Backpacking Trip: Jakarta & Bandung (Day 4)

4:12 am



Selepas checkout dari Linggi Guest House, aktiviti makan tanpa henti diteruskan masa Day 4. Ya ampun syurga makanan betul Bandung ni. Pagi tu breakfast Siomay Bandung, satu bungkus Rp 5,000 sahaja. Diorang makan macam-macam jugak la pagi tu bubur la, fishball la apa. Tapi Siomay memang terbaik gila! Lepas tu minum pulak air kelapa fresh dari buah kelapa tu, Rp 7,500. Walaupun street food, tapi Alhamdulillah tak sakit perut macam kat Siem Reap dulu. haha!



Tadaaa..... terus jalan jauh berjam-jam dari Lembang ke Ciwidey untuk ke Kawah Putih! fuhhh sempat jugak sesat walaupun pakai waze. Denis pun tak tahu jalan. On the way ke Ciwidey tu sempat jugak tayar pancit! macam-macam dugaan kami. lepas tu, sampai juga akhirnya. masuk sini also guna entrance fees local, Rp 18,000 sahaja. jimat duit bila pura-pura jadi Indonesian. hehe~ tu pun sekali lagi Denis belanja!



Masa kat Kawah Putih ni sulphur lagi kuat la bau sebab kita boleh turun kat kawasan Kawah tu. Hati-hati jugak sebab salah langkah masuk dalam kawah pulak nanti. Macam Khai la teruja ambil gambar entah macam mana kaki masuk dalam sulphur tu. habis terus kasut jadi putih kehijauan.

 

Kawah Putih ni walaupun jauh, tapi berbaloi hoi sebab cantik gila! banyak kawasan menarik jugak area sini. especially sebab pokok dia banyak dah mati and dahan pokok mati tu subhanallah cantik. Rugi tak dating sini!





On the way balik dari Kawah Putih tu sempat Denis beli Blackberries, Rp 15,000 dan singgah Taman Kelinci Ciwidey. Kelinci tu Arnab. Kat sini singgah sebab nak bagi Kai Kai happy main kejar arnab dalam taman. nak masuk dalam taman ni, kena bayar dalam Rp 15,000 and beli carrot Rp 5,000. Sementara tunggu Kai Kai beramah mesra dengan Kelinci, kitorang jalan-jalan tengok kelinci dalam sangkar.Diorang jual jugak Kelinci dan sangat murah! tepi jalan pun ramai yang jual kelinci.



Then dah tengah hari, kami cari la tempat untuk lunch. Mie Bakso untuk 6 orang dan The Botol, baru Rp 50,000 dan kali ni kitorang belanja la. sebab dah banyak Deni sekeluarga belanja itu ini. tapi memang murah, dan sedap and puas hati! Semangkuk tu baru Rp 12,000 je.


Malam tu balik dari Ciwidey, kami ke Alun Alun Bandung dan Masjid Raya Bandung. sebab weekend, so azab sikit la macet dan ramai gila orang! sesak macam apa ni beware la dengan pick pocket! kebetulan ada Food Festival! Ya allah makan lagi. haha.





Dah nama nya lepak kat Food Festival, gelabah cari makanan je la. Yang kat atas tu Tempe Mendoan Tahu Pletok, Rp 20,000 sangat pedas tapi sedap. Tauhu dia garing sangat! and bekas tu unik gila kan? yang bawah tu pulak Aiskrim dalam melon. fuhhhhhhhh macam Sangkaya kat Malaysia la. tapi punya la besar buah tu potong half macam tu. siap ada lima jenis topping, Rp 35,000. Oleh sebab siang tadi Bakso saya bayar, malam ni makan semua Khai bayar.



Look how happy we are enjoying the food in Bandung. malam terakhir di Bandung dan masih tak henti makan je. duit memang banyak habis untuk makan!


Balik dari Alun Alun Bandung tu, bertambah dengan macet dan kepenatan, kami tidur je dalam kereta, sedar-sedar dah sampai di Dago Hill. ya, empat malam di Indonesia, setiap hari tukar tempat tidur. Kali ni di Dago's Hill Hotel ni mahal sikit RM 75.00 satu malam, tapi dah diorang semua nak tidur sini, seorang Neyra ikutkan je la. Dah la jauh dan buruk hotel ni! scary jugak tido sorang-sorang.

Okayh, Day 4 tamat. sambung Day 5!



So total perbelanjaan saya setakat ini:

Makan Minum: Rp 62,500
Bilik diDago's Hill: RM 75.00
yang lain, orang belanja.


Total Day 1 + Day 2 + Day 3 + Day 4: RM 545.90 dan Rp 684,200.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook