Backpacking Trip: Jakarta & Bandung (Day 5)
7:01 pm
Dah penat berjalan masa hari keempat di Bandung tu, esok pagi selepas breakfast di Dago's Hill Hotel, kami terus checkout dan minta Denis sekeluarga hantar kan di Stasiun Kereta Api Bandung. Taknak menyusahkan dia sekeluarga, kami decide untuk jalan sendiri je pagi tu. Sebelum berpisah sempat hulur Rp 100,000 seorang untuk Denis ye la upah jd driver, minyak kereta, tayar pancit masa on the way ke Ciwidey semalam lagi, entrance fees bla bla. apa lah sangat 100k tu. cewah.
Dari Stasiun ni kami jalan kaki je ke Pasar Baru Bandung sebab belakang tu je sebenarnya. sebab ni gate belakang ni entah mana Denis hantar kami. Sempat lah shopping telekung Rp 75,000, keychain 10 pcs = Rp 25,000, Kerepek Belinjo 1kg = Rp 70,000, Kain Pelikat Rp 40,000. Shopping pun macam orang gila tengah racing sebab tak cukup masa dah. Then, kami balik semula ke Stasiun.
Dari Stasiun ni kami naik Angkot ke Kartika Sari. ya, memang Kartika Sari tu dekat je dengan Stasiun tapi ni gate lain. ada south and east pulak dah. nak jalan kaki jauh and kelam kabut kejar masa nak ke airport pulak so terus naik Angkot, Rp 10,000. Fuh, shopping dalam Kartika Sari tu je dah Rp 222,000. Beli segala jenis brownies dan bread. Nasib baik bawak bag spare and nasib baik Malindo Air ada luggage 20kg free. fuh!
Lagi sekali, dari Kartika Sari kami naik Angkot lagi untuk ke airport. Rp 25,000 je untuk dua orang. Dalam Angkot tu ada pulak tetibe orang main gitar mintak sedekah. Supir Angkot cakap, jangan dilayan sangat bebudak malas ni bekerja ni. haha!
Kami sampai airport agak awal. So kami lepak makan dulu habiskan rupiah yang ada kahkah. Sebab dah bayar duit Angkot ke Airport tadi, maka makan minum ni Khai bayar. Airport ni agak kecil dan makan-makan semua better jalan kaki sikit la keluar. ada banyak kedai kat depan tu.
Finally, it's time to say goodbye Bandung! Goodbye Indonesia! We had fun at Indonesia for 5 days. Our next trip together Insyallah on next year, also somewhere in Indonesia. Stay tune!
So total perbelanjaan saya hari kelima:Upah Denis: Rp 100,000Angkot: Rp 35,000Shopping: Rp 432,000Total 5 Days in Jakarta & Bandung: RM 545.90 dan Rp 1,251,200.
1 comments
TQ for sharing info...sangat membantu...:)
ReplyDeletedrop your comment here!