#HRDFConference: HRDF Conference & Exhibition 2015

10:52 pm


Selepas #WIPKL2015 iaitu ASEAN Conference on Women In Politics Kuala Lumpur yang sangat sukses pada bulan Oktober yang lalu, bulan ni kita ada #HRDFConference pulak! Apa itu HRDF Conference & Exhibition 2015 ni sebenarnya? 


 HRDF atau Human Resource Development Fund adalah sebuah program yang telah dirangka khas dengan kerjasama dari Kementerian Sumber Manusia. HRDF ditadbir oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Dan seperti yang saya sudah maklumkan di entry #WIPKL2015 yang lalu, tahun 2015 adalah tahun yang sangat bertuah untuk Malaysia kerana menjadi tuan rumah untuk segala persidangan ASEAN. HRDF Conference & Exhibition 2015 dengan tagline : "People, Prowess, Progress" kali ini memberi fokus yang utama terhadap kemanusian, kepakaran, dan kemajuan. HRDF akan membentangkan isu mengenai potensi dan kuasa didalam menuju kearah kemajuan ekonomi berasaskan sumber tenaga manusia. Selain daripada itu, ia turut merancang pembangunan modal insan yang berkualiti dan tenaga kerja bertaraf dunia bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan pengetahuan dan juga inovasi menuju ke arah aspirasi ASEAN Economic Community (AEC).

Antara speakers untuk HRDF Conference & Exhibition 2015:










Objektif HRDF Conference & Exhibition ialah:

- Membentangkan sisi perspektif yang berbeza untuk pembangunan modal insan
- Memperkenalkan barisan tunjang utama dalam bidang sumber manusia.
- Menggalakkan pembentukan minda dan idea untuk memahami dengan lebih mendalam tentang pembangunan modal insan negara
- Memberi peluang kepada tenaga sumber manusia untuk mendapat lebih banyak rangkaian dari dalam dan luar negara. 


 HRDF Conference & Exhibition 2015 ini bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KL Convention Centre) bermula dari 8 Disember 2015 sehingga 9 Disember 2015. Topik-topik perbincangan dipilih daripada penyelidik profesional dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi pengalaman dan tatacara terbaik didalam meningkatkan perkembangan semasa. 


Anda boleh lawati website rasmi mereka iaitu www.hrdfconference.com.my atau boleh berhubung terus di talian PSMB Contact Centre: 1800-88-4800.












You Might Also Like

1 comments

  1. Unquestionably consider that that you said.
    Your favorite reason seemed to be at the web the simplest factor to be mindful of.

    I say to you, I definitely get irked whilst people think
    about worries that they plainly do not recognise about.

    You controlled to hit the nail upon the highest as neatly as defined out the whole
    thing with no need side effect , folks can take a signal. Will likely be again to get more.
    Thank you

    Review my page; audemars piguet safari swiss replica

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S