Bercuti di Berjaya Langkawi Resort, Pulau Langkawi

4:09 am



Hi, #eyratravel lagi! Kuat betul lah berjalan kan? Kali ni Neyra ke LANGKAWI! Bila dapat tahu nak ke Langkawi atas jemputan Berjaya Langkawi Resort ni, memang teruja habis! Guess what? Last time datang ke sini 20 tahun yang lepas. Masa tu sekolah rendah lagi babe! Punya lah berzaman sangat dah. Zaman beras terbakar masih kelihatan bertaburan di tanah dan kita boleh kutip dengan tangan. Sekarang? Kawasan tu siap berpagar dah haha!






Langkawi terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30KM dari Kuala Perlis dan 51KM dari Kuala Kedah. Tapi pulau yang utama ialah Pulau Langkawi lah. Yang menariknya, pulau-pulau ni terkenal dengan warisan mitos dan lagenda; kisah gergasi dan burung garuda lah, pahlawan dan puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta. Macam-macam kisah ada! Tapi yang popular mestilah lagenda Mahsuri yang dikatakan berdarah putih. Langkawi juga telah dianugerahkan status Geopark Dunia oleh UNESCO pada tahun 2007 kerana keindahan warisan geologinya yang banyak; landskap cantik, binaan batu kapur, gua, gerbang laut, batu tinggalan glasier, fosil-fosil dan ada sejarah geologi sejak 500 tahun lalu! Pulau-pulau ni ada formasi batu unik yang pelbagai. Wah menarik kan sebenarnya Langkawi ni?


Hari pertama, saya dan kawan-kawan dari Malaysia & Singapura sama sama berkumpul di Subang Airport. Mujur, dekat dengan rumah naik Grab baru RM16! Sempat jugak lah breakfast sebelum daftar masuk di kaunter. Kali ni ke Langkawi naik Firefly rasa sedikit teruja sebab 20 tahun lepas datang Langkawi masih gigih naik feri dari Kuala Kedah! Hahahahha dah lah Ayah drive dari Kuantan ke Kedah masa tu. Gigih tak gigih lah zaman dulu kala nak ke Langkawi ni. Dengan lambakkan kapal terbang berkos rendah sekarang, lebih mudah untuk kita semua ke Langkawi.


Sejurus tiba di Langkawi International Airport, kami disambut mesra dengan staff Berjaya Langkawi Resort. Dari Airport ke Resort, kira-kira 20 minit je perjalanan. Tapi kami menyimpang kejap ke Pekan Kuah untuk shopping time! Fuh kalau sebut Langkawi dalam kepala ada coklat je. Tapi Ibu dah pesan siap siap belikan minyak gamat, coklat, dan pelbagai benda lagi dia kirim. Gamaknya kalau naik lori datang Langkawi ni kan, entah-entah pinggan mangkuk periuk belanga pun dia pesan hah. Sebab Pulau Langkawi adalah Bandar Bebas Cukai dank orang bayangkan coklat import semua MURAH! Dari Whittaker’s cuma RM15.90, Daim RM13.90, Ritter Sport RM5.90, Belgian RM5.90, Cadbury RM8.90, Nuttela botol besar tu pun baru RM12.90, memang korang boleh lupakan je diet kalau datang sini. Banyak jugak kami shopping sakan di Pasaraya Haji Ismail Group tu. Lepas shopping dan lunch di Art’s Café, baru kami menuju ke Berjaya Langkawi Resort.




Setibanya di perkarangan lobi Berjaya Langkawi Resort, kami disambut meriah dengan air, dan staff-staff resort. Selepas urusan daftar masuk selesai, kami terus menuju ke bilik masing-masing. Kali ni, kami stay di Premier Chalet yang terletak megah di atas bukit, dengan pemandangan cantik Lautan Andaman. Bukak je pintu bilik memang melompat teruja punya besar bilik bersaiz 56 kaki persegi dan elok terletak katil bersaiz King di tengah-tengah. Juga, ada balkoni yang menghadap laut! Wah memang best lah. Macam ni rasa nak honeymoon di Langkawi je la. EH?


Berjaya Langkawi Resort mempunyai 412 buah bilik berlainan jenis dengan keluasan dari 32 kaki persegi hinggalah 148 kaki persegi iaitu Rainforest Chalet, Rainforest Studio, Family Chalet, Premier Chalet, Premier Suite On Water, Executive Suite dan Presidential Suite. Pilih je nak chalet yang macam mana. Dan sebab kawasan resort ni besar, jangan risau ada shuttle untuk kemana-mana.





Malam tu masa jalan kaki on the way ke Pahn-Thai Restaurant untuk dinner, terkesima dengan pemandangan matahari terbenam di kawasan water chalet tu. Cantik sebenarnya Pulau Langkawi ni. Dah semua orang feeling-feeling kat situ, sampai tak ingat lah nak makan! Haha. Okayh, yang bestnya nak dinner di Pahn Thai Restaurant ni, suasana memang sangat romantik. Restoran ni terletak di atas air, macam terapung. So sambil makan, dengar bunyi ombak laut, angin bayu laut tiup sepoi-sepoi, fine dining pulak...kalau makan malam dengan pasangan memang romantik.





Pahn Thai Restaurant menghidangkan makanan Thai dan berkonsepkan fine-dining. Untuk appertizer, kami dihidangkan dengan Sum Tum Thai & Thod Mun Goong (Papaya Salad & DeepFried Shrimp Cake) dan Sup Tom Yum Tha Lay Sai Nom (Spicy Mixed Seafood Soup with Coconut Milk). Makan appertizer pun dah rasa full, datang main course MasyaAllah sedapnya semua! Ada Kaing Khiew Wan Gai (Green Curry Chicken with Eggplants), Pla Kao Yum Ta Khrai (Deep Fried Garoupa Fillet with Lemongrass, Chilli and Lime), Goong Phad Med Ma-muang Himmapan (Stir-fried King Prawns with Cashew Nuts and Dried Chillies), Brocolli Phad Hoi Shall (Stir-Fried Brocolli with Scallops) dan juga Khao Phad Sub-pa Rod (Fried Rice with Pineapple). Dan tak lengkap la kalau tak makan pemanis mulut yang terkenal di Thai iaitu Pulut Mangga kan? Yes! Makan malam kami diakhiri dengan dessert Khao Niew Ma-maung (Sweet Thai Sticky Rice with Mango).



Hari kedua kami di Berjaya Langkawi Reosrt, pagi tu sarapan pagi di Beach Brasserie, menghadap lat. Fuh kelainan betul sarapan kat sini pagi-pagi dah tepi pantai. Agak privacy juga tempat sarapan ni. Tak terlalu crowded, dan pilihan makanan juga banyak.



Pagi kami agak awal bermula sebab pagi tu kami ada aktiviti Dev's Nature Walk di mana semua akan berjalan-jalan di sekitar resort bersama tour guide. Hah nama pun nature walk mestilah jalan kaki sambil belajar tentang pokok, bunga haiwan yang ada. Flora dan fauna sangat! Tapi seronok dapat banyak ilmu baru. Ada pokok kita sellau nampak tapi tak tahu nama kan? Itu menariknya aktiviti di sini.


Menjelang tengah hari, kami ke kawasan water chalet pula. Berkesempatan untuk merasai sendiri Premier Suite On Water di Berjaya Langkawi Resort ni, wah memang eksklusif!




Lebih moden dan kotemporari dekorasi dalaman, dan kelihatan sangat mewah. Dengan keluasan 65 kaki persegi, bilik ni lengkap dengan balkoni menghadap lautan Andaman, dan juga jakuzi di bahagian luar. Boleh feeling berjakuzi di lautan gitu. Memang menarik dan sesuai untuk honeymoon. Ah, confirm dah ni honeymoon kat Langkawi je lah macam ni! Eh?




Tengah hari selepas makan di Dayang Cafe, kami terus teruja untuk cuba pelbagai fasiliti di sini iaitu gym atau mandi di kolam renang dan jakuzi. Tapi tengah syok mandi tiba-tiba hujan pulak haha! Dah alang-alang tu dekat dengan pantai tu kami terus ke kawasan hutan Paya Laut berdekatan pantai untuk melawat kawasan.




Tahukah anda sekitar tahun 2015, Berjaya Langkawi pernah buat Kempen Mangrove 4 Life (M4L) demi memulihara dan memelikara kawasan Paya Laut ni. Hah maka kalau korang datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk try aktiviti Mangrove Walk. Jangan risau, tak perlu masuk dalam laut ke sungai ke, basah-basah takde. Ada laluan di atas tiub PVC sepanjang 500 meter, dan juga laluan daripada kayu untuk korang lalu situ. Tour guide kami, Abang Shah, volunteer yang menjaga pokok-pokok Paya Laut ni sempat explain and cerita pada kami serba sedikit tentang Paya Laut ni. Banyak jugak dapat belajar kat Berjaya Langkawi Resort ni kan? Ilmu baru!




Petang tu dah lepas Mangrove Walk boleh pulak sambung buat aktiviti di laut. Kat sini korang boleh try macam-macam aktiviti contohnya stand-up paddle boarding, windsurfing, catamaran, banana boat, kayak dan macam-macam lagi. Dah ramai-ramai ni memang best lah kami menjerit je atas banana boat tu kan? Seronok jatuh dalam air!



Malam tu kami dinner di Beach Brasserie, yeay! Another fine dining. Kali ni makan seafood pulak. Dimulakan dengan Smoked Salmon Salad, lepas tu Seafood Chowder dengan Garlic Bread. Untuk main course pula kami makan Pan-Fried Salmon dan dessert homemade red velvet cake. Amboih chef, siap love love lagi deco ikan salmon saya tu. Kemain hah gigih! Terus rasa love love je bila makan tu!



Esoknya pagi lagi kami dah bangun untuk ke Air Terjun Telaga Tujuh di Gunung Mat Cincang yang agak popular di Langkawi ni. Tak jauh pun dari berhampiran Berjaya Langkawi Resort ni. Langkawi Cable Car dan Langkawi Sky Bridge pun dekat sini jugak! Tapi dah pepagi kena hiking ni semua jadi malas maka saya, Nizar, Sophia, Thanuja dan Adeline turun balik kat bawah tu menikmati air kelapa muda dan aiskrim durian je haha! Sedap betul sementara tunggu orang lain habis bergambar kat atas. Dah semua turun tu, kami menuju Pantai Cenang pula.




Di Pantai Cenang, kami berhenti makan di Red Sky Bar & Retaurant sebelum naik Sunset Cruise petang tu. Terima kasih Dato' Alex dari Tropical Charters yang belanja kami makan tengah hari dan naik cruise tu. Memang sedap makan kat sini! Saya order Beef Nachos dan Spinach Stuffed Chicken Breast. Sangat sedap dan terasa healthy betul makan Spinach Stuffed Chicken Breast tu! Dah kekenyangan, sempat juga shopping di Pantai Cenang.




Lepas tu baru kami ke pelabuhan untuk naik Sunset Dinner Cruise oleh Tropical Charters. Kami ambil pakej untuk perjalanan 3 jam, bernilai RM275 seorang. Kalau nak buat day cruise pun boleh, 6 jam cuma RM335 seorang. Sangat puas hati lagi best kalau cruise bersama kawan-kawan memang rasa macam kapal tu kami punya je.






Petang tu cuaca memang sangat membantu. Haha! Yang bestnya kalau korang amek pakej dinner cruise ni dah siap lengkap dinner buffet, lepas tu makan ramai-ramai atas deck. Oh ye! Ada jakuzi dalam laut. Crew akan lepaskan net dalam laut dan korang boleh tersadai berpaut pada net tu berendam sambil kena tarik dengan kapal. Menjelang senja, suasana matahari terbenam memang cantik dan romantik! Teringin nak datang lagi!


Esoknya kami dah bersiap-siap nak pulang ke Kuala Lumpur lepas breakfast di Beach Brasserie. Memang trip kali ni best. Terima kasih Berjaya Langkawi Resort dan Tropical Charters! Nanti honeymoon kita datang lagi okayh?

Berjaya Langkawi Resort - Malaysia
Buray Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
Tel: 04-9591888
Email: [email protected]
Website: www.berjayahotel.com/langkawi


You Might Also Like

2 comments

  1. Wow bestnya dgr cerita bercuti kat langkawi ni kak...teringin nak berjalan jugak lepas covid ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Trip Langkawi ni best kalau betul pi berjalan

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook