#JomMakan di Klang Parade sempena Pesta Tanglung

6:21 am


Selalu juga ke Klang Parade ni. Kalau tak sebab ada event best-best selalu kat sini, datang dengan pakwe pergi Karoke kat sini sebab murah. Shopping pun best baju semua murah-murah hah! Tapi apa lagi seronok kalau bukan makan makan? Untuk yang suka makan, pada 16 September hingga 15 Oktober ni ada Program Jom Makan! Wahhhhhh bestnya nak makan macam-macam kat Klang Parade ni memang banyak pilihan lah! Dah penat shopping, mesti lah nak makan pulak kan? Hah alang-alang ada datang baru ni dengan kawan-kawan meh nak cerita sikit apa yang ada kat Klang Parade ni.



Blackball yang terletak di Tingkat 5 Klang Parade ni memang menjadi faveret saya setiap kali ke sini. Black jelly dalam menunya atau juga dikenali sebagai "Xian Cao", memang dessert paling terbaik untuk dinikmati bersama rakan-rakan. Bayangkan, tengah cuaca panas terik, rasa best je dapat makan dessert di Blackball ni kan? Katanya Blackballs ni memang menu popular di Taiwan, dan di outlet Blackball ni bukan sahaja ada dessert tapi ada juga smoothie, dan juga milk tea!


Hah terliur tak tengok durian ni? Tu diaaaa baru ni ke Blackball sempat la makan Durio Extreme iaitu kombinasi black jelly pearl, barli, nata de coco, dan inti durian ditimbun di atas ais kepal. Fuh memang power rasa dia! Selain cold dessert macam ni, ada juga hot dessert dan saya sangat recomend korang untuk try Hot Soya + Sesame Balls. Sedap sangat! Harga yang agak berbaloi dengan kuantiti dan rasa, memang kena try makan Blackball ni setiap kali ke Klang Parade!



Hah... next is Vision Cafe! Selalunya saya lepak kat sini kalau menunggu masa nak ke karoke atau menunggu kawan. Pernah jugak la ada lunch meeting kat sini hah. Selain wifi yang laju (hahahhahaa!) cafe ni ada makanan sedap jugak. Juga terletak di Tingkat 5, Klang Parade cafe ni menghidangkan pelbagai jenis makanan fusion cuisine, sama ada masakan Western ataupun local. Untuk relax, santai dan suasana tenang memang cafe ni pilihan terbaik. Yang bestnya dalam cafe ni ada meja pool snooker tu! Hah boleh main snooker untuk hilangkan tension gitu. Ada set hidangan yang agak murah dan berbaloi, tapi paling saya suka ialah pasta! Fuh memang menyelerakan. 




Biasanya kami memang suka makan makanan manis-manis sebab kami semua manis belaka, eh? Lepas dah lepak lunch kat Vision Cafe tadi, perut mengada pulak nak makan kek. Apa lagi pilihan terbaik yang ada kalau bukan Secret Recipe ye dak? Tengok Choc Cheese Berries tu meleleh je air liur nak telan kek tu. Terletak di Ground Floor, Klang Parade kami cepat-cepat makan kek pulak. Alah, beli 2 potong kek sharing 4 orang pun dah cun dah. Seronok makan beramai-ramai ni berkonsepkan gemuk juga bersama-sama. Haha!




Dah jalan shopping penat-penat, kami hilangkan dahaga dengan singgah ke Tealive! Siapa je boleh menolak air milk tea dengan bubbles di Tealive? Juga terletak di Ground Floor Klang Parade, secara santainya kami habiskan masa dengan minum pulak tealive ni membasahi tekak. Kaki pun dah penat shopping, rest la kejap kat sini kan. Faveret saya kalau tak Strawberry Pudding, mesti order Milk Tea biasa. Eh chocolate pun sedap. Eh semualah sedap hah! 


   


Hah sempena Program #JomMakan di Klang Parade dari 16 September hingga 15 Oktober dan juga Pesta Tanglung pada 30 September yang akan datang, setiap RM30 yang dibelanjakan (maksima 2 resit), dimana-mana restaurant dalam Klang Parade korang boleh tebus seketul Micro Thermo. hah ada warna Pink, Orange, Biru dan Hijau bertujar-tukar setiap minggu. Tapi....kalau korang spend RM80 keatas, bukan je dapat Micro Thermo tapi layak jugak untuk lucky draw! Apa je hadiahnya? 

Hadiah Utama x 1:
Ogawa Tens Therapy Electromagnetic Foot Massager bernilai RM 1,999

Hadiah Kedua x 1:
Ogawa Mobile Seat XE Plus - XD Tech Massage Cushion bernilai RM 1,198

Hadiah Saguhati x 10:
SSF Cash Vouchers bernilai RM 50 setiap satu.

Hah best kan? Kan? Makan banyak-banyak lepas tu dapat pulak menang hadiah macam-macam hah. Apa lagi? Jom beramai-ramai kita ke Klang Parade ayuh!!!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook