Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Titian Kaseh di The Federal Kuala Lumpur

7:42 am


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, pihak The Federal Kuala Lumpur berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak dari Rumah Titian Kaseh di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur. Lebih 40 kanak-kanak dijamukan dengan Buffet Ramadhan Sajian Kampung yang sangat sedap malam tu. Bermula pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, Kontiki Restaurant menyediakan lebih 100 hidangan juadah sajian kampung untuk dinikmati ketika berbuka puasa.



Dimulakan dengan hidangan pembuka selera seperti gado gado, rojak buah, ulam-ulam kampung, kerabu mangga, kerabu daging dan lain-lain lagi. Di bahagian BBQ station pula ada pelbagai deep fried seafood; udang galah, mussel, ikan pari, dan sebagainya. Lepas tu ada pulak ayam goreng, satay ayam dan daging, otak-otak, murtabak, roti jalan wahhh macam-macam lah! Tu belum masuk part kambing golek dan sebagainya memang berebut semua. Dan disebabkan temanya pun Sajian Kampung semestinya ada pelbagai juadah kampung disediakan seperti pucuk manis lemak keledek, paru goreng berempah, dalca kambing, ayam sambal kapitan, sambal tumis udang dengan petai, ketam masak tomato, ayam masak kuning, pajeri terung, daging pedas, ikan merah asam pedas, sambal sotong, daging masak cili, ketam masak kuning daun kunyit dan sebagainya. Kuih-muih dan pembuka selera pun pelbagai.





"Bulan Ramadhan ialah dimana kita sentiasa berkongsi dan memberi kepada orang lain. Kami sangat berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh. Bertemu dengan mereka, berbual dengan mereka, dan mengenali mereka secara dekat adalah satu penghargaan buat kami. Tiada kata yang boleh diungkapkan apabila melihat senyuman mereka", kata Ms Ooi Lee Ping, Director of Marketing, The Federal Kuala Lumpur.




Majlis berbuka puasa ini juga diadakan sempena salah satu aktiviti CSR The Federal Kuala Lumpur. Majlis juga diserikan dengan kehadiran artis-artis Indigital Music seperti Sakura Band, Sixth Sense dan Ronnie Hussein dan menyumbangkan lagu untuk menghiburkan tetamu. The Federal Kuala Lumpur juga menyampaikan hamper raya, goodie bag dan juga duit raya untuk kanak-kanak dari Rumah Titian Kaseh.


Sajian Kampung di Kontiki Restaurant available pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, jam 6.30petang hingga 9.30 malam dengan harga RM118 (dewasa) dan RM38 (kanak-kanak) dan juga 50% untuk warga emas. 

 Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, 

Kontiki Restaurant, 
The Federal Kuala Lumpur, 
Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tel: 03-21489166 




You Might Also Like

2 comments

  1. Alhamdulillah... Semoga usaha mcm ni tak terhad masa bulan Ramadan jer

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook