Nikmati Keju Raclette dari Eropah yang mampu buat korang melting!

7:05 am


Kalau biasa korang setakat makan cheese tarik di atas kepingan pizza, atau burger cheese meleleh, atau keju tu melting masuk mulut masa makan roti bakar, korang patut cuba pula betapa nikmat dan sedap makan keju meleleh dari sebuku keju tu sendiri! Jangan tak tahu, dalam dunia ni ada pelbagai jenis keju yang patut korang cuba! Tapi... tak semua keju sedap dimakan waktu dicairkan. Eh kenapa?



Setiap jenis keju ada keistimewaannya sendiri. Ada yang sedap dimakan begitu sahaja, ada juga yang nikmat dimakan ketika panas dan cair meleleh. Tekstur dan rasa setiap keju adalah berlainan. Mungkin norma kehidupan di Malaysia ni tak biasa dengan pemakanan keju, tapi kalau di Eropah, dah macam wajib makan keju ni tau?


Chef Pierre Gay, seorang Cheese Master atau Pakar Keju dari Perancis, berkongsi pengalaman dan ilmu tambahan tentang Keju Eropah ketika Raclette Party yang dianjurkan oleh Organisasi Tenusu Antara Perancis (CNIEL) dan Kesatuan Eropah (EU), untuk mempromosikan kelebihan dan kehalusan keju Eropah. Gituhhhh nak describe pun payah rasanya haha!


Jap... Raclette tu apa? Hah, Raclette tu sejenis keju berkonsep baru di Malaysia dan juga di negara-negara yang menggemari keju. Raclette ialah sejenis keju yang diperbuat daripada susu lembu dari Swiss, yang telah dibentukkan menjadi bulatan seperti roda, dan beratnya kira-kira 6 KG! Biasanya nak makan keju Raclette ni malas da potong sekeping-sekeping. So Raclette akan dipanggang atau dicairkan di bawah haba sehingga cair, dan kemudiannya chef akan kikis keju yang cair dan meleleh itu keatas hidangan makanan seperti kentang, kepingan daging atau sayur-sayuran. Menarik bukan?

Chef Pierre Gay merupakan pemilik Pierre Gay Fromagerie – salah sebuah rumah keju tertua di Annecy, Rhone-Alps di timur Perancis. The Fromagerie yang terkenal di rantau ini dengan kejunya telah dibuka pada 1935, dan Pierre mengambil alih syarikat tersebut daripada bapanya pada 1989. Dedikasi dan usaha Pierre selama ini berbaloi apabila dia dinobatkan sebagai Meilleur Ouvrier de France (MOF) pada 2011, pengiktirafan tertinggi di dalam bidangnya.



Dia turut berkongsi rahsia mengenai pemilihan keju yang betul untuk Raclette iaitu  kelembapan keju itu sendiri. Sekiranya keju tersebut mempunyai kelembapan yang tinggi, ia akan mencair dengan lebih baik. Lazimnya keju Eropah lebih sesuai untuk Raclette seperti keju Raclette, Emmental dan Comte. Sebaik sahaja keju mencair, ia akan mengeluarkan rasa yang berkacang dan manis.

Dengan misi untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai kepelbagaian jenis keju Eropah dan cara terbaik untuk menikmatinya, Chef Pierre Gay memberi pandangan mengenai dunia keju Eropah pada Parti Raclette baru-baru ini di Cocott ' KL. Chef menggunakan keju Raclette yang dicairkan dalam mesin Raclette yang besar, kemudian dilapis di atas daging kering dan lain-lain makanan sampingan yang semestinya menggembirakan para tetamu masa parti tu. 



Keju Raclette adalah keju cair yang terbaik dan keju utama yang digunakan dalam raclette dan fondue. Mempunyai bau yang kuat tetapi sedap, tahap pH Raclette memberikan titik cair yang sempurna menghasilkan cecair yang berserabut tetapi masih mengekalkan bentuk yang sama.


Kitorang juga berpeluang mencairkan keju dan menikmati keju Brie, Reblochon, Fourme D'Ambert, Comte, Saint Nectaire, Gouda dan Scamorza di atas mesin Raclette bersama dengan sayur-sayuran mentah dan juga yang telah dimasak seperti hirisan lada Benggala, cendawan butang, tomato, jagung, hirisan bawang, nanas, kentang bakar, lobak merah dan kacang pis yang dimasak, hirisan buah pear, epal hijau dan anggur tanpa biji, bersama beberapa jenis daging seperti kambing, daging lembu, ayam dan sosej salai. Hidangan juga disertakan dengan roti baguette, hirisan seperti bawang kecil, timun, dan rempah seperti garam, lada hitam dan kepingan cili. Seronok main masak-masak hah.



Dengan kawalan kualiti dan peraturan yang ketat di Eropah, keju Eropah sentiasa berkualiti tinggi, dan merupakan produk keju terbaik yang sentiasa tersedia untuk pengguna di Malaysia.


Raclette yang merupakan konsep baharu di Malaysia adalah cara terbaik untuk menikmati keju Eropah dan boleh dilakukan dengan mudah di rumah untuk dinikmati bersama rakan-rakan dan keluarga, memberikan hidangan keju tradisional yang segar dan menyeronokkan. 

Jom rancang Parti Raclette korang sendiri dan bersedia untuk cair dengan keju Eropah yang terbaik di dunia. Sedap! 

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook