Review: Filem By MY Side oleh JinnyboyTV & tonton

10:59 am


Cinta sejati akan kekal seumur hidup, cinta pandang pertama pula cinta paling suci-- betul ke? Hah, jawapannya dalam filem By MY Side. By MY Side ialah filem pertama hasil kolaborasi tonton dan JinnyboyTV. Filem ini mengisahkan kisah cinta remaja yang merupakan cinta pertama antara Ben (dibintangi oleh Brandon Ho) dan Faye (Marianne Tan), dan kemudiannya mereka melalui cabaran cinta jarak jauh.



Berkesempatan untuk hadir ke Malam Gala Filem By MY Side pada 15 September 2017 yang lalu, sehari sebelum filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara. Mula mula dapat invitation tu mestilah saya teruja sebab berkenan sangat dengan Unfold by JinnyboyTV sejak 5 tahun lalu, lepas tu ada pulak Marianne Tan sebagai watak utama. Dah suka dengan Marianne Tan ni sejak filem Ola Bola lagi. Hah sempat saya research dulu filem ni tentang apa dan sebagainya. Terkejut lihat di aplikasi TGV di telefon saya, tiket By MY Side telah banyak terjual. Wow! Best ke cerita ni? Ramai betul beli tiket sebelum filem ni release. Ada yang sampai full house.

Malam Gala dimeriahkan oleh pelakon-pelakon filem ini iaitu Brandon Ho, Arwind Kumar, Josephine Yap, Adam Shamil, Nadia Nash, Maggy Wang dan Joanne Kam Poh Poh. Dan mestilah ada Reuben Kang (Pengarah) dan Jinny Lim (Penerbit Eksekutif) nya sekali. Jangan tak tahu, dalam filem ni ada youtubers famous jugak buat cameo macam Dennis Yin, Jared Lim, Ernest Ng, Luqman Podolski dan lain-lain lagi.


Ben dan Faye, cinta pertama sejak di bangku sekolah rendah. Dengan hanya 2 minit 37 saat je jarak rumah masing-masing, Bem dan Faye memang sangat rapat hinggalah mereka menamatkan zaman persekolahan. Faye teruja nak sambung belajar di universiti tempatan, tapi Ben pula ambil keputusan untuk sambung belajar ke luar negara. Nak tak nak, terpaksa jugalah Ben dan Faye bercinta jarak jauh atau LDR. Pelbagai cabaran terpaksa mereka hadapi, berjaya ke mereka harungi semua cabaran bila dah berjauhan ni?

Saya suka kan filem yang berkonsepkan Malaysian ni. Faye sangat sayangkan Malaysia yang merupakan tanah air nya tapi dia ada konflik pula dengan Ben yang mengagungkan luar negara lebih dari Malaysia. Konsep hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri nampak jelas dalam filem ni. 

Selain tu, diselitkan pula dengan hubungan persahabatan antara Ben, Faye, Nicholas, Jessica, Ryan, Lisa dan Denise dalam filem By MY Side ni menampakkan bertapa murninya persahabatan mereka sehingga ke akhir cerita. Kekuatan hubungan persahabatan yang terdiri dari pelbagai kaum, dan dalam masa yang sama seronok tengok nilai-nilai Malaysia lain dalam filem ni macam apa tempat yang diorang pergi bercuti, slang diorang cakap memang So Malaysiannnnn, how makcik Faye so busy body sibuk hal anak sedara dia (we all got this kind of makcik in our daily life, kan?) dan macam macam lagi. Sangat Malaysian!

Saya menangis dua kali sepanjang menonton telefilem ini. Storyline lebih kepada santai dan straightforward, tidak meleret dan ada juga sedikit humour dan sedih. Lagu OST pun sedih, lagi la menangis. Tetibe rasa macam faham sangat apa Faye rasa bila LDR dengan Ben. Because I have been into too many LDR before (I got your back, Faye! We are in the same ship, not Titanic ship). Kalau pergi menonton jangan lupa bawa tisu lebih! 


Filem By MY Side ini telah mula tayangan nya semalam, 16 September 2017 sempena sambutan Hari Malaysia. Jangan lupa mengikuti tour By MY Side di TGV Sunway Pyramid (16 September), TGV Gurney Paragon (17 September), TGV Vivacity Mall (20 September) dan TGV Aeon Tebrau City (23 September) untuk menemui pelakon-pelakon filem By MY Side ni. Jangan lupa juga dapatkan couple shirt By MY Side hanya RM40 sahaja yang dijual di 21 pawagam TGV terpilih di seluruh negara. Selain itu, kad langganan VIP tonton bernilai RM10 juga ditawarkan kepada 5,000 pembeli tiket yang pertama.

Jom support filem lokal! 

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. Yup kat Sunway smlm almost sold out. tnggal 2-3 row depan je

      Delete
  2. Everything you say is so true. Im in the process of finishing up my review for the movie and also for their campus tour and TGV Sunway tour. it's for a uni assignment but I was thinking of posting it online too. 😊

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S