3D2N Trip bersama Star Cruise SuperStar Libra dari Penang ke Phuket

5:13 am


Bila dapat tahu berpeluang untuk menaiki Libra Star Cruise dari Pulau Pinang ke Phuket, hati gembira tak terkata! Ini nukan kali pertama saya menaiki cruise, pernah cuba di Bali, Indonesia dulu tpi cuma untuk day trip ke Nusa Dua. Bila dapat tahu cruise trip kali ini 3 hari 2 malam dan akan bermalam di atas Star Cruise, wahhhhh! Teruja nya! Dah lah selalu nampak cruise tu parking kat Swettenham Pier Cruise Terminal selama ni. 





Saya dah tidur awal di Pulau Pinang, takde lah tergopoh gapah nak pergi terminal ni kan? Sempat melawat muzium-muzium berdekatan dulu pagi tu di sekitar pelabuhan. Boleh baca entri sebelum ni trip di Penang. Kira-kira jam 3 petang dah bersedia di terminal untuk urusan check-in, dan sebagainya. 


Sepanjang di atas cruise nanti, kita memang takkan pegang passport kita sebaliknya kita akan diberi kad biru macam ni yang dipanggil ID Card. Inilah nyawa kita, inilah kad untuk akses ke restoran, inilah kad untuk masuk bilik, inilah kad untuk membeli belah atas cruise, dan ini juga kad pengenalan diri sepanjang berada di Phuket. Nak selamat, gantung kat leher! Selesai urusan check-in memang dah diorang bagi no biilik siap-siap. Saya dan Aliza Sara dapat bilik 6008 di Deck 6. Urusan perlepasan di kaunter imigresen mengambil masa agak lama, ye lah nak check setiap sorang, nak check bag, takut bawak seludup benda bukan-bukan ni dan akhirnya jam 6 petang kami berjaya check-in!

 


Masuk je bilik 6008 kami teruja! Wahhh walaupun size kabin ni nampak kecil tapi sebenarnya agak luas ruang dalaman Deluxe Oceanview Stateroom ni. Dengan tingkap kabin kecil boleh lihat pemandangan laut, dua buah katil single yang disusun bentuk L, lengkap dengan bilik air, almari, dan meja kerja. Keluasan bilik kira-kira 128.52 kaki persegi bagi saya cukup luas dan selesa untuk kami tinggal berdua sekabin. 





Selepas check-in masuk kabin kami terus tukar baju dan ke Deck 9 berdekatan dengan kolam renang untuk Sailaway Party yang diadakan oleh pihak Star Cruise sebagai simbolik menyambut kedatangan kami semua. menariknya tema makanan yang terhidang semuanya seakan-akan hidupan laut. Dari kek, roti sampai lah buah-buahan. Seafood fresh dari laut juga sedia terhidang buat kami. Tapi....tak terus makan ye! Sempat saya dan rakan-rakan lain ke Deck 10 iaitu deck paling atas untuk menikmati suasana matahari terbenam. Subhanallah, memang cantik!

 

Petang itu juga, menjelang malam ada sedikit aktiviti fitness iaitu Zumba at Sea bersama Fitness First. Wah atas cruise pun kekal aktif dan bertenaga kan? Sempat saya join berzumba bersama yang lain. Masa ni kapal belum bergerak ye. Memang rancak dan meriah suasana malam tu. Ada Sailaway Party sekali dengan Zumba kot! Menari semua orang mengikut rentak lagu. Sambil dinner, sambil zumba pun boleh haha!,

Kira-kira jam 8.45 malam, Passenger Safety Drill telak diadakan dan semua penumpang wajib untuk menghadiri safety drill ni. Ternyata Star Cruise sangat mementingkan aspek keselamatan penumpangnya. Ye la incase jadi apa-apa, kita tahu kemana harus kita pergi berkumpul dan buat apa kan? Tak la panik macam Titanic nak karam tu hah. Kapal mula berlayar jam 9 malam tu.

 


Sebelah malamnya pula kira-kira jam 9.30 malam, kami ke Stardust Lounge di Deck 5 untuk hiburan malam. Showtime Magic Illusion by James Long memang menyeronokkan. Teruja juga saya dan Nizar berbincang tentang trick yang diguanakan oleh James. Memang mengelirukan! Agak-agak macam mana lah dia belah badan perempuan ni? Gila betul bila fikir balik!



Lepas seronok menonton magic show, kami terus ke Deck 9 dan Deck 10 untuk lepak malam-malam. Sesiapa nak mandi di kolam renang, jakuzi atau sekadar baring di kerusi malas, dan main arcade game pun ada! Macam-macam aktiviti ada di sini, sambil baring layan bintang bertaburan di langit pun layan je dengan angin yang bertiup menyapa pipi. Eh. 

Untuk yang pandai berenang, seronok mandi kat sini. Kolam dengan kedalaman 2 meter, dan ada pulak pelampung unicorn ni buat kami lagi teruja main air malam tu. Terus Pool Party pulak! Tipu lah tak terasa kapal bergerak atau mabuk laut tapi bila duduk dalam kabin lagi terasa peningnya, sebab tu kami banyak lepak kat Deck 9 ni. malam tu terus pergi Supper! Ye, ada Supper ye. 




Pagi hari kedua, selepas beryoga melayan suasana matahari terbit di atas laut, kami join pula aktiviti Rise & Shine bersama kelas Yoga oleh Fitness First. Banyak teknik-teknik yoga yang dipelajari daripada trainer Fitness First ni. Rasa macam sentiasa sihat walaupun ketika bercuti. 


Tapi, lepas yoga boleh bantai melantak breakfast pulak di Ocean Palace di Deck 9! Aduhai, sedap betul semua makanan di atas Star Cruise ni. Tapi ni breakfast kejap je sebab nak bersiap untuk turun ke Pulau Phuket pulak. Eh dah sampai ke? Kejapnya? Ya, tak terasa pun. Kira-kira jam 11.00 pagi tu kami dah pun tiba di perairan Phuket. 




Nak menunggu arahan dapat keluar dari kapal untuk ke Pulau Phuket tu punyalah lama. Atau kami teruja sangat bersiap awal? Haha. Sementara menunggu tu dah cantik-cantik kami ke Deck 9 lagi untuk bergambar sana sini posing kat atas deck. 

Apa yang saya suka dengan Star Cruise ni, memang percutian yang nampak mewah gitu, sampaikan bila upload di Instagram pun ramai betul yang jeles! Hei memang fun ok atas kapal ni!


Selepas meunggu seketika, kami ke Stardust Lounge di Deck 5 untuk berkumpul sebelum dibahagikan mengikut kategori group dan boat yang perlu dinaiki untuk ke persisiran pantai. Dari atas kapal kecik tu dah teruja nampak pantai Phuket. Tapi bukan di Patong ye. Memandangkan keadaan laut tidak mengizinkan, kapal Star Cruise tidak boleh berhenti sekitar Pantai Patong sebaliknya mereka berhenti di sebalik pulau. Fuhhhhh jauh jugak la nak ke Pantai Patong dari situ. Mujur bas dan segalanya dah disediakan oleh pihak Star Cruise. 

 

Perjalanan dari pelabuhan ke Patong mengambil masa kira-kira 30 minit dan akhirnya kami beramai-ramai tiba disini. Turun di Jungceylon Mall, kami berjalan menuju tepi jalan untuk menunggu tuktuk yang lalu. Masa ni kami 13 orang semuanya. 2 orang dah ke Hard Rock Cafe, kami 11 orang meunggu tuktuk sekali dah dapat tuktuk baru sedar 9 orang je tinggal. Magik betul! Haha. Ye la deretan kedai banyak, semua leka bila dah menghadap barang yang dijual. 



Kami menaiki sebuah tuktuk dan berjaya sumbat 9 orang! Hahaha. Nak jimat punya pasal kan, 1 tuktuk cuma 200 baht dari depan Jungceylon Mall ke area Masjid Nurul Islam, Phuket. Berhenti untuk solat sebentar disitu selepas tu kami menuju ke Saveena Halal Food Restaurant untuk makan tengah hari. Katanya restoran ni agak popular juga. 




Di Saveena Halal Food masing-masing kebulur. Saya order Noodle Tom Yum (60 Baht), Thai Milk Tea (20 Baht), dan Banana Chocolate Pancake (40 Baht). Memang puas hati sebab kadar harga disini lebih murah dan Thai authentic sikit makanannya. Area Patong Beach banyak halal food tapi kebanyakkannya Arab, Indian, dan sebagainya. Tak menyakinkan langsung nak makan makanan Thai! Haha. Dah kenyang tu kami pergi depan masjid lagi sekali dan cuba dapatkan tuktuk untuk ke Jungceylon Mall kembali. 200 Baht bahagi 9 orang! Hehe. 


Di area Jungceylon Mall agak banyak kedai souvenier dan barangan Thailand yang dijual tapi bagi saya agak pricey. Sumpah mahal. Kalau dah baju seluar pun sampai 600 baht, dapat kurang harga 350-400 Baht masih mahal! Nak beli souvenier pun mahal. Last-last kami masuk 7-Eleven dan kedai-kedai souvenier di dalam Jungceylon Mall lebih murah harga di luar. Bebudak ni  shopping kosmetik, buah-buahan, seaweed dan macam-macam lagi hah dalam Mall jugak. Cis, buang masa je jalan-jalan tengah panas kat luar. 



Kami perlu pulang ke pelabuhan semula jam 6 petang, maka dalam perjalanan pulang tu sempat kami singgah di Kata-Karon Beach, Phuket. memang cantik tempat ni! Tapi katanya macam tak sesuai nak mandi manda dengan ombak kuat. Surfing ok kot? Lepas tu kami terus bergegas pulang ke pelabuhan dan seterusnya menaiki cruise semula. 



Malam tu ada Body Jam dan Sh'bam pula bersama Fitness First! Selingan sebelum dinner malam tu kan. Hehehe... Malam tu dah berpeluh bagai menari, makan pun sedap je melantak sebab penat bersenam. Aktiviti di cruise ni sentiasa ada je yang berlainan. Tak pernah bosan! Pelbagai aktiviti boleh dilakukan dengan kawan-kawan mahupun keluarga. 

 

Kira-kira jam 9 malam macam tu kami terus ke Stardust Lounge di Deck 5. Biasanya setiap malam jam 9.15 malam hingga 10 malam ada showtime! Dan kali ini, Showtime One In A Million. Kedengaran seronok untuk ditonton, dan semua datang awal cop tempat malam tu. 

One In A Million ni menggabungkan persembahan muzik, menari, akrobatik dan pelbagai hiburan. Teruja tengok yang akrobatik tu melentik semacam badan dia buat persembahan. Yang menari seksi seksi macam ayam serama pun ada. Teringat pulak persembahan tarian Tiffany di Pattaya, Thailand dulu. Eh?

 

Persembahan bertambah hangat malam tu bila performer atas pentas menjemput volunteer untuk ke atas pentas dan membuat persembahan bersama. Dan mangsanya ialah Aliza Sara! Nampak muka kecut perut dia atas pentas tu nak kena pusing bebola besi tu haha! Terlepas kang naya je kena tetamu. Tapi jangan risau, performer profesional tu ada guide Aliza. Semuanya selamat malam tu hehehe.. Oh ye, kira-kira jam 9 malam kapal mula bergerak meninggalkan perairan Thailand dan menuju semula ke Pulau Pinang.



Banana.... Eh! Bananananananna..... Selepas habis showtime, malam tu kami ada Farewell Party bertemakan pisang! Memang meriah dekorasi makanan pun comel, dan menu malam tu kebanyakkannya bertemakan pisang. Ada Pizza pisang, kek pisang, puding roti pisang, kek minion, cekodok pisang, banana milkshake dan pelbagai lagi. 

Malam tu juga terasa sedih semacam percutian kami selama 3 Hari 2 Malam bersama Star Cruise bakal berakhir. Terasa bonding dah bersenam sesama, bersiar-siar di Phuket bersama, dan bila Farewell Party semua comel dah pakat pakai baju tema kuning pisang. 


Malam tu saya sambung melepak di Pool Bar di Deck 9 bersama Rafzan Tomomi menikmati jus buah epal dan orange berharga RM10 sebab kami dah mabuk malam tu. Eh bukan mabuk lain ye mabuk laut. Malam tu laut betul-betul bergelora teruk, hujan pula tu dan keadaan kapal sangat bergoyang sampaikan kami pening-pening lalat dah malam tu. Ada yang muntah, ada yang terus tidur. Fuh, mencabar juga duduk atas cruise ni. Lagi-lagi ketika berlayar mengharungi Laut Andaman.

 


Pagi itu bangun awal, bersenam sikit di Deck 10 area gymnasium, dan terus breakfast berlatar belakangkan laut di Deck 9. Mabuk pun dah hilang masa ni dan langit cerah kembali, dan laut tidak lagi bergelora ketika memasuki Selat Melaka. Dah lepas breakfast tu sempat lah berjalan-jalan sekitar kapal. 

