Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama Di Malaysia oleh Aspiro Sdn Bhd

12:57 am



Aspiro Sdn. Bhd., pembekal perkhidmatan perniagaan global melancarkan Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global atau Global Business Services Centre yang pertama di Malaysia. Aspiro berstatus MSC memilih Malaysia sebagai ibu pejabat mereka dan menawarkan solusi terbaik untuk bahagian Sumber Manusia (HR), Teknologi Maklumat (IT), Akaun dan Kewangan untuk lebih 80,000 pengguna di Indonesia dan China juga.



Bila dalam satu company yang besar mesti ada masalah nak handle data dan dokumen yang banyak. Teringat zaman internship di Petronas Chemicals dulu bahagian Operation, memang sengsara manually key-in data, update data, set value data semua dalam excel atau SAP. Hah sebab tu la Aspiro melancarkan pusat perkhidmatan perniagaan global ini untuk memudahkan lagi urusan sesebuah syarikat. Aspiro telah bermula memberi khidmat sejak Disember 2017 dan buat masa ini salah satu pelanggan mereka ialah Asia Pulp & Paper. Siapa je tak kenal Asia Pulp & Paper? Salah satu syarikat pengeluar pulpa dan kertas terbesar di dunia dan sedang membangun.


Kenapa Malaysia? Kenapa perlu guna khidmat Aspiro?

Malaysia ni sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, dan juga kepelbagaian industri dan bakat, idea, kreativiti dan inovasi masing-masing. Infrastruktur yang membangun dan maju saban hari dan polisi perniagaan yang friendly juga salah satu kenapa Malaysia merupakan lokasi terbaik bagi Aspiro. Bukan sahaja menjimatkan kos, tapi pusat perkhidmatan perniagaaan ini akan memberi banyak kebaikkan kepada syarikat-syarikat besar di luar sana.

Antara kebaikkannya ialah:

+ Memudahkan urusan kerja seharian.
+ Minima kan masa untuk menguruskan kerja.

+ Membuat keputusan dengan lebih bijak.
+ Ke arah zaman lebih digital dan maju.

+ Meningkatkanlagi peluang pekerjaan.
+Kurang pengunaan kertas, dan selamatkan alam sekitar

+ Lebih efisien dan efektif. 
+ Maklumat data lebih tepat

+Pekerja boleh tumpukan perhatian kepada kerja lain.



Sebagai contoh, jika dahulu kita kena key-in satu persatu data yang diperlukan dalam komputer dengan cara lama dan manual, tapi sekarang dengan teknologi Robot Processing Automation (RPA), kerja semakin mudah dilakukan. Pekerka hanya perlu klik satu button dan data akan terua updated dengan lebih cepat dan tepat. Bukan sahaja jimatkan masa, tapi dapat data yang lebih accurate. Data lebih real time, digital, skalabiliti meningkat, dan juga semestinya prestasi pekerja juga meningkat sama. Lebih-lebih lagi HR kalau nak buat kerja kan, lepas ni lebih senang lah nak uruskan borang cuti pekerja, borang claim, update polisi syarikat dan juga update segala info atau pengumuman terbaru syarikat dalam satu aplikasi telefon sahaja.


Aspiro juga mengambil fresh graduate student bekerja, dan mereka akan diberi latihan secukupnya demi masa depan mereka juga. Skill dan ilmu yang dipelajari akan memberi peluang untuk mereka memasuki unit perniagaan atau tugas korporat di tempat-tempat pelanggan mereka. Dari sini lah nanti pekerja akan mendapat pengalaman dari latar belakang berbeza. Bagus kan? Bila lagi nak kembangkan lagi skills diri sendiri.

Untuk lebih lanjut tentang Aspiro boleh terus layari www.aspiro.co.



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook