Tioman Island Conservation Day (TICD) 2017 di Berjaya Tioman Resort

10:59 pm

 

Pejam celik pejam celik sekejap je rasa dah setahun. Rasa baru semalam join TICD2016 tetibe dah sampai masanya untuk TICD2017. Masih dengan tema "Together For Planet Earth", misi kami untuk menyelamatkan bumi masih penuh semangat. Ke Pulau Tioman pada 20 hingga 22 Oktober 2017 baru-baru ini, semua orang rasa tak sabar masa tu nak sampai ke pulau. Saya yang tiga kali setahun datang Tioman pun rasa teruja dengan TICD 2017 ni.


Kami bertolak dari Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur kira kria jam 12 tengah malam, dan tiba sebelum subuh di Tg Gemok Jetty, Kuala Rompin menaiki bas Sanwa Ekspress First Class Economy Couch. Untuk pengetahuan korang, sekarang ni lebih mudah untuk ke Pulau Tioman. kalau hari-hari biasa, setiap hari, Sanwa Ekspress akan bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Tg Gemok Jetty jam 4 pagi dan 9 pagi. Dan dari Tg Gemok Jetty ke TBS pula setiap hari jam 1230 tengah hari dan 6 petang. Dan tiket cuma berharga RM30.90 sahaja! Murah kan?



Tiba di Tg Gemok Jetty subuh tu, kami pun sempat lah breakfast apa semua dulu pagi tu sebelum naik Cataferry ke Pulau Tioman jam 8 pagi. Best jugak Cataferry ni nampak sangat mewah dan sangat baru! Harga tiket dari Tg Gemok Jetty ke Pulau Tioman berharga RM60 sehala untuk standard seat, dan RM100 sehala untuk Premium seat. Sangat selesa, dan cukup fasiliti seperti tandas, cafe dan open deck!



Tiba di Berjaya Tioman Resorts, Pulau Tioman kami disambut meriah oleh mereka dengan dihidangkan air kelapa muda. Refreshing sangat lepas letih kematu punggung duduk dalam bas lama-lama. Masuk je bilik terus macam wow besarnya bilik! Terjun terus atas tilam gebu tu untuk berehat seketika. Bestnya dapat tidur kan? Tengah hari kami terus ke Restoran Nelayan untuk makan tengah hari dan diberi briefing tentang TICD2017.


TICD ialah aktiviti CSR tahunan yang bermula pada tahun 2010 dengan komitmen dan sokongan penuh yang berterusan dari PADI Project Aware, dive centres, dan segala divers dari pelbagai pelusuk negara. Masa ni lah semua nak bergabung tenaga, dan berbakti kepada alam sekitar kan? Demi masa depan yang lebih cerah dan demi kebaikkan generasi seterusnya dan juga penduduk Pulau Tioman, usaha macam ni sesungguhnya memang sangat membantu mereka.


Misi kali ini adalah mengekalkan keindahan laut, dan alam sekitar di bawah laut Pulau Tioman. Bersama-sama dengan 130 orang divers dari Malaysia dan Singapore, dari pihak media dan sponsor pula kira-kira 30 orang. Meriah kan TICD kali ini? Yang bestnya masing-masing bekerjasama untuk menyelamatkan Planet Bumi. Teruja jumpa para media yang lama memang macam reunions selepas setahun TICD dan juga berkenalan dengan orang baru yang join TICD ni. Yang bestnya, wakil dari Reef Check Malaysia, Jabatan Taman Laut, dan 7 dive operator dari Malaysia dan Singapore pun turut serta menyokong TICD2017 kali ini.



Tahun ni, parameter projek TICD ni diperluaskan lagi kawasan memulihara corals dan hidupan laut lain dengan tenggelamkan dua unit coral nursery table dan lima unit struktur coral. 5 struktur coral ni ialah 1 unit berbentuk piramid, 1 unit tiang gol bola sepak, dan 3 unit coral structure bersaiz kecil. Hah untuk apa coral nursery table dan coral structure ni? Kegunaanya ialah untuk menyokong pertumbuhan dan pembiakkan lebih banyak coral reefs di dalam laut. Kami bukan diver turut membantu bersama-sama mengecat tiang-tiang coral structure tu, lepas tu potong jaring dan pasang di semua unit. Memang pengalaman berharga sebab kita tak boleh menyelam ke dasar laut kan, jadi kita bantu apa yang kita boleh buat di darat. Sama-sama berganding bahu untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Untuk misi pembersihan di dasar laut juga, para diver buat misi mengutip sampah sarap yang ada dalam laut. Ye lah bahaya tau kalau material macam plastik semua tu dibiarkan di dasar laut. Kalau penyu makan lepas tu mati tercekik camne? Cian dia.


Menariknya beberapa hari sebelum TICD2017, pihak Berjaya Tioman Resorts juga telah tenggelamkan struktur sebuah bas sebagai slaah satu usaha untuk corals lebih banyak tumbuh dan menarik minat hidupan laut lain ke situ. 20 diver telah membantu dalam usaha letak struktur bas lama ni, dan terletak di dasar laut berhampiran tukun coral yang ada iaitu cuma 200 meter dari Berjaya Tioman Resort Dive Centre. Sesuai lah dengan tagline Recycle, Reuse, Rethink dan Repurpose. Kiranya struktur bas lama ni macam nyawa baru lah untuk hidupan bawah laut sana. Sebabnya, material besi macam ni memang sesuai untuk membiakkan lebih banyak corals terutamanya yang jenis slowgrowing. Bergantung kepasa spesis, kadar pertumbuhan paling perlahan ialah 0.2 hingga 1.0 inci setiap tahun manakala untuk spesis yang jenis tumbuh cepat pulak sekitar 1.0 hingga 8.0 inci setiap tahun. 


Hari kedua TICD, kami mulakan pagi kami dengan menanam pokok kelapa. Sebanyak lebih 40 pokok kelapa ditanam kali ini di sekitar kawasan Berjaya Tioman Resorts. Hah masa Malam Tradisi Tioman sekitar bulan March dulu pun saya ada tanam pokok kelapa. Banyak betul anak-anak saya di resort ni. Lepas tu sempat kami saksikan sendiri para diver bawa beberapa coral structures yang kami dah siap kan tu ke dalam laut untuk proses menanam corals pula. Semoga semua corals membiak dengan jayanya dan membantu hidupan laut yang lain juga.


Untuk aktiviti lain, kami berkesempatan buat aktiviti CSR bersama-sama para pelajar dari sekolah berdekatan. Dengan menggunakan bahan-bahan terbuang yang boleh dikitar semula, kami buat replika ikan pari. Kenapa ikan pari? Hah sebab kalau TICD2016 tahun lepas tu, maskotnya kuda laut, tahun ni ikan pari atau bluespotted stingray! Agak-agaknya tahun depan apa ya? Haha. Dan sambil buat replika menggunakan bahan kitar semula, team TICD juga bersama-sama menyampaikan maklumat berguna tentang kenapa kita kena protect blue-spotted stingray ni.


Dan sementara para diver semua sibuk dengan urusan di dalam laut dengan tanam coral dan sebagainya, kami di darat terlibat pula dengan aktiviti membersihkan pantai. Fuh, nampak macam bersih je tapi kalau tengok betul-betul kan, banyak serpihan polistren bekas makanan, puntung rokok dan pelbagai jenis sampah lain di persisiran pantai. Kita kena lah sama sama menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar. Kalau bukan kita siapa lagi?


Malam tu kami diraikan di Malam Gala TICD 2017. Makan BBQ fuh berebut semua macam kelaparan semua. Dihiburkan juga dengan persembahan tarian kebudayaan oleh pelajar sekolah, lucky draw dan karaoke!! Meriah juga dengan adegan campak rakan-rakan ke dalam kolam renang haha!


Hari ketiga kami di TICD, kami cuma snorkelling waktu pagi di sekitar Pulau Renggis untuk menikmati keindahan corals dan hidupan laut lain. Tahu sebab apa tak pernah jemu ke Pulau Tioman? Sebab keindahan hidupan dasar lautnya. Serius, tak tipu Pulau Tioman memang terkenal dan tersenarai di antara pulau yang tercantik. Kalau tak pernah datang sini, apa kata korang try datang ke Pulau Tioman dan menginap di Berjaya Tioman Resort? Boleh snorkelling atau diving di sekitar Pulau Renggis!


TICD 2017 betul-betul memberi makna dalam kehidupan kita semua. Dari segi bekerjasama dan kerja berkumpulan, dan juga passion kita pada alam sekitar. Berjaya Tioman Resort sentiasa berusaha untuk meneruskan usaha ini dan mencari cara-cara baru untuk memelihara alam sekitar dan hidupan laut. Terima kasih juga untuk par apenaja TICD 2017 tahun ini, iaitu Cosway Malaysia, Victorinox Swiss Army Timepieces Malaysia, RadioShack Malaysia, Julie's Biscuits, Kenny Rogers Roaster Malaysia, Tourism Malaysia dan Cataferry Sdn Bhd. Tak pernah rasa penat atau menyesal bila dapat join aktiviti macam ni. Harap-harap terus terlibat dalam TICD lagi di tahun akan datang.

credit photo: Tian ChadAsh Raja & Fazril Hafeez

You Might Also Like

2 comments

  1. best program mcm ni. hope boleh join lagi next time

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn Madi. Rasa macam berbakti kepada alam sekitar hahahaba

      Delete

drop your comment here!

Like us on Facebook