Buffet Ramadhan Sajian Kampung di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

10:16 am


Pintu masuk Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

Teringat pulak kenangan BBQ & Steamboat Buffet Dinner di Kontiki Restaurant awal November tahun lalu sebab tu bila dapat jemputan untuk berbuka puasa di Kontiki Restaurant lagi pada 5 Ramadhan yang lalu, terus rasa tak sabar! Sempena bulan Ramadhan ni, Kontiki Restaurant membawa tema Sajian Kampung dimana hampir semua juadah adalah masakan kampung tradisional. Bermula pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, Kontiki Restaurant menyediakan lebih 100 hidangan juadah sajian kampung untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga. 


Ruangan makan di Kontiki Restaurant 


BBQ Deepfried station


Goreng-goreng


Chef memotong beef tenderloin

Dimulai dengan pembuka selera seperti gado-gado, rojak buah, ulam kampung, dan juga pelbagai jenis kerabu, terlalu banyak pilihan yang disediakan. Menariknya ada BBQ Deepfried station di bahagian luar Kontiki Restaurant dan terletak bersebelahan dengan swimming pool, BBQ Deepfried station menyediakan pelbagai jenis juadah seperti ikan pari goreng, kerang bakar, udang goreng, peha ayam goreng, burung puyuh goreng, sotong celup tepung, satay ayam dan daging, otak-otak, keropok lekor, murtabak, kambing panggang, ayam panggang, ikan bakar, hati ayam goreng, mussels, beef tenderloin dan pelbagai lagi. 


Fresh oyster!


Bahagian station sup pula, terdapat sup cendawan, sup gearbox, sup campur, bubur lambuk dan sebagainya. Hah, memang menyelerakan! Tu belum masuk bahagian seafood ada oyster fresh, sushi dan sashimi, ikan salmon dan sebagainya.Tu belum part Nasi Bukhari, Roti John, Roti Canai, Ais Kacang dan sebagainya! Aduh, ni belum masuk main course lagi. Apa masakan kampung yang ada?


Mussels masak asam pedas dan fried squid with dried chilli


roasted duck with orange sauce dan ikan goreng serai


Paru goreng berempah dan daging kicap dan kacang pis


Pucuk manis lemak keledek, dan sayur campur dan cendawan


Grilled lamb cutlet on ratatouille

banyak lagi masakan kampung yang ada! Terlalu banyak! Selain diatas ni ada juga ayam sambal kapitan, dalca kambing, sambal tumis udang dengan petai, ketam masak tomato, ayam amsak kuning, pajeri terung, ikan merah asam pedas, daging pedas, sambal sotong, daging masak cili, ketam masak kuning daun kunyit dan sebagainya. Lepas dah kenyang makan main course mestilah nak cari pencuci mulut pulak kan?




Dessert time! pelbagai jenis kuih muih, puddig, cake, dodol kampung, wajik kampung, agar-agar. paling faveret mestilah kuih tako dan kuih talam! buah melaka atau onde-onde pun boleh tahan sedap betul! memang worth it lah nak menjamu selera di buffet Kontiki Restaurant ni. 


Terima kasih chef!



bersama rakan-rakan berbuka puasa bersama.

Sajian Kampung di Kontiki Restaurant available pada 10 Jun hingga 2 Julai 2016, jam 6.30petang hingga 9.30 malam dengan harga RM118 (dewasa) dan RM38 (kanak-kanak) dan juga 50% untuk warga emas.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, 

Kontiki Restaurant, 
The Federal Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tel: 03-21489166








You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook