468x60

.

Jom Makan di Kantan Hotplate Kajang

Tuesday, June 28, 2016

 

Haritu dapat undangan untuk ke Iftar Hai Blogger! di Kantan Hotplate, Kajang bersama blogger-blogger yang lain. Rupanya owner kedai ni penyanyi zaman mak mak kite dulu, Abg Amir dari kumpulan Pearl. Wahhhh~ bukak restoran pulak sekarang. So, apa ada kat Kantan Hotplate ni? Punya jauh kami semua datang berbuka puasa kan?

Sebelum datang tu ada jugak google pasal Kantan Hotplate ni. Fuh, tengok entry Halim pasal Kantan Hotplate ni terus rasa tak sabar nak datang Kajang. Di Kantan Hotplate, mereka menghidangkan menu-menu yang berkonsepkan makanan Westasia. Kira western mixed Asia la. Kantan Hotplate terletak di Kampung Kantan, sebab tu nama kedai ni begitu. Bukan sebab dalam hotplate ada bunga kantan ye! Jom kita tengok apa kitorang makan petang tu.


Nasi Goreng Salmon & Seafood Soup


Nasi Goreng Kambing & Salmon Soup

Sesuai dengan konsep makanan western + asia, maka gabungan dua jenis nasi goreng ni memang umpppph! terbaikkk~ Selalu saya jumpa pasta je tabur salmon ni. Nasi Goreng pun boleh letak salmon. Besar pulak tu portion salmon tu ingat sliced salmon je. haha. Grilled lamb dalam nasi goreng tu pun banyak. Dimeriahkan lagi kelazatan hidangan ini dengan salmon soup dan seafood soup homemade yang memang resepi rahsia sendiri.



Ikan Bakar Kembung Hotplate

Ikan Bakar Kembung Hotplate ni memang signature dish disini sebab tengok sambalnya tu menyelerakan kan? Homemade sambal istimewa yang mengandungi bahan seperti serai, belacan, cili kering dikisar, limau purut, lengkuas dan lain-lain bahan rahsia. Sambal dia banyak betul! Oh untuk penggemar makanan tidak pedas macam saya, jangan risau. Sambal tu tak pedas sangat pun. hehehe.


Hotplate Kantan Special; Grilled Lamb with Wedges and Veggies

Disebabkan saya tak makan nasi, special la sikit order Hotplate Kantan Special yang mengandungi grilled lamb, wedges dan veggies ni hah. Sos blackpepper tu pun resepi sendiri oleh Kantan Hotplate. Memang pekat, terasa blackpeppernya dan umpph! Terbaik jugak sebab lamb tu sedap, tak liat or tak berbau kambing pun haha.


Kopi Senyum

Sempat juga merasa Kopi Senyum yang katanya bila dah minum terus hati tersenyum dan bercahaya sebab tu Kopi Senyum ni diletakkan di dalam mentol. Unik dan hipster kan kopi kat sini? Oh air kopi tu ice blended. Slurpppp sampai habis hirup air kopi senyum tu.



Day & Night Cookies by Priceless Touch

Iftar kami petang itu juga diserikan dengan sponsor Day & Night Cookies by Priceless Touch. Sedap gila lah cookies ni. memang tak muak, tak manis sangat, rangup crunchy sampai habis sebalang kejap je. Punya lah fokus makan cookies ni hah. Nak beli boleh check diorang punya Instagram: @pricelesstouch. Memang berbaloi untuk dibeli!



Terima kasih Kantan Hotplate, Kajang for having us dan terima kasih Hai Blogger! yang menganjurkan majlis berbuka puasa di sini. Korang pun patut try datang sini! Makanan semua memuaskan hati. Perut dah kenyang, hati pun happy. 

Kantan Hotplate

Lot 13595, Jalan Sungai Kantan, 
43000 Kajang, Selangor 

No. Tel: 011-20002211 

 Waktu Operasi: 
Setiap hari
6.00pm-12.00am 

 Facebook: Kantan Hotplate
 Instagram: @kantanhotplate












3 comments:

  1. Perghhhh! Semua nampak tempting.. bekas minum macam mentol tu memang hipster habis!

  1. adianiez AIDA said...:

    menarik, especially air dlm mentol tu ha ha ha.
    hipster... kreatif!!!
    adik aida kat kajang. one day maybe bleh try :)

  1. Halim Brothers said...:

    Ikan bakar sedap gila nak mampusss

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates