80 Orang Pemenang Beli & Menang Cabutan Hadiah Jakel Tunai Ibadah Umrah

5:50 pm


Siapa je tak kenal dengan nama Jakel kan? Pusat gedung tekstil terbesar tanah air, Jakel Trading Sdn Bhd bawa 80 orang pelangan setia Jakel untuk menunaikan ibadah Umrah. 80 orang ni ialah pemenang Hadiah Eksklusif Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017. Ye lah kan Jakel banyak betul peraduan. Tak rasa rugi shopping di Jakel sebab Jakel selalu berkongsi sesuatu dengan para pelanggan setia mereka.


Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2016/2017 telah diadakan pada kempen Jualan Akhir Tahun 2016 hingga bulan Mei 2017 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Setiap minggu, hadiahnya wang tunai cuma hadiah eksklusif memang betul-betul isitimewa dapat pakej ibadah Umrah yang sangat istimewa. Penyertaan peraduan ni menggunakan kaedah dimana pelanggan berbelanja produk di Jakel dengan pembelian RM1,000 dan isi maklumat di kupon penyertaan serta masukkan kupon dalam kotak yang disediakan di kaunter pembayaran. Semua penyertaan telah dikumpulkan selama 26 minggu hinggalah cabutan hadiah dilakukan.


Bagi memastikan urusan ibadah Umrah ni berjalan lancar, Jakel berkerjasama dengan Tabung Haji Travel Sdn Bhd untuk menguruskan para jemaah Malaysia di Mekah nanti. Tabung Haji Travel juga dah bahagikan para pemenang kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan 40 orang. Kumpulan pertama akan berlepas pada 19 hingga 29 November 2017 dan kumpulan kedua akan berangkat ke Tanah Suci pada 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2018.

Hadiah eksklusif ni macam satu alternatif untuk menghargai dan meraikan sokongan para pelanggan Jakel yang sentiasa menyokong Jakel selama ni. Untungnya mereka yang dapat tunaikan Umrah ni kan? Bila agaknya dapat peluang macam ni kan? Moga mudah-mudahan dapat la satu hari nanti.




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook