Travel: Keindahan Bercuti di Kepulauan Mersing, Johor

12:22 am



Kepulauan Johor.
Photo by Ujay As-Said

Kali ni kita bercuti ke pulau-pulau cantik di Mersing, Johor. Dah macam rutin wajib, setiap tahun pasti Ney akan bercuti ke pulau dan pantai. Kali terakhir ke pulau ialah pada bulan Oktober 2017 yang lalu untuk CSR di Pulau Tioman, Pahang. Lepas tu kan monsoon? Ya ampun nak menanti musim monsun tu habis rasa gelisah betul. Sebab tu baru-baru ni teruja terus bila dapat panggilan pulau dari Santai Travel Magazine, Tourism Johor dan  Persatuan Penulisan Pengembaraan Malaysia (TRAM). Kali ni kita ke Kepulauan Mersing, Johor atau Taman Laut Sultan Iskandar Johor. Tapi selalunya orang ke Pulau Sibu atau Pulau Rawa yang viral tu kan? Hah kita kemanakah?
Tiba di Jeti Mersing, Johor

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing, Johor mengambil masa kira-kira 5 jam dengan jarak 235km. Bertolak seawal pagi subuh dari MATIC Jalan Ampang bersama media-media lain, memang sepanjang perjalanan Ney tidur je. Hah ni tips untuk yang sejenis mabuk darat. Tidur je! Sebab jalan agak bumpy, dan pasti korang pening. Sampai sahaja di Jeti Mersing, kami disambut meriah oleh pihak Johor Tourism dan diiringi oleh alunan kompang. Wah betul-betul rasa welcoming! Oh ya, selain Jeti Mersing korang boleh juga ke Kepulauan Johor dari Jeti Tanjung Leman.

Bagaimana untuk ke Mersing, Johor?

Bas

+ Dari Johor Bahru: ambil bas Causeway Link, Transnasional atau S&S Express di Terminal Bas Larkin, Johor Bahru. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam.


+ Dari Singapore: ambil bas Transnasional dari St. Terminal, Singapore. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam.

+ Dari Kuala Lumpur: ambil bas Transnasional, dan perjalanan kira-kira 5 jam.

Kapal Terbang

+ Kuala Lumpur - Johor Bahru, dan kemudian ambil taxi atau bas ke Mersing kira-kira satu jam.


Memandu kereta sendiri

+ Kuala Lumpur ke Mersing kira kira 350 KM atau 5 jam melalui PLUS Highway exit Ayer Hitam


+ Kuantan ke Mersing kira-kira 198KM atau 4 jam


+ Johor Bahru ke Mersing kira-kira 131KM atau 2 jam


+ Singapore ke Mersing kira-kira 4 jam.


Bot Nelayan di Jeti Mersing, Johor 



Taman Laut Sultan Iskandar Johor atau dulu dikenali sebagai Taman Laut Negara Johor berkeluasan lebih 8,000m hektar terdiri dari 13 pulau yang di gazetkan sebagai sebuah taman laut di negara ini, menjadikan kawasan ini sebagai kawasan yang dilindungi untuk mengekal dan memulihara pelbagai habitat serta kehidupan marin.

Bayaran masuk:

Taman Laut Malaysia RM5

Taman Laut Sultan Iskandar Johor RM10

Menuju ke Pulau Besar, Mersing Johor.
Photo by Eazy Izzuddin

Tiba di Pulau Besar, Mersing, Johor

Pulau Besar, Mersing.

Untuk pengetahuan korang, destinasi pertama kami ialah ke Pulau Besar atau nama asalnya Pulau Babi Besar. Dari Jeti Mersing, perjalanan mengambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit menaiki speedboat. Pulau ni agak sunyi, tidak ramai penduduk asal yang masih menetap disini. Fuh, memang rasa tenang dan aman damai. Air laut di Pulau Besar warna kehijauan dan clear water! Tapi banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Besar walaupun nampak macam relax je.

Executive Suite di Bayu Lestari Island Resort,
Pulau Besar, Mersing Johor

Queen Bed di tingkat atas, Executive Suite Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar, Mersing Johor

Single Bed di tingkat bawah Executive Suite Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar, Mersing Johor

Executive Villa di Bayu Lestari Island Resort,
Pulau Besar, Mersing Johor.
Photo by Eazy Izzuddin

Tandas bilik di Bayu Lestari Island Resort,
Pulau Besar, Mersing Johor.

