Lenovo Malaysia Memperkenalkan Siri Lenovo Tab 4 Untuk Seisi Keluarga

11:39 pm




Berpeluang untuk menjadi antara insan bertuah yang dapat merasai pengalaman sendiri di sesi pandang pertama Siri Lenovo Tab 4 oleh Lenovo Malaysia. Dicipta untuk kanak-kanak dan dewasa, Lenovo Tab 4 Series yang serba boleh ini sememangnya tablet yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. 

Untuk yang gemarkan hiburan dan mahukan gajet yang mudah dibawa kemana sahaja, Lenovo Tab 4 Series juga sangat sesuai sebab ada fungsi multimedia yang sangat terbaik contohnya stereo speakernya dan juga diperkaya audionya dengan Dolby Atmos®.




Pengeluar PC yang semakin megah di industri komputer iaitu Lenovo Malaysia telah memperkenalkan keluaran terbaru mereka dalam koleksi siri Tab 4 iaitu Lenovo Tab 4 8 dan Tab 4 10 Plus, sepasang gajet yang dicipta dengan design yang cantik, dan fungsi yang terbaik untuk kegunaan seisi keluarga. Seiring dengan membawa teknologi yang terbaik untuk para pelanggan, siri Lenovo Tab 4 ni memang sangat berbaloi untuk memilikinya. Saya suka reka bentuk tablet ni yang sangat sleek, tidak terlalu tebal, ringan, dan pelbagai fungsi!


Siri Lenovo Tab 4 yang terbaru ni menawarkan built-in function yang sangat versatail untuk diguna secara harian. Lepas ni kalau travel long journey masa naik flight ke, bosan duduk dalam MRT menuju ke office ke, atau untuk kegunaan display media kit dan rate card ketika saya berjumpa dengan client pun boleh guna Lenovo Tab 4 ni. Mudah lah lepas ni!


 



Yang menariknya untuk yang sudah berkeluarga dan punya anak kecil selalu budak agak cranky bila long journey kan?  Hah siri Lenovo Tab 4 ni sangat sesuai untuk memastikan anak-anak duduk diam setempat . Marathon je rancangan kanak-kanak atau mana mana kartun yang ada, bateri siri, Lenovo Tab 4 mampu bertahan sehingga 12 jam! Lagi menarik, ada fungsi akaun untuk kanak-kanak sahaja dimana kita boleh pantau aktiviti anak-anak ketika bermain tablet sebab akaun ni ada konten yang sesuai untuk kanak-kanak, browser kanak-kanak, game kanak-kanak, dan pelbagai lagi tools dan apps yang sesuai.

Kesemua siri Lenovo Tab 4 akan run Android 7.0 Nougat dan dengan wujudnya fungsi multi-user mode dalam table ini sememangnya ia dicipta untuk berkongsi sesama ahli keluarga -- dari ibu ayah hingga lah ke anak cucu. .



Lenovo Tab 4 8

Lenovo Tab 4 8 yang bersaiz 8inci menawarkan paparan muka HD dan mempunyai beberapa pilihan multimedia yang sangat bagus! Dah la ada front-facing dual-stereo speakers dengan Dolby Atmos mobing audio. Lepas tu macam yang saya dah mention di atas tadi, multiple user boleh buka akaun sendiri masing-masing so ada la space masing-masing dalam tablet tu. Boleh suka hati tweak setting, nak wallpaper apa, dan akses akaun sosial media masing-masing. 


Display : 8" HD IPS, 1280 x 800 Resolution, 8-bit Colour Depth, 60% Color Gamut, 10-point Multi-touch, 350 nits Brightness

CPU : Qualcomm Snapdragon 425

Memory : LP DDR3 2GB

Storage : 16 GB; with microSD™ Card Slot up to 128GB

Operating System : Android™ Nougat

SIM Card : Nano SIM (Single slot)

Sensor : G-Sensor; L-Sensor ; P-Sensor; Vibrator WLAN/ WiFi : WiFi 802.11 b/g/n, Single Channel (2.4 GHz)

Connectivity : Bluetooth® 4.0; Voice Call; GPS & A-GPS; GLONASS; Beidou; and FM Radio

I/O : Dolby Atmos®, 3.5 mm Combo Audio Jack with Audio and Microphone; 2 x Front-Facing Speakers

Battery : Li-ion Polymer 4850 mAh

Dimensions : 124 mm x 211 mm x 8.3 mm

Weight : 320 g / 0.7 lbs

Color : Aurora Black and Polar White

Availability : November 2017


Price : RM 749


Lenovo Tab 4 10 Plus

Dengan saiz yang lebih besar iaitu 10inci, Lenovo Tab 4 10 Plus ni ialah dual-glass tablet yang diperincikan dengan lapisan gelas yang berkualiti dan tahan lasak untuk protect depan belakang. Dah la slim design, ringan pula tu! Dan seperti Tab 4 8 juga, tablet ini turut dilengkapi dengan dua speakers dan Dolby Atmos moving audio untuk memaparkan sinematik skrin FHD IPS  yang berkualiti tinggi. Login fingerprint untuk sekuriti multiple user account, dan menggunakan USB Type C dan Quick Chargw 3.0 untuk fast charging! Yassss! Itu yang diperlukan semua orang jenis yang taksabar tunggu bateri full ye dak?


Display : 10.1" FHD IPS, 1920 x 1200 Resolution, Gorilla® Glass 4 (Back Cover) with Aluminum Frame, 16 Million Colour Depth, 70% Color Gamut, 10-point Capacitive Touch, 400 nits Brightness

CPU : Qualcomm Snapdragon 625

Memory : LP DDR3 3GB

Storage : 16 GB; with microSD™ Card Slot up to 128GB

Operating System : Android™ Nougat

SIM Card : Nano SIM (Single slot)

Sensor : G-Sensor; L-Sensor, Hall Sensor, Vibrator, Fingerprint Scan WLAN/ WiFi : WiFi 802.11 a/b/g/n/ac, Dual-Band (2.4 GHz & 5 GHz)

Connectivity : Bluetooth® 4.2; GPS & A-GPS; GLONASS; Beidou; and FM Radio

I/O : Dolby Atmos®, 3.5 mm Combo Audio Jack with Audio and Microphone; 2 x Front-Facing Speakers

Battery : Li-ion Polymer 7000 mAh

Dimensions : 247 mm x 173 mm x 7.1 mm

Weight : 475 g / 1.05 lbs

Color : Aurora Black

Availability : November 2017


Price : RM 1,299


Sebagai pengguna Lenovo yang sangat tegar, haruslah saya berpesan:

Jangan lupa dapatkan Siri Lenovo Tab 4 di pasaran!
Serius best tablet ni!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S