena Hari Raya Aidiladha. tahun lepas dah Raya Aidiladha di Singapore, kali ni di Indonesia. Tahun depan entah mana.  Banyak jugak lah last minute plan sebab masing-masing busy. beli tiket flight pun random plan je. asalkan dapat gateaway dari Malaysia. 



Kali ni pilih untuk naik Malindo Air sebab plan last minute, tiket also last minute. beli pun multi-city tickets which is KUL - CGK, pulang BDO - KUL. total price untuk multi-city tickets is RM 335.90.

so sebab flight kitorang naik Malindo Air takde la macam awal pagi buta sangat, kitorang chill je datang dari rumah masing-masing. naik bas dari KL Sentral ke KLIA2 pulak, RM 11.00. Flight kitorang patutnya jam 1125 am baru nak fly tapi nauzubillah macam-macam jadi kat KLIA2 pagi tu. dah lah tukar gate 3-4 kali. dengan pintu gate tutup la. apa la. delayed jugak la. sampai duduk bersila meraata dah masa tu menanti flight kitorang. Alhamdulillah naik jugak dan terbang dengan selamatnya.


Sampai je di Jakarta-Soekarno Hatta International Airport, Jakarta, Indonesia... terus ada kawan Khai dah menanti. Namanya Denis. Disebabkan dah delayed, lapar, tambah pulak macet teruk nak keluar dari airport tu dan macam-macam lagi, Denis terus bawa ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Tapi sebelum tu kitorang lunch dulu area situ. Lepak makan nasi padang. Total makan 4 orang ialah Rp 88,000. Tapi dah niat nak belanja Denis dan kawannya, saya dan Khai split into two je la sharing bayar. 

Masuk TMII. terus macam woahhhhh banyaknya benda best dalam ni! Tiket masuk ke TMII ialah Rp 10,000 sahaja untuk seorang. Tapi Denis belanja kitorang. Syukur jimat. TMII ni sebenarnya macam miniature park. ada semua replika monument, rumah-rumah pelbagai kaum di Indonesia dan macam-macam lagi.



Everything in TMII sangat cantik! kat sana ada cable car jugak! kawasan tu besar dan takut kesuntukan masa untuk round semua tempat, kami tak naik la cable car tu. takut tak sempat nak jelajah semua rumah yang ada. Masa sampai kat castle tu pun sebenarnya gate dah tutup. Dapat lah ambil gambar dari luar pagar je. But still....macam kagum gila duduk dalam TMII ni. quite interesting la. hehe...



Masa kat kawasan Bali tu, nampak bebudak kecik ni belajar tarian. Bagus nya demi tak lupa adat dan budaya sendiri, dari kecil dah ajar menari tarian traditional ni. Lama jugak melayan tarian bebudak ni. Indahnya Taman Mini Indonesia Indah ni banyak belajar pasal budaya, agama dan kaum Indonesia.


So after jalan-jalan TMII, beli pulak Kartu dan Pulsa. Telco XL masih kekal dihati setiap kali datang Indonesia. Kartu Rp 15,000 dan Pulsa saya reload banyak sikit sekaligus Rp 50,000 sebab banyak nak contact kawan-kawan. Lepas setel hal beli Kartu dan Pulsa XL, Denis terus hantar kami ke Maven Gunung Sahari Hotel yang terletak di Jln Gunung Sahari, Monas, Jakarta. Bilik ni sempat la book sebelum datang ke Jakarta atas recommendation kawan. Bilik standard katil single macam ni harga RM 50.00 je untuk satu malam, booking di Agoda


Malam tu sebab tetibe lapar, terus kami ke Mall berdekatan. Dah la confident je jalan tanpa arah tujuan. Nasib baik nampak papan tanda dari jauh. Datang Indonesia, makan KFC macam lah KFC takde kat Malaysia. Juadah malam raya katanya. Nasib baik sempat makan sebab mall tutup jam 9.00 malam! Makan minum, beli makanan and air mineral sikit semua total dalam Rp 90,000. On the way balik ke hotel malam tu sempat lalu Pasar Kue Subuh Senen, Jakarta. Kenapa namanya Pasar Kue Subuh? Dulu hanya dibuka di waktu subuh sahaja. tapi sekarang diorang start meniaga dari jam 7 malam hingga subuh! wow~ macam-macam jenis kueh dan kek ada kat sini tau! On the way pulang ke hotel malam tu jugak dengar sayup sayup suara takbir raya di masjid berdekatan. sayu betul.


Balik ke hotel malam tu, Khai terus ke bilik dia dan pengsan tidur. Saya pulak terpaksa menahan mata rabak mengantuk dan badan penat sebab ada kawan dah janji nak datang malam tu. Disebab kan datang cuma 2 hari 1 malam di Jakarta, dan esoknya pulak Hari Raya yang confirm lah semua kawan busy, dia gagahkan diri jugak datang ke lobby hotel malam tu. Mediyan Saputra ni kawan dah lama. Dulu dia datang KL sempat bawak jalan-jalan. Fuh, sampai ke pagi jugak kitorang borak malam tu ingatkan Mediyan ajak pergi solat raya terus pagi tu. haha!

Okayh, sambung Entry Day 2 pulak okayh? 
Nak recall semula kejap haha. 


So total perbelanjaan setakat ini:
Tiket KUL - CGK (Malindo Air) : RM 335.90
Bas KL Sentral - KLIA2: RM 11.00
Bilik di Maven Gunung Sahari; RM 50.00
Makan di TMII Rp 88.00 (sharing) = After divide into 2: RP 44,000
Pulsa & Kartu: Rp 65,000
Makan & minum: Rp 90,000.

Total: RM 396.90 dan Rp 199,000.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S