Cream of Europe (Krim Eropah) - Pilihan Terbaik Untuk Kek Dan Pastri
9:07 pmDari ganache hinggalah creme brulee, semua orang bersetuju bahawa Cream of Europe atau Krim dari Eropah adalah krim yang terbaik untuk membuat kek dan pastri. Rahsia resepi sedap-sedap tu semua guna Krim Eropah ni lah. Tak dapat disangkal lagi dengan rasa yang unik dan sedap, memang menghasilkan kek dan pastri yang lebih sofistikated dan berkualiti gituh.
Baru-baru ni berkesempatan untuk ke event media anjuran French Dairy Inter-Branch Organisation (CNIEL) yang diberikan dana bantuan dari European Union (EU) di Pastry Institute of St Hanore Kuala Lumpur. Dalam event ni, Co-owner dan Managing Director iaitu Chef Frederic Oger telah memperkenalkan dan buat demonstrasi membuat pastri menggunakan Krim Eropah ini. Wah memang tak perlu terbang ke Eropah untuk menikmati juadah yang rasa seperti di Eropah.
Pagi itu, kami dihidangkan sarapan pagi dengan kek, roti dan pastri yang diperbuat dari Krim Eropah. Antaranya ialah Brioche, Tart Tropezienne, Croissant, Pain au Chocolat, Salmon Quiche, Chicken Cream Pie, dan Mushroom Vol au Vent. Fuh memang banyak jugak lah breakfast Cream of Europe je pagi tu. Nak sebut nama makanan pun berbelit haha! Memang taraf world class makan sarapan macam ni.
Menariknya, kontra dengan kepercayaan orang ramai, sebenarnya Krim Eropah mengandungi kurang lemak jika dibandingkan dengan butter. Bila dah label dengan "cream", kandungan lemak adalah 30% hasil daripada proses skim susu. Apa yang menyebabkan Krim Eropah sentiasa menjadi pilihan chef-chef di serata dunia, dan menghasilkan pastri yang terbaik bukan sahaja disebaban kandungan lemak krim itu tapi faktor lain ialah kestabilan dan tahap konsisten krim itu. Light atau fat cream, kebiasaannya krim dibezakan mengikut level haba yang digunakan untuk sterilize, pasteur dan proses-proses lain, kepekatan krim itu, strukturnya, dan cara pembungkusannya. Tapi Krim Eropah dihasilkan cuma dari susu yang berkualiti! Patut lah sedap kan?
Terdapat pelbagai jenis krim yang boleh digunakan untuk memasak atau membuat kek dan pastri yang di kategorikan mengikut tahap konsistennya dan kandungan lemaknya. Antaranya ialah:
Terdapat pelbagai jenis krim yang boleh digunakan untuk memasak atau membuat kek dan pastri yang di kategorikan mengikut tahap konsistennya dan kandungan lemaknya. Antaranya ialah:
* Pasteurised Fresh Single / Double Cream
* Sterilised Liquid Cream
* Low Fat Cream
* UHT Cream
* Whipped Cream
* Chantilly Cream
* Sour Cream
Terdapat pelbagai teknik dalam penyediaan masakan Krim Eropah ni, dan Chef Oger sempat demonstrasi 4 elemen dalam 4 resepi berlainan masa event hari tu. Seni whipping cream ditunjukkan masa buat Berry Madeleine Basket, yang mengandungi fresh berries, lemon madeleine, lemon chantilly, pesto jelly dan berry coulis. Lepas tu kami diperkenalkan dengan jenis tekstur krim ketika membuat Cream Catalane Passionement dimana pemanis mulut itu diperbuat daripada cream catalane perasa vanila yang dibakar dan caramelize dengan exotic chutney manis, dan dihidangkan bersama kacang masin yang dikaramelkan juga. Lepas tu proses emulasasi krim ditunjukkan ketika demo membuat Speculous Chocolate Tart yang lengkap dengan poached pear, sos karamel, dan almond flakes. Lepastu kami belajar pula tentang komposisi air dan lemak dalam krim masa buat Frozen Parfait iaitu chocolate coffee magnum disalut dengan hazelnut chocolate.
Memang tak dapat disangkalkan lagi tentang kualiti Krim Eropah dan variasi yang pelbagai membuatkan Krim Eropah ni krim yang terbaik untuk digunakan dalam pembuatan kek dan pastri. Tak sabar nak baking guna Krim Eropah!

0 comments
drop your comment here!