Malam Dialog Bersama Menteri KPDNKK
5:35 pmBaru-baru ni berkesempatan untuk ke Malam Dialog & Santai Pengguna Bersama Blogger anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Hotel Istana Kuala Lumpur. Turut serta bersama kami makan malam ialah Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Banyak perkongsian malam tu, dan beberapa maklumat yang lebih jelas diterangkan dalam majlis malam tu. Lebih kepada sesi santai bagi membincangkan tentang isu-isu semasa yang berkait dengan pengguna di Malaysia.
Ulas semula tentang ucapan menggulung oleh Yang Berhormat Dato Seri Hamzah Bin Zainudin di Persidangan Agung UMNO 2017 baru-baru ini, isu yang paling hangat diperkatakan mestilah isu harga barang naik harga. Namun pihak KPDNKK menegaskan bahawa, mereka sentiasa memastikan bahawa peniaga tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tinggi di pasaran dan sentiasa berusaha menangani masalah ini. Disebabkan itu juga, atas sikap prihatin dan keadilan kepada pengguna, barang-barang keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak, beras, dan gas memasak (LPG) telah dipersetujui untuk tidak dinaikkan harga. Dan demi kesejahteraan rakyat juga lah, kerajaan memberi subsidi melalui barang-barang keperluan asas dan buat masa ini telah membelanjakan sebanyak RM2 Bilion setahun.
Tapi, barang basah banyak naik harga kan? Tu macam mana pulak? Hah, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta agensi-agensi lain seperti LKIM dan FAMA, KPDNKK akan memerangi orang-orang yang tamak haloba ni semua. KPDNKK juga akan meminda dan memperkukuhkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dalam usaha memerangi golongan ini. Dalam sesi dialog bersama pengguna, ada yang bertanya tentang Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Menteri KPDNKK menjelaskan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0 akan dilancarkan tak lama lagi dengan menawarkan pelbagai produk barangan asas dan barang harian dapur seperti bawang, cili, ubi kentang, kekacang dan rempah ratus.
Selain itu, Dato' Seri Hamzah sempat juga memperkenalkan tentang aplikasi Price Catcher. Aplikasi ni mudah digunakan, dan pengguna boleh buat semakan atau perbandingan harga barangan harian yang dijual di kawasan berdekatan demgan kita mengikut kategori dan lokasi. Aplikasi ini akan susun premis yang menawarkan harga terendah.epas tu siap ada tunjuk arah untuk ke premis tu supaya korang tak sesat gitu. Hah senang la sebelum nak shopping tu, check dulu apps kat phone mana tempat yang harga lebih murah kan? Tips pengguna bijak ni! Lepas tu korang boleh juga share hasil carian harga barang tu di media sosial. Sharing is caring katanya. Aplikasi Price Catcher boleh dimuat turun di App Store atau Google Play.
Selain untuk semakan harga 446 jenis barangan harian, antara kelebihan harian aplikasi Price Catcher ialah korang boleh dapat maklumat terkini tentang naik turun harga ni. Tahu kan sekarang harga petrol dan diesel di update setiap minggu? Kalau duk tertanya-tanya je harga minyak setiap minggu tu bukak je aplikasi Price Catcher dan boleh lihat update terkini.
Hah macam mana pulak kalau nak buat aduan kepada KPDNKK? Teringat ada satu isu Diana Danielle mengamuk tak puas hati pasal barangan mainan untuk anaknya dan terasa tertipu dengan peniaga, terus dia buat aduan KPDNKK. Ya, KPDNKK sentiasa akan bertindak kalau korang buat aduan. Tiada tanda harga? Keliru dengan tawaran harga? Penipuan harga? Barang tiruan? Korang boleh salurkan aduan rasmi dengan menghubungi 1800-876-600 atau menggunakan aplikasi Ez ADU KPDNKK. Kalau susah reach thru call, guna je aplikasi Ez ADU ni lebih mudah. Dengan fungsi kamera, gps, dan lain-lain, aplikasi ini sangat mesra pengguna, cepat dan ringkas. Hanya dengan 4 langkah ini, korang dah boleh buat aduan:
- Masukkan butiran aduan
- Masukkan laporan aduan
- Geo tag lokasi tempat korang nak buat aduan
- Snap gambar sebagai bukti
Yang bestnya lagi, dengan aplikasi Ez ADU ni, korang juga boleh semak status aduan dan tindakan yang diambil oleh KPDNKK.
Menteri KPDNKK sendiri juga memperkenalkan kepada kami tentang kewujudan Friends of KPDNKK (FOK) yang terbuka keahliaannya untuk semua rakyat Malaysia. Korang boleh sertai FOK ini untuk dapatkan tawaran istimewa dari Rakan Dagang dan menjadi duta kepada KPDNKK. Wah, menarik kan? Antara fungsinya ialah Kad Maya dimana korang boleh guna kad keahliaan Friends of KPDNKK secara maya melalui aplikasi telefon je. Dan dengan cuma tunjuk je kad maya di aplikasi telefon korang di Rakan Dagang terpilih, korang boleh dapat potongan harga! Yesssss, diskaun!
Banyak informasi berguna yang dikongsikan di Malam Dialog bersama KPDNKK ni. Saya sendiri lihat KPDNKK memang sangat aktif di media sosial mereka, sentiasa memberi info yang cepat untuk pengguna. Harapnya lebih banyak sesi dekat dengan pengguna di masa akan datang.
0 comments
drop your comment here!