Karnival Larian Amal MRCA 2017 Berjaya Mengutip Lebih RM100,000 Untuk Rumah Kebajikan

1:52 am




Malaysian Retail Chain Association (MRCA), dengan kerjasama McMillan Woods, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan para peruncit utama berjaya mencapai sasaran dengan mengutip lebih dari RM 100,000 untuk diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih melalui Karnival Larian Amal MRCA 2017 yang telah berlangsung di OneCity, Subang Jaya baru-baru ni. 10 buah rumah kebajikan telah dipilih untuk menerima sejumlah wang hasil kutipan dari acara ini. 


 

Bertemakan ”Prihatin, Kongsi & Lari” (Care, Share & Run), acara arian pagi itu dimulakan dengan flag off oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. M Kayveas. Lebih 3,000 orang pelari turut serta dalam larian amal tahun ini, manakala 550 kanak-kanak dari rumah anak yatim pula turut serta dalam Karnival yang turut sama berlangsung. Acara tahun ini juga akan diserikan dengan penyertaan ramai selebriti personaliti seperti Amber Chia, Carrie Lee, Debbie Loo, Amelia Lee, Janice Choong, Crystal Lee dan Owen Yap sebagai duta larian. 

Pengerusi Penganjuran acara ini, Dato’ Choi Wei Yee berkata "Kami rasa sangat gembira dan bersyukur komiti telah berjaya bertungkus lumus demi menjayakan acara kebajikan ini. Melalui acara ini, MRCA berjaya mengutup lebih RM100,000 dan mencapai sasaran yang kami telah tetapkan sebelum ini. Edisi keempat acara ini dijalankan membuktikan visi terus menerus MRCA untuk berbakti kepada masyarakat sekeliling. Kami percaya melalui acara-acaqra sebegini, kami membawakan senyuman untuk kanak-kanak ini dan juga warga emas yang agak mustahil untuk dilaksanakan tanpa sokongan dari semua". Semua kutipan akan diagihkan kepada Rumah Charis, Angel Homes, Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Mata Air Kehidupan Selangor, GoodKids, Juara Home, Ace Lighthouse Academy Bhd, Kiwanis Club of Kluang Mandarin, Home of Love, Rumah Sayangan, Persatuan Insan Istimewa Cheras, Good Samaritan Homes dan lain-lain lagi.



Dato’ Seri Raymond Liew, Pengasas dan Presiden McMillan Woods Global berkata, "Kami di McMillan Woods sangat berbangga dapat berkolaborasi bersama MRCA untuk menjayakan acara kebajikan ini yang merupakan platform yang terbaik untuk semua orang berbakti kepada masyrakat yang memerlukan. Kami percaya, agak sukar jika seorang individu nak membantu semua orang tapi semua orang pasti dapat membantu sekurang-kurangnya seorang yang memerlukan bantuan kita". 

Manakala Dato’ Garry Chua, President MRCA pula berkata, “Kami cukup gembira melihat bantuan dan semangat yang cukup kuat oleh anda semua untuk acara ini. Kami berharap dengan bantuan dan sokongan MRCA, dan pihak-pihak lain, akan memberi inspirasi kepada badan-badan korporat yang laun untuk terus memberi harapan, sokongan, kekuatan dan kegembiraan kepada masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan kita untuk teruskan kehidupan yang lebih baik."



Sebanyak 34 trofi dan hadiah bernilai RM40,000 telah dimenangi oleh pelari-pelari dari kategori Lelaki Terbuka (10.8km), Lelaki Veteran (10.8km), Wanita Terbuka (10.8km), dan Wanita Veteran (10.8km). Juga turut serta dalam kategori tidak kompertitif, Lelaki 5.3km dan Wanita 5.3km dan kategori Larian Berpasukan (Team Run) yang melibatkan 4 orang ahli setiap kumpulan dan Setiap ahli pasukan akan berlari sejauh 900 meter secara berganti-ganti. Setiap peserta menerima sehelai kemeja-t leher bulat micro-dry, bib peribadi beserta nombor peserta, Medal berbentuk ”C” yang direka khas untuk finisher dan juga beg cenderahati. Juga turut memeriahkan suasana, pelbagai trak makanan dan minuman di beberapa tempat yang terbuka untuk orang ramai yang hadir. memang betul-betul meriah!

Karnival Larian Amal MRCA 2017 dianjur bersama oleh MRCA dan McMillan Woods, dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai penaja sokongan, Penaung Korporat MRCA – Maxis, Maybank, Fusionex dan Mastercard; serta Lotto sebagai penaja rasmi kemeja-T. Diharap lebih banyak acara seperti ini lagi di masa akan datang.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S