Super Star Libra Star Cruise ini mempunyai 10 Deck semuanya, dan lengkap dengan pelbagai fasiliti. Mempunyai 718 kabin, dan mampu memuatkan kira-kira 1,436 penumoang semuanya. Ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Antaranya di Deck 5 siap ada Mahjong Rental and Games Loan Centre ye. Wah main mahjong atas laut! Photo printing service untuk mencetak gambar-gambar kenangan juga berada di Deck 5. 


Selain itu, Beauty Salon untuk hair cut, manicure pedicure semuanya berada di Deck 4. Di Deck 4 juga ada Crystal Court di mana penumpang boleh duduk minum kopi, makan kek sambil online bersantai disini. Nak shopping? Ada duty free shop dalam cruise ni dan tipsnya, kalau shopping hari terakhir ada banyak diskaun! Menariknya di Deck 3 pula ada Porthole iaitu tempat permainan untuk kanak-kanak. Kadang-kadang ada pelbagai aktiviti menarik disediakan jugak untuk kanak-kanak disitu. Sakit? Demam? Mabuk Laut? Usah risau, di Deck 1 siap ada Medical Centre ok. Lengkap semuanya! 

Untuk hiburan dan lain-lain, di Deck 10 ada Skyline KTV iaitu pusat karaoke, dan Boomer's di Deck 8 untuk Disco dan Vodka Lounge. Fitness Centre dan Spa pula berada di Deck 10 untuk yang nak bersenam di gimansium, sauna, dan juga massage. Pernah cuba bermain golf di atas laut? Ya! Ada Golf Driving Range disini untuk bermain golf. Basketball Court dan Jogging Track pun ada di Deck 6! Nak bersantai berenang di kolam renang atau mandi air panas di jakuzi pula di Deck 9. Macam-macam ada kan? 


Kami sempat mengikuti Galley Tour bersama Chef Star Cruise ni. Wah firstime masuk ke galley area tengok kitchen tempat mereka memasak. Di dalam Star Cruise ni terdapat 8 jenis tempat makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan juga makan lewat malam atau supper. Mariners Buffet lebih kepada penyediaan menu Asian and International Buffet, Ocean Palace iaitu menyediakan Asian and Chinese Cuisine, Four Seasons Restaurant yang menyediakan Asian and Western Cuisine, Taipan iaitu Chinese Cuisine, Pool Bar untuk juice, drinks and cocktails dan Coconut Willy's untuk beers, wines dan minuman lain. Untuk yang beragama muslim pula, Spices Restaurant dalam cruise ni menyediakan Malay Cuisine yang telah diiktiraf halal oleh JAKIM. Bukan Spices Restaurant je tapi Blue Lagoon juga menyediakan refreshment dan snacks halal! Wah, tak perlu ragu-ragu nak makan apa kan?






Pakej 3D2N ke Phuket bersama SuperStar Libra bertolak dari Pulau Pinang setiap hari Rabu dan Jumaat bermula 4 Ogos 2017. Sekarang ada promo price bermula dari RM 699 seorang untuk perlepasan hari Rabu, dan bermula harga RM 899 seorang untuk perlepasan hari Jumaat. Perkenalan pakej 3D2N ini kesinambungan pakej sedia ada 4D3N ke Phuket dan Krabi yang sedia ada yang berlepas pada setiap hari Ahad. Hah untuk pakej 4D3N ke Phuket dan Krabi pun ada promo sekarang hanya RM1050 seorang. Apa lagi? Jom booking sekarang percutian bersama Star Cruise!




You Might Also Like

11 comments

  1. Trip yang best. Rasa macam nak repeat lagi je.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya, how can i buy the ticket to enjoy the trip .thx.

    ReplyDelete
  3. Hmmm sayang nya saya mabuk laut..

    ReplyDelete
  4. This popped up in my inbox
    I love the way you break down your travel itinerary this way. I’m one of those people that love to know every detail of a place and someone’s travel experiences before travelling there myself. Another place to add to the list, thanks to you guys! Beautiful photography as always.
    Mostly is used Offers and Discounts on Flights and Hotels from Barakatalan

    ReplyDelete
  5. Sesuai x bawak baby 6 bln naik kapal?

    ReplyDelete
  6. Sesuai x bawak baby 6 bln naik kapal ?

    ReplyDelete
  7. Sesuai x bawak baby 6 bln naik kapal ?

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing about Libra from Penang trip. it is very interesting to read this post and keep posting.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook