Resepi Takoyaki Mudah dan Enak!

2:54 am



Last weekend, spend time dekat rumah makcik di Seremban. Biasanya kalau datang Seremban ni memang kami baking tak henti. But kebetulan, haritu makcik ada mintak belikan Takoyaki Pan dari Lazada, cuma berharga RM45. For the first time kami pun nak try la buat Takoyaki ni hasil study satu malam segala jenis resepi di Internet. Dah jadi buat semalam, share kat Twitter huyoooh ramai pulak dah Retweet tanpa henti sampai 2,000 lebih. Adesss.

Okayh, kita start la memasak. Resepi homemade Takoyaki ni senang je sebenarnya. Macam buat cekodok pun ada. Macam buat lempeng pun ada. Cuma kena bergolek-golek di dalam Takoyaki Pan. Hahaha! So resepinya ialah...

Bahan-bahan adunan takoyaki:
1 cawan tepung
1 1/2 sudu teh tepung jagung
2 biji telur saiz A
2 cawan air
1 sudu teh serbuk stok ayam
3 sudu teh kicap cair Jepun

Bahan-bahan inti takoyaki:
Octopus, Crabstick, Chicken ham, Sosej atau apa sahaja korang nak letak filling dalam tu. Kobis dan daun bawang dihiris halus.


Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.

2. Kacau sampai adunan tu sebati dan larut.

3. Tutup & simpan dalam peti ais selama 30 minit.

4. Panaskan kuali takoyaki, dan sapu minyak.

5. Curah adunan ke dalam lubang kuali takoyaki tu. Tapi jangan penuh ya, cuma 3/4 je dari bulatan tu.


6. Masukkan ini yang dah dipotong kecil. Saya guna crabstick je senang.

7. Masukkan sayur seperti daun bawang dan kobis yang dah dihiris halus.



8. Tambah adunan takoyaki lagi sehingga melimpah.

9. Pusingkan atau golekkan menggunakan lidi, sehingga jadi bulat.

10. Diingatkan sentiasa letak minyak, dan bila dah nampak garing tu angkat.


11. Letak kan kicap takoyaki jepun tu, lepas tu mayonis dan kemudiannya bonito flakes dan juga serbuk seaweed kalau ada. Bahan-bahan topping takoyaki ni boleh korang beli di Isetan, Shojikiya dan kedai-kedai jual barangan Jepun.

12. Hidang dan makan!



Amacam? Mudah tak?
Selamat mencuba!










You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S