Kami menetap di Bayu Lestari Island Resort. Dimaklumkan resort ni baru sahaja dibuka kira-kira 3 minggu masa kami datang. Teruja nya bila jadi among the first yang menetap disini. Pelbagai jenis bilik ada di sini dan disebabkan kami ramai, kami duduk di Executive Suites yang boleh 12 orang, Exclusive Villa untuk 4 orang, dan juga Deluxe Villa boleh muat 6 orang. Harga villa kat sini starting RM400. Sangat sesuai untuk korang yang datang dalam big group! Bilik sangat selesa, bersih, dan berkonsepkan moden.

Berehat di balkoni Exevutive Suite Bayu Lestari Island Resort sambil menghadap laut. 
Sea view dari tingkap bilik di Executive Suite Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar, Mersing Johor

Tapi apa yang paling Ney suka sebab Ney dapat stay dalam Executive Suite with sea view! Bangun je terus nampak laut. Ada pulak balkoni untuk korang baring santai menghadap laut. Aduh betul-betul rumah idaman. Dan yes lagi satu best kat resort n,  makanan kat sini sangat sedap! Servis yang diberi juga sangat friendly. Seronok je rasa stay sini. 

Suasana di Pulau Besar, Mersing Johor
Photo by Herman Wijaya

Berjalan-jalan di sekeliling kampung di Pulau Besar
Photo by Herman Wijaya

Berjalan-jalan di sekeliling kampung di Pulau Besar
Photo by Ujay As-Said

Berbasikal di sekeliling kampung di Pulau Besar
Photo by Ujay As-Said



Petang tu kami berjalan-jalan sekitar resort. Cuma tinggal 3 kampung di Pulau Besar, dan kira-kira 15 hingga 20 orang penduduk asal disini. Sebab tu orang cakap, Pulau Besar ni agak sunyi. Sesuai untuk yang nak datang untuk tenangkan fikiran dan sebagainya. Aktiviti lain selain diving, snorkelling, island hopping, memancing, korang juga boleh jungle trekking! Macam-macam ada kat sini. Walaupun kurang penduduk, tapi infrastruktur sangat bagus. Pencawang telekomunikasi terpacak situ, so korang tak perlu risau pasal line telefon ke apa. Ada masjid, dan pelbagai fasiliti yang juga sedang dibina sekarang ni.  Paling menarik, jeti kayu yang dibuat oleh orang kampung Pulau Besar di depan resort ni. Klasik!



BBQ Dinner by the beach di Bayu Lestari Island Resort,
Pulau Besar, Mersing Johor.

Malam tu kami BBQ beramai-ramai. Setup romantic BBQ dinner by the beach oleh Bayu Lestari Island Resort memang mantap! Malam tu makan BBQ, Satay, Pasta semua sedap-sedap. Masa ni lah nak berkenalan sesama sendiri dengan lebih rapat. Bonding time gitu.


Hari kedua di Pulau Besar, Mersing Johor

Berkayak di Pulau Besar, Mersing, Johor
Photo by Herman Wijaya
Di sekitar Bayu Lestari Island Resort, Pulau Besar 


Keesokkkan harinya, sebelah pagi, some of us ke diving. Disebabkan tiada trip snorkelling ke pulau lain pagi tu, Ney dan Eazy snorkelling di jeti je. Yang lain lepak tepi pantai mandi air laut depan resort dan juga kami main beach volleyball, berbasikal kelilinh kampung, kayak dan tarik tali. Memang seronok boleh buat macam-macam aktiviti bersama kawan-kawan. Tengah hari kami dah bersiap-siap ke Pulau Tinggi pulak untuk menginap di resort seterusnya.

Menuju ke Pulau Tinggi, Mersing Johor.

Pulau Tinggi, Mersing.

Destinasi kedua kami ialah Pulau Tinggi, Mersing yang terletak kira-kira 20 minit dari Pulau Besar. Tak terasa jauh pun kalau naik speedboat. Kenapa namanya Pulau Tinggi? Sebab pulau ni mempunyai bukit yang tertinggi dari tempat sekitarnya dan rumah kepada extinct volcano Gunung Semudu yangg juga boleh korang lawati. Benar, dari Pulau Besar memang boleh nampak puncak Pulau Tinggi yang tajam. Betul-betul tinggi!


Tiba di Pulau Tinggi, Mersing Johor.

Menariknya tentang Pulau Tinggi ni, sini port penyu bertelur. Kalau nasib korang baik waktu tu musim penyu bertelur, ada lah boleh nampak. Dugong pun banyak sekitar sini. Kami menginap di TAd Marine Resort, Pulau Tinggi. Sangat selesa, dan bersih juga walaupun dimaklumkan resort ni dah almost 30 tahun! Wahhh masih maintain baik, dan ramai orang menginap disini. Di Pulai ni tak banyak resort lain, sebab tu ramai menginap di TAd Marine Resort ni. Antara resort yang popular la kiranya.


TAd Marine Resort, Pulau Tinggi
Photo by Eazy Izzuddin

TAd Marine Resort, Pulau Tinggi

Pelbagai fasiliti di resort ni antaranya swimming pool, KTV room untuk karaoke, diving, snorkelling, kayak dan sebagainya. Korang juga boleh lepak tengok kelip-kelip bila naik boat menyusuri mangroves, jungle trekking ke air terjun yang berhampiran, atau melawat ke kampung-kampung di Pulau Tinggi. Ada beberapa kampung disini, dan kira-kira 200 hingga 250 orang penduduk asal masih tinggal di Pulau Tinggi. Tapi line telefon kurang bagus di area TAd Marine Resort  ni memandangkan pencawang telekomunikasi terletak di Kg. Tanjung Balang yang terletak jauh sikit. Mujur ada wifi kat TAd Marine Resort ni haha!



Bermain volleyball di swimming pool TAd Marine Resort, Pulau Tinggi


Bermain volleyball di swimming pool TAd Marine Resort, Pulau Tinggi

Sunset view di  TAd Marine Resort, Pulau Tinggi



Sunset view di TAd Marine Resort, Pulau Tinggi

Lepak kedai kopi di kampung berhampiran TAd Marine Resort, Pulau Tinggi


Candat sotong di Jeti Pulau Tinggi, Mersing Johor

Petang tu dah penat mandi swimming pool, dan melihat sunset yanh cantik, sebelah malam pula kami dinner makan makanan super sedap dan lepas tu karaoke! Wah meriah KTV room malam tu. Tapi saya decide untuk lepak dekat kedai kopi kampung sebelah dengan kawan-kawan. Ye la dengar kisah-kisah menarik dari orang kampung la best kan? Lepas tu tengah malam lepas jalan-jalan di sisir pantai mencari penyi bertelur tapi tak muncul-muncul, kami lepak jeti pulak mencandat sotong. haha! Tapi tak dapat la sotong sebab kite baru belajar. Failed sungguh!


Menaiki speedboat ke pulau-pulau berhampiran
Photi by Herman Wijaya

Island hopping di sekitar Pulau Tinggi, Mersing Johor


Pulau Mentinggi & Pulau Ibol, Mersing.

Esok pagi, dari TAd Marine Resort kami terus ke jeti untuk aktiviti island hopping dan snorkelling. Destinasi pertama kami mestilah ke Pulau Ibol dulu, dan melawat gua disitu. Wah! Kalau bergambar ni mesti cantik kan? Hey mestilah dengan air biru, ada pulak gua tiba-tiba dekat pulau.


Gua di Pulau Ibol, Mersing Johor

Di Pulau Mentinggi, Mersing Johor

Jom snorkelling di Pulau Mentinggi, Mersing Johor

Pantai di Pulau Mentinggi, Mersing Johor

Snorkelling di Pulau Mentinggi, Mersing Johor

Corals di dasar Taman Laut Sultan Iskandar Johor
Photo by Shahrom OkBroPress

Dah melawat Pulau Ibol kejap tu, kami terus ke port snorkelling kami pagi tu, Pulau Mentinggi. Tak jauh dari TAd Marine Resort lebih kurang 15 minit macam tu je. Menariknya Pulau Mentinggi ni ada persisiran pantai yang cantik dengan pasir pantainya yang halus dan putih! Memang betul-betul terjaga baik kawasan pulau-pulau disini. Banyak ikan-ikan berwarna warni, coral cantik-cantik, SubhanaAllah tak rasa rugi sikit pun datang ke sini. Tak sangka Kepulauan Johor betul-betul cantik!

Tok Mok, ketua kampung Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing Johor

Memetik kelapa muda di Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing Johor

Wah dapat minum buah kelapa di rumah Tok Mok!

Sangat refreshing dapat minum air kelapa muda
Hiking untuk ke kawasan air terjun Pulau Tinggi
Photo by Herman Wijaya

Keindahan air terjun Pulau Tinggi
Photo by Herman Wijaya

Selepas snorkelling, dan sebelum pulang ke resort, kami sempat ke Kg. Tanjung Balang dan ke kediaman Tok Mok. Tok Mok ni ketua kampung kat sini dan sangat baik. Tok Mok hidang pulak air kelapa muda yang sangat refreshing, kami bersantai di perkarangan rumah Tok Mok sekejap untuk berehat. Maaf Tok Mok kalau habis buah kelapa, saya sorang je minum 3 bijik! Balik dari rumah Tok Mok sempat pergi hiking ke kawasan Air Terjun Pulau Tinggi pulak dan perjalanan mengambil masa kira-kira 20 hingga 30 minit je. Banyak kan aktiviti boleh dibuat di sini?


Selamat Tinggal Mersing!

Sedih rasanya petang tu dah nak bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Rasa tak puas berada di Taman Laut Sultan Iskandar Johor. Terima kasih Santai Travel Magazine, Tourism Johor dan  Persatuan Penulisan Pengembaraan Malaysia (TRAM) atas jemputan.  Tentunya Ney akan kembali ke sini tapi nanti lah. Dah dapat panggilan pulau di Terengganu bulan depan. Kemanakah kita? 

You Might Also Like

30 comments

  1. Sis amik pakej dgn siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pakej wak. tp kalau awak nak pakej boleh contact Bayu Lestari

      Delete
    2. tak mahal sgt pun kalau awak stay dekat Pulau Besar

      Delete
    3. salam sis nak tanya ....
      sis xambik pakej eh jadi sis booking resort tu siap gan boat dr mersing ke pulau besar or kat jetty mersing baru beli ticket

      Delete
  2. Sis, senarai tmbang sis bg tu, sama dgn nk ke pulau tinggi ke? and boat dia setiap berapa jam ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambang sama. setiap berapa jam tu saya xpasti la haha

      Delete
  3. Salam sis nk tny
    Harga naik boat tu berapa ye utk melawat pulau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la awak sebab saya pergi under Tourism Johor

      Delete
  4. Pulau besar n pulau tinggi mana paling cantik?

    ReplyDelete
  5. Info yg menarik, thanks. Sy berhajat nk melawat mersing.. Sbb air lautnya cantik...

    ReplyDelete
  6. Bulan disember resort resort di pulau pulau mersing ni buka ke tutup. Merbahaya x jika pergi bercuti waktu trsbt..

    ReplyDelete
  7. Sy reply kan sbb sy asal mersing..haha..pulau sllnya tutup start end oct sampai chinese new year, even tak hujan tapi ombak selalunya kuat..

    ReplyDelete
  8. Bulan 11 ni boleh pergi lagi ke? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tertanya. Ok tak kalau pergi minggu depan? Katanya belum masuk monsun. Anyone?

      Delete
    2. Susah nak ckp. Cuaca unpredictable. Skrg pn kerap hujan lebat kat snaa

      Delete
  9. Boleh bagi contact no resort @ travel agent yg u deal tak...tq

    ReplyDelete
  10. Boleh bg contact no resort @ travel agent yg u desl tak...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami deal direct dengan resort. Bayu Lestari atau TAD. Boleh Google sbb saya x save da nombor hahaha

      Delete
  11. Boleh mandi ke kat pantai dia?

    ReplyDelete
  12. Salam.bagaimana nak hubungi cik untuk tujuan iklan di blog. Terima kasih ya. Minta contact saya 0194491170

    ReplyDelete
  13. Skrg nak masuk bln feb..dah boleh ke masuk pulau2

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook