Cheese Tea di Cheers Cheese memang sedap!

5:25 am


Jalan jalan di IOI City Mall Putrajaya tadi dengan kawan-kawan, terjumpa pulak ada kedai baru bukak di tingkat satu -- Cheers Cheese. Wah hantu cheese for sure akan meroyan tengok kedai ni. Saya pulak dari dulu, kalau order air minuman milk tea ke oolong tea ke green tea ke mesti suka topping salt cheese atau cream cheese yang frothy tebal di atasnya! Apa je yang ada di Cheers Cheese ni?




Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya adalah cawangan kedua selepas Damansara Uptown, PJ. Dah Keto diet ni lah craving pulak nak minum manis manis gula. Alaaa cheat day sehari takpe kan? Haha! Berasal dari Hong Kong, setiap minuman yang disajikan adalah berkualiti dan cheeeesy! Ada pelbagai jenis minum dan kek yang disediakan. Sesuai sangat untuk dinikmati ketika bersantai bersama kawan-kawan.




Hah tadi sebenarnya masa kitorang lalu tadi rupanya baru bukak Cheers Cheese cawangan IOI City Mall Putrajaya ni hah. Grand Opening la ni siap bagi 100 cawan PERCUMA untuk para pengunjung. Apa lagi? Kami pun turut beratur sama la cerita dia. Masa lalu situ dah pukul 11 pagi, kitorang dapat no 50 something dah. Laku keras! Jangan risau, esok Ahad 24 December masih ada air percuma. Bestnya bila order tu dapat device yang boleh notify by alarm untuk korang tahu dah siap ke belum air korang. Taklah tertunggu depan tempat pickup tu kan?



Diberi pilihan untuk cuba Cheese Milk Tea atau Jasmine Green Tea atau 4 Season Tea, saya pilih Jasmine Green Tea! Dan Bae, memilih Cheese Milk Tea. Memang sedap! Dengan kepekatan buih cream cheese topping atas air teh kami, fuhhhhhh mantap! Memang padu beb dah la banyak gila cheese tu.




Ada beberapa cara untuk minum air macam ni ye.  Pertama, boleh cucuk straw terus tembus sampai bawah dan hirup macam biasa. Tapi tak syok! Cepat habis tak sempat menikmati nanti. Dah la akan rasa air teh di dasar cawan dulu. Kedua, boleh bukak cap hitam yang tutup lubang cawan tu dan hirup dari situ. Terasa kenikmatan dan kepekatan cheesenya. Uniknya design cawan Cheers Cheese ni siap ada penutup! 


Hah yang ketiga, korang bukak penutup cawan tu terus, dan hirup buih buih cinta tu. Eh? Hah ni paling best sebab boleh enjoying the drink siap buat misai buih di bibir. Haha!



Bukan tiga jenis air ni je, ada pelbagai pilihan dari Cheese Tea, Milk Tea, Frappucino, dan juga Fruit Tea. Boleh juga memilih untuk letak topping cheese atau tidak ketika order air. Hah topping tu juga boleh tambah extra yang lain. Ada pearl, oreo, cheese, dan kek. Menarik kan? Rasa teringin nak try Cheese Avocado next time! Puan Sri Cheese Cake, dan kek-kek lainpun boleh tahan nampak sedap! 


Okayh korang boleh datang serbu Cheers Cheese di Tingkat 1, IOI City Mall Putrajaya untuk sama-sama rasai kesedapan yang tak dapat diungkap lagi dah Cheers Cheese ni! Boleh juga terus ke website mereka di www.cheerscheese.com.my untuk info lanjut. Selamat mencuba!


Psssstttt.... thanks Syafiera for some of the photos! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook