Nafas baharu Delicious oleh Envictus
10:47 pm
Ingat tak saya pernah makan di Delicious Cafe, 1 Utama yang diberi nafas baru serba moden? Hah baru-baru ni saya ke Majlis Perasmian Delicious Bangsar Village ll pulak. Wahhhh nampaknya selain di St Mary Place dan 1 Utama, Delicious Bangsar Village ll juga telah diberi nafas baru . Memang berbeza betul dekorasi dalaman Delicious yang baru ni.
Sebenarnya untuk yang belum tahu lagi, Delicious iaitu Grand Cafe No 1 Malaysia ni telah diberi nafas baru atau rebranding oleh Envictus International Holdings Limited. Envictus ni syarikat yang sama menguruskan Texas Chicken dan san Francisco Coffee. Dengan pembaharuan yang dibuat, Envictus menjadikan Delicious sebuah restoran yang sangat elegan, grand-chic sesuai untuk seisi keluarga.
Envictus sendiri bererti enhanced good food atau membaikpulih makanan yang terbaik yang bermakna, Envictus ini sentiasa menghidangkan produk F&B yang berkualiti kepada pelanggan setia mereka. Dah lebih 20 tahun juga mereka dalam industri ni mestilah sentiasa memberi yang terbaik kan?
Delicious Bangsar Village ll telah diubasuai dan diperbaiki ruang makannya supaya lebih kelihatan moden tapi masih kekal dekorasi seperti di rumah. Barulah masa nak makan tu tetap feels like home kan? Ruang makan lebih besar, selesa, dihiasi dengan kerusi makan yang juga lebih selesa. Konsepnya moden dan kotemporari gitu.
Menariknya, para pelanggan boleh memilih untuk makan di beberapa bahagian dalam restoran ni; di bahagian utama yang lebih selesa, atau di bar. Hah ye, kat sini siap ada bar ok? Lepas habis kerja, penat tapi malas balik rumah lagi boleh lah chill lepak dulu dengan kawan-kawan di Delicious. Sesuai dengan tema "Celebrating Moments", Delicious memang mahu korang datang ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan.
Makan memang semua padu beb! Tak puas kami makan terutamanya Calamari Ring, atau Macaroni Cheese Ball. Tu belum dia hidang Soft Shell Baby Crab atau Chicken Wings lagi. Padu beb! Semua makanan sedap. Katanya menu Nasi Kerabu dan Ayam Percik juga menjadi menu kegemaran ramai yang datang Delicious ni. Hah lagi best sini ada pizza! Sebut je Chicken Salami Pizza ke, 4 Cheese Pizza ke, Margherita Pizza ke, Seafood Marinara Pizza ke macam-macam ada. Dah la korang boleh lihat sendiri chef semua masak pizza di dapur melalui tingkap kaca berhampiran tempat makan. Wahhh!
Terliur tak bila tengok makanan ni semua? Hah jom la semua ke Delicious!
0 comments
drop your comment here!