MADA - Nadi Jelapang Padi Negara di HPPNK 2017

6:59 am



Muda Agriculture Development Authority (MADA) atau Lembaga Kemajuan Pertanian Muda ialah salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Jujur, saya baru pertama kali tahu secara terperinci tentang MADA ni bila saya berkunjung ke Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK2017) di MAEPS Mardi, Serdang baru-baru ni.


Hah, siapa tahu asal usul MADA ni? Sebenarnya tujuan MADA ditubuhkan untuk mengendali dan menyenggara Rancangan Pengairan Muda, iaitu sebuah projek pembangunan luar bandar yang terbesar dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Pertama zaman dulu-dulu. MADA juga diberi tanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program pembangunan pertanian dan program-program peningkatan taraf hidup untuk berpuluh ribu keluarga peladang di dalam Kawasan Muda.


Seawal penubuhan, MADA hanya mempunyai 7 orang kakitangan asas. Kini, bilangan kakitangan MADA dalam semua kumpulan dan lapisan telah banyak bertambah, berjumlah lebih daripada 1850 orang. Tugas dan tanggungjawab juga telah berkembang luas untuk memenuhi matlamat meninggikan taraf hidup masyarakat peladang di dalam Kawasan Muda dan melebihkan pengeluaran makanan untuk keperluan Negara.

Pelbagai aktiviti program oleh MADA diadakan di HPPNK2017 mulai 28 September sehingga 1 Oktober 2017. Antaranya ialah Chillax TN50, Agro Race, EOW MADA dan Pameran AgroTrip MADA.


Chillax TN50 ialah program aspirasi TN50 bersama belia dalam menjamin masa depan negara terutamanya dari segi aspek keselamatan makan negara. Panel jemputan utama ialah Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Pengerusi MADA, Dato' Wira Othman Aziz. Sempat beliau menyampaikan pesanan berharga kepada para belia iaitu "Modal yang paling mustahak dalam sesuatu bisnes ialah USAHA & KESUNGGUHAN.


Agro Race juga diadakan di HPPNK 2017 disebelah petangnya yang disertai oleh peserta Agro Youth dari NAFAS, MAEPS Mardi Serdang. Para peserta ini diberi kursus teknikal agropreneur muda untuk menarik lebih minat mereka dalam menceburi bidang pertanian.



Selain tu, di Laman Tiba pula kelihatan sebuah lori pelbagai guna iaitu Extension On Wheels (EOW) oleh MADA. Idea menggunakan EOW ini bertujuan untuk lebih dekat dengan komuniti di luar sana, dan juga para pengunjung semua. EOW ni macam pusat maklumat bergerak lah untuk menyampaikan maklumat terkini tentanfgindustri pertanian. Kalau takde event besar macam HPPNK 2017 ni pun, EOW MADA akan digunakan untuk event kecil tempatan di beberapa tempat sekitarnya untuk menyampaikan maklumat kepada petani dan usahawan MADA semua. Wah snagat berguna dan mudah kan? Tak perlu setup khemah ke apa bukak tutup je lori haha!



Di HPNKK 2017, MADA menggunakan EOW untuk sampaikan maklumat kepada pengunjung, dan juga pelbagai aktiviti menarik lain. Para pengunjung akan diberi sticky notes sebagai pencadang aspirasi dengan meninggalkan nota aspirasi mereka untuk dilekatkan di tiang aspirasi yang disediakan. Pengunjung juga di beri peluang untuk dapat hadiah percuma dengan memutarkan papan hadiah yang ada. Yang paling best mestilah bila ada beberapa orang artis turut memeriahkan suasana!


Satu lagi tarikan MADA di HPNKK 2017 ialah Pameran Agrotourism MADA di Hall A, MAEPS Mardi, Serdang. Selain demonstrasi produk agrotourism, ada juga jualan produk usahawan MADA sendiri. Wahhh memang mengimbau nostalgia juadah di kampung. Ada ubi kayu rebus dimakan dengan kelapa parut, pulut ikan pekasam, emping pulut, air kopi o kaw dan rasanya tak lengkap nak minum kopi o kalau takde biskut mayat tu kan? Hah macam macam ada di booth MADA ni.




Sempat juga kami berkenalan bersama salah seorang usahawan MADA, yang mengusahakan perniagaan Nira Nipah, dan juga mempunyai beberapa homestay di Negeri Kedah, rasa teruja pulak dengar kisah kejayaan pakcik ni.

Sudah bersama MADA sejak 1995, beliau berharap lebih ramai anak muda akan menceburi bidang pertanian. Memang kagum dengar kisah kejayaannya. Dan paling best, Aiskrim Nira Nipah memang awesome!




Lama betul tak jumpa permainan tradisional macam ni. Lagi bangga bila tengok semalam, yang cuba permainan ni semua anak anak muda. Permainan tradisional memang harus dikekalkan tradisinya dan tidak patut dilupakan generasi masa kini. Datang ke Pameran AgroTourism MADA, dan cuba sendiri permainan tradisional yang disediakan.


Hah apa lagi esok 1 Oktober dah hari terakhir HPPNK 2017. Jom ramai-ramai ke MAEPS dan jangan lupa singgah di booth MADA ya!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook