Koleksi Raya Ekslusif Schawalara X Jakel

6:44 pm


Sempat ke Jakel sebelum bulan puasa haritu untuk ke Mini Fashion Show Koleksi Raya Schawalara X Jakel di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Siapa je tak kenal pasangan hot selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya serta anak mereka yang comel tu; Lara Alana kan? Sempena lebaran yang akan datang ini, Jakel berkerjasama dengan pasangan selebriti ini untuk mengeluarkan Schawalaraya Collections 2016 dimana ada tiga label iaitu Awal Ashaari X Jakel, Scha Al-Yahya X Jakel dan Lara Alana X Jakel. Wah kecik-kecik dah ada label clothing sendiri tau Lara ni!

Kesemua koleksi pakian siap raya atau ready to wear SchAwaLara ini ada ciri-ciri keistimewaan dan target pasaran tersenditi dan fokus konsep satu keluarga. Ye la setiap kali raya je mesti satu keluarga nak sedondon sama warna kan? Tahun ni ibu saya dah pesan siap-siap raya tema Emerald Green! Fuh tradisi boria di pagi raya ni memang sinonim dah dalam kehidupan. haha!
 

Menurut kata Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, pemilihan Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Lara Alana ofcourse lah sebab mereka ni personaliti keluarga bahagia yang terbaik dan ramai peminat. Bayangkan Lara yang masih kecil tu pun dah ada 1.8 juta followers di Instagram! Mak bapaknya apatah lagi kan? Sebab tu jakel menjangka kan koleksi ini bakal mendapat sambutan mengalakkan dari pelanggan. 




Koleksi pakaian raya di bawah label AA iaitu Awal Ashaari memnag direka khas kemas bahagian leher, poket dan datang dalam pelbagai warna. Rekaan baju melayu Awal Ashaari X Jakel ni adalah potongan shirt tanpa pesak. Harga baju melayu Awal Ashaari X Jakel adalah serendah RM199 sepasang percuma samping, butang baju melayu dan pochette dwi bentuk.Material Egypt Cotton ni nampak je macam ala ala satin licin berkilat tapi bila tengok dekat-dekat....laaaa cotton rupanya! Serius cantik lah. Tak percaya boleh lihat model model ni semua catwalk. Aduh hensem sungguh mat salleh pakai baju melayu Awal Ashaari X Jakel ni. Apatah lagi kalau jejaka-jejaka Malaysia pun pakai baju melayu ni.



Dan selain baju melayu, ada Jubah Awal Ashaari juga! Jubah Awal Ashaari ini juga menampilkan kerapian pada jahitan dan kekemasan pada bahagian leher. Turut serta dengan poket di bahagian hadapan dan di sisi bahagian kiri jubah so sennag lah untuk korang letak handphone ke, duit raya ke kan? Untuk menambah gaya keterampilan korang di hari lebaran, jubah ni juga didatangkan dengan "pochette" dwi bentuk dan logo AA dibahagian sisi hidden pocket. Material fabrik Egypt Cotton juga digunakan untuk jubah ini memang berkualiti tinggi, tak perlu digosok, tak mudah berkedut, mudah meresap peluh, dan harga yang ditawarkan serendah RM189.



Simbolik wanita bekerjaya juga perlu bergaya sakan di hari raya, koleksi baju kurung dan jubah dress dari koleksi Scha Al Yahya X Jakel ni memang snagat menepati ciri-ciri wanita juga perlu bergaya elegan dan sofistikated. Semua fabrik yang digunakan tentulah yang berkualiti tinggi jenis kapas sulam, chiffon, lace, dan banyak lagi. Harga juga mestilah berbeza-beza bergantung pada design dan kualiti. Tapi jangan risau harga masih mampu milik ye. Kiranya boleh lagi bergaya cantik seperti Scha Al Yahya tapi dengan harga yang masih mampu milik. 

Baju kurung Scha Al Yahya X Jakel diperkemaskan dengan beberapa detailing macam beads, manik, lace, pelbagai jenis cutting, tapi masih kekal simple dan sofistikated. So takde lah sarat macam makcik-makcik sangat kan? Sesuai untuk semua peringkat umur. Saiz pun ada dari S sampai XL! Jubah dress pula dililhamkan untuk yang mementingkan keselesaan. Jubah berpotongan seperti dress dan effect maxi dress, dan masih ada ciri-ciri muslimah di situ. Ada macam-macam corak, printed design yang boleh korang gayakan di mana-mana sahaja. Menariknya apa yang saya lihat, jubah dress Scha Al-Yahya  ni memang longgar dan syariah compliants gitu. Memang tak ketat ikut bentuk badan ke apa.






Hah tak dilupakan si kecil molek Lara Alana juga ada label koleksi rayanya sendiri iaitu Lara Alana X Jakel yang lebih kepada baju kurung kanak-kanak perempuan. Bayangkan punya ramai peminat Lara ni, saya post video dia catwalk tu di Instagram pun sampai 16.3K views sekejap je dalam masa dua hari. Fuh, mesti ramai mak mak yang nak anak bergaya comel seperti Lara. Ada lebih 10 design baju kurung Lara Alana, fabrik yang digunakan adalah jenis lembut dan sesuai untuk kulit kanak-kanak. Hah, siap ada beads, riben dan lace okayh! Yang menariknya warna baju kurung Lara Alana ni diambil dari himpunan warna koleksi Awal Ashaari X Jakel dan koleksi Scha Al-Yahya X Jakel so senang la nak sedondon sekeluarga kan?

Hah, so apa lagi?
Ayuh beramai-ramai ke cawangan Jakel yang berdekatan dan dapatkan koleksi raya SchawalaraXJakel ni.
Jom! Saya pun takde baju raya lagi ni. hehe~






You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook