Cawangan baru Restoran Texas Chicken & Tex Cafe di KLCC!

2:43 am


Nama Texas Chicken memang tak asing lagi kan? Bila sebut Texas Chicken ni teringat kerangupan ayam gorengnya, atau yang lebih popular honey butter biscuitnya yang sedap dimakan ketika masih panas. Huh meleleh air liur bila cakap pasal Texas Chicken ni! Dan hari ini, Texas Chicken telah membuka cawangan terbaru iaitu cawangan ke 42 di Malaysia iaitu terletaknya di Suria KLCC! Dan paling best, bukan Texas Chicken je tapi ada konsep baru bersama iaitu Tex Cafe!


Masa mula mula ke Texas Chicken di Suria KLCC, memang terkejut tengok konsep restoran yang sangat fresh dan moden, dan luas. Menariknya, ini Restoran Texas Chicken yang pertama mempunyai Tex Cafe, di Malaysia dan dipercayai pertama juga di dunia.


Dato Jaya Tan, Pengerusi Envictus International Holdings berkata, pihaknya berbesar hati dengan pembukaan Restoran Texas Chicken dengan konsep terbaru ni dan merancang untuk memperluaskan dan memperbesarkan lagi cawangan Restoran Texas Chicken dan mungkin akan ke Utara pula selepas ni. 


Berkonsepkan kafe yang menghidangkan kopi dan minuman sejuk dan panas lain, dan juga dessert sebagai menu utama, Tex Cafe diharap dapat membantu untuk menghubungkan lagi komuniti diluar sana untuk datang ke Texas Chicken dan punya pilihan lebih banyak untuk menikmati hidangan-hidangan di Texas Chicken mahupun Tex Cafe.




Antara menu yang dihidangkan di Tex Cafe ialah cappucino, latte, espresso, hot chocolate, dan seleksi kek dan muffin. Dan semestinya.... honey butter biscuits pun ada termasuklah Jalapeno Cheese Bombers yang MasyaAllah sedapnyaaaaaaaaaaaaa! Dan sempena pembukaan Tex Cafe, para pengunjung boleh menikmati Chocolate Chip Biscuits terbaru untuk masa tertentu. Jangan lupa Texas Chickens juga ada Strawberry dan Chocolate Shortcakes tapi lagi best sebab ada Chocolate Volcano tu. Aduhhhhhh kena pegi Tex Cafe ni dapatkan semua!


Hah kalau korang datang KLCC tu jangan lupa datang ke Texas Chicken dan Tex Cafe ni ya!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook