Pengalaman eksklusif dan mewah di Club Lounge & Bilik Club Premier, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

3:48 pm


Sebenarnya dah dua kali saya berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman eksklusif dan mewah di Club Lounge & Bilik Club Premier di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Kali pertama ketika Majlis Pelancaran Handy Phone dulu, dan ini kali kedua ketika Majlis Perasmian Bilik Club Premier. Mestilah rasa teruja untuk staycation disini sebab pengalamannya berlainan. Apa yang istimewanya Club Premier Room di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur ni agaknya ya?

Chill di Club Lounge dengan welcome drink kami

Dua bilik baru yang dirasmikan baru-baru ini ialah Club Premier Room dan Club Premier Suite yang terletak di tingkat 17 hingga 20, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. Selain itu, Club Lounge juga dibuka secara rasmi untuk para tetamu Club Premier Room & Suites di tingkat 14 hotel ini. Kalau korang masuk je Club Lounge ni memang terpegun dengan dekorasi dalaman yang ekslusif dan mewah, sophisticated dan kotemporari, juga agak classy dan elegant gituh bila masuk situ. Ya ampun sedap gila Nachos kat situ. Saya dan Nisa Kay makan tak henti. Haha!

Club Lounge

Club Lounge di Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur:

- Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad, 6.30 pagi hingga 11.00 malam.
- Tidak dibenarkan merokok di Club Lounge
- Wajib memakai Smart Casual Attire untuk masuk ke Club Lounge. Flip flops, singlet, baju sukan, baju mandi, bath rope TIDAK dibenarkan.
- Kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa untuk masuk ke Club Lounge.
- Hanya tetamu yang menginap di Club Premier Room dan Club Premier Suites sahaja dibenarkan berada di dalam Club Lounge.
- Teh, kopi, dan cookies disediakan sepanjang waktu (layan diri)
- Akses Wi-Fi PERCUMA di dalam Club Lounge

Suasana di Club Lounge

Tortila Wrap yang sedap!

Cheese pun sedap aduhai..

Nachos with Guacamole & Tomato Salsa Dip!

Yang lagi bestnya jika korang menginap di Club Premier Room & Suite ni, sarapan adalah percuma untuk 2 orang setiap hari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi dan ada evening cokctails dihidangkan dari jam 5.30 petang hingga 7.30 malam di Club Lounge. Di Club Lounge juga boleh la set business atau private meeting ke atau duduk lepak sini buat kerja sebab ruang memang banyak dan ambience sangat privacy. Minuman pun sentiasa ada, akses Wi-Fi percuma juga disediakan. Memang one of Kual Lumpur longest cocktail hours lah Club Lounge ni!

Check-in & Check-out bila-bila masa!

Oh ya! Disebabkan saya menginap di Club Premier Room, urusan check-in juga sangat mudah. Saya terus ke Tingkat 14, dan check-in di Club Lounge ni. Tidak perlu lagi susah payah perlu beratur menunggu giliran di reception tingkat bawah. Lebih mudah dan selesa segala urusan check-in. Dan sebenarnya semau tetamu Club ada kelonggaran untuk check-in dan check-out 24 jam. Boleh check-in anytime dari jam 12:01 am ketika hari tiba, hinggalah check-out anytime juga hingga jam 11:59 malam pada hari nak balik tu. Betul-betul flexible kan? Boleh lah stay lama sikit untuk menikmati percutian kita tu. Tak jugak kelam kabut alamak sampai awal kena tunggu waktu check-in lambat lagi, atau alamak flight petang tapi kena check-out tengah hari pulak. Hah semua tu tak payah pening fikir dah kalau stay sini.

Australian Beef Rib Eye Steak di Big Apple Restaurant

Norwegian Salmon Steak di Big Apple Restaurant

New Zealand Lamb Chop di Big Apple Restaurant

Chocolate Walnut Brownies di Big Apple Restaurant
Pistachio Cream Brulee di Big Apple Restaurant

Sous-vide of Mackarel, Avocado Citrus, Mix-cress and Balsamic Jelly di Samplings Of The Fourteenth Restaurant

Poached Salmon and Prawn Fillet With Tomato Provencal and Stuffed Cabbage di Samplings Of The Fourteenth Restaurant

Roasted Wagyu Beef Tenderloin with Green Legumes and Spice Tomato Gravy di Samplings Of The Fourteenth Restaurant
Mud Pie Coffee Mousse in Chocolate Cup with Passion Fruit Sauce di Samplings Of The Fourteenth Restaurant

Banyak kan makanan? Hah, jika korang salah seorang tetamu Club juga, korang layak untuk menerima layanan ekslusif dari Chef yang cukup berpengalaman disini. Tetamu Club layak menerima diskaun sebanyak 20% untuk makanan dan minuman di restoran. Sempat saya merasai fine dining dinner di Big Apple Restaurant dan juga Samplings On The Fourteenth Restaurant di Tingkat 14. Memang sedap!

Ada Handy Phone dapatlah FREE call yang tersayang bersaksikan KL Tower view

Selain mendapat 20% diskaun untuk makan dan minum di restoran mereka, para tetamu Club juga dapat call percuma untuk nombor local di sekitar Klang Valley dan juga laundry untuk 2 helai baju secara percuma. Wi-Fi di bilik juga haruslah PERCUMA!  Tu belum cerita hal ada Handy Phone di setiap bilik - boleh surf internet, sosial media, call percuma, IDD call percuma lagi.

Santai di sudut membaca tepi tingkap

Sunset view yang cantik dinikmati sambil santai bekerja di atas katil

Bilik disini bersaiz 51 meter persegi, dan bath & shower separate. Bilik yang saya tinggal di Tingkat 20 siap ada wardrobe room okayh! Teruja semacam hah masuk bilik masa tu. Di bahagian tepi tingkap pulak ada sofa memanjang yang sangat selesa untuk saya bersantai di situ baca buku atau menonton TV sambil menikmati pemandangan kotaraya Kuala Lumpur di luar. Lagi-lagi ada sunset view dari dinding kaca bilik!

Katil King sangat besar perlu dikongsi bersama. Eh?

Pillow Talk Seshhhhh with Nisa Kay

Eh menyorok bawah selimut pun bersama? Lain maciammm!

Girls Pyjamas Bath Robe Party!

Setiap bilik disediakan King size bed, dengan penuh bantal-bantal gebu yang menanti saya untuk terjun je atas katil tu dan tidur sepuas hati. Kebetulan, malam sebelum menginap di sini, saya stay up 7 jam di Suria KLCC untuk raffle live kasut Yeezy Adidas. Pagi tu pulak kerja, tidur memang takde langsung la. Dah check-in Club Premier Room di Berjaya Times Square ni apa lagi? Tidur sepuas hati! Errr.... tapi malam tu sempat girls party bersama Nisa dan kawan-kawan yang lain.

Untuk Club Premier Suite pula, saiz suite lebih besar iaitu 99 meter persegi dan mempunyai dua bilik berasingan! Wah untuk family memang sesuai kan?

Club Premier Room, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Keistimewaan Club Premier Room & Suites, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur:

- Check-in & check-out anytime
- Personalised check-in & check-out di Club Lounge
- Percuma sarapan pagi di Big Apple Restaurant atau Club Lounge 6.30 hingga 10.30 pagi setiap hari
- Percuma buffet style evening cocktails do Club Lounge 5.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari
- Percuma land line local call sekitar kawasan Klang Valley (03).
- Percuma 2pcs of pressing setiap hari.
- Percuma merasai special treat dari chef setiap hari
- Percuma akses Wi-Fi
- Layak mendapat 20% diskaun untuk makanan dan minuman
- Percuma 1 jam penggunaan bilik mesyuarat di Club Lounge

Menikmati KLCC view sebelum pulang 

Serius best tinggal di sini! Kalau korang sendiri nak merasai pengalaman eksklusif dan mewah di Club Lounge dan Club Premier Rooms & Suites, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ni boleh la reserve laju-laju!

Email: [email protected]
Tel: +603 2117 8000
Website: www.berjayahotel.com


Credit Photographer: Zarnizar, Fazril Hafeez, Nisa Kay, Tian Chad

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook