Resepi Sambal Goreng Jawa

7:22 am


Setiap kali raya, bila post gambar Sambal Goreng Jawa mesti kawan-kawan semua teringin lepas tu tanya resepi. Fuh,penat juga nak PM satu-satu maka senang lah sikit kalau update dalam blog je. Susah sangat ke nak buat Sambal Goreng Jawa ni? Resepi Sambal Goreng Jawa ni saya gerenti sedap dan paling senang buat. Harap semua pembaca berjaya lah buat. Ada video sekali disertakan untuk lebih faham.


Sambal Goreng Jawa ni ada pelbagai versi depends on from where asal korang. Setahu saya Jawa belah Johor, Sambal Goreng Jawa nya mostly basah sikit letak santan la apa la. Hah kami sekeluarga keturunan dari Solo, Indonesia maka ini resepi turun temurun nenek moyang. Hah tapi resepi ni takde sukatan ye semua jenis campak-campak! So mak mak version. Kami pun terikut-ikut masak versi campak-campak macam ni. Argh, ikut lah sukatan banyak mana korang nak. Asalkan sebati semua bahan dalam kuali. 


Bahan-bahan:

Bahan A
Bawang besar - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili merah dan hijau - dihiris
Halia - dihiris

Bahan B
Kentang - dipotong panjang
Tempe - dipotong petak kecil
Suhun
Daging - direbus dan dihiris
Petai - dikopek
Kacang mata hitam - direbus

Bahan C
Air asam jawa
Gula
Kicap
Garam


Cara cara:

1. Kentang, tempe dan suhun digoreng dulu dan diasingkan. 

2. Panaskan minyak, tumis Bahan A.

3. Bila dah layu Bahan A, masukkan Bahan B satu persatu. Biasanya suhun tu last sekali.
Sambil masukkan bahan tu gaul lah sikit.

4. Kacau semua bahan bagi sebati, sambil tu masukkan Bahan C secukup rasa satu persatu. 

5. Done! Boleh makan.




Sebenarnya mudah je buat Sambal Goreng Jawa ni tapi agak remeh part nak kena goreng satu-satu dulu tempe, kentang, suhun tu. Kalau buat kenduri lagi lah Ya Rabbi penatnya haha! Untuk daging tu boleh replace dengan ayam atau pedal ayam kalau korang tak makan daging.

Selamat mencuba!


You Might Also Like

8 comments

  1. Perghh.. buat makan malam dgn nasi putih pun dah cukup membuka selera ni. Sepinggan nasi blum tentu cukup.. best2 :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya haiiiiihhhhh lapar pulak memalam mcm ni

    ReplyDelete
  3. Perhhh..memang sodappp ehhh...torbaikkk boss

    ReplyDelete
  4. Woohoo rendam Dan grg dulu ke?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook