AEON Wallet Cash Up Challenge

2:00 am


Hujung minggu lalu, Ney ke Shah Alam jumpa adik ipar kejap, lepas tu ternampak AEON Mall Shah Alam belakang condo dia. Terus decide nak lepak kat situ. Tengah jalan-jalan terjumpa ada event AEON Wallet Cash Up Challenge depan Uniqlo tu. Ada pulak staff situ promote pada Ney untuk daftar AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet. Eh ada kad baru ke apa?



Dulu masa duduk Bukit Mertajam Penang, 2-3 kali seminggu pergi AEON BiG untuk beli groceries, dan AEON Shopping Mall untuk dating, tengok wayang, makan-makan dan beli barang rumah ke apa dalam tu. Ye la setiap bulan pun nak kena beli pampers Ayah lagi, dan cuma kat AEON BiG paling murah. So, kami berdua memang ada membership card AEON dan AEON BiG. Bayangkan renyah nak bawak banyak kad dalam wallet?  Hah lepas ni masalah selesai dengan AEON Member Plus Visa Card & AEON Wallet ni. Terus Ney register haritu. Apa yang baru?


AEON Member Plus Visa Card ni merupakan kad 1-for-all yang bukan sahaja membenarkan pemegang kad mengutip 2X mata ganjaran berganda di semua rangkaian AEON, malah berfungsi sebagai kad prabayar Visa untuk transaksi pembayaran tanpa tunai dalam rangkaian jualan terlibat mahupun secara dalam talian. Lebih mudah la lepas ni boleh guna 1 kad je di AEON Stores, AEON BiG Hypermarkets, AEON MaxValu, AEON MaxValu Prime and AEON Wellness.


Kelebihan AEON Member Plus VISA Card:

     Ganjaran 2X AEON Point : 2X mata ganjaran AEON untuk setiap RM1
yang dibelanjakan.

     Redemption Award Programme : 200 AEON point = RM1. Mata points AEON ni sah selama 3 tahun! Lama kan?

     Ganjaran Eksklusif di AEON Stores & AEON Big Hypermarkets : Barangan
harga istimewa serta Thank You day promotion.

     Online Shopping & Global Acceptance : Korang boleh shopping online menggunakan AEON Member Plus VISA Card ini serta berbelanja di luar negara yang menerima kad VISA. Boleh lah guna waktu travel nanti kan?

     Tap To Pay With Visa : Macam paywave kad korang tu la. Nak bayar, cuma perlu tap je. Tak perlu untuk masukkan pin kalau barangan yang dibeli harga kurang daripada RM250.

     Budget Control : Tiada kadar faedah bulanan atau caj bayaran lewat. Korang juga boleh tetapkan had bagi setiap transaksi, harian dan bulanan. Tak perlu risau terlebih bajet lepas ni!

     Safe & Secure : Korang boleh terus report ke syarikat AEON Credit Service jika kehilangan kad
& mereka akan terus block kad tersebut. Sama je macak kad bank kita.

     Diskaun Eksklusif : Nikmati diskaun eksklusif sehingga 70% & pelbagai keistimewaan lain daripada 200 rakan niaga terpilih seluruh negara seperti Sunway Lagoon, SASA, Focus Point, Carlo Rino, Poh Kong & banyak lagi!


Manakala AEON Wallet pulak merupakan sistem aplikasi mudah alih yang menghubungkan Kad AEON Member Plus Visa dan  membenarkan pembayaran dibuat menerusi kod QR di kesemua rangkaian peruncitan AEON. Korang boleh download aplikasi ini secara PERCUMA je di Google Playstore atau Apple App Store. Paling best, aplikasi ini membolehkan korang melihat berapa baki kad & point yang anda kumpul. Point yang terkumpul tu pulak korang boleh convert kepada cash hanya dengan menggunakan aplikasi je.Nak top up pun anytime anywhere menggunakan aplikasi tu, tanpa extra charge.  Zaman teknologi ni memang semua hujung jari je la wak.


Sempena kempen untuk menggalakkan pengunjung daftar kad baru AEON Member Plus Visa Card dan install aplikasi AEON Wallet ni, AEON Mall Shah Alam mengadakan event AEON Wallet Cash Up Challenge mulai 5 Disember 2018 sehingga 1 Januari 2019. Kalau korang join challenge ni, korang berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM10,000 cash! Wah macam mana nak join challenge ni? Senang je, cuma perlu buat 3 langkah mudah ni:


  1. Daftar kad baru untuk AEON Member Plus Visa Card dan download aplikasi AEON Wallet. Hah dapat Limited Edition Yokina Bear secara percuma tau?

  1. Spend minima RM50 menggunakan kad atau wallet baru tadi untuk melayakkan diri korang join Beat The Buzzer Game! Ingat, perbelanjaan dengan maksima kombinasi 2 helai resit je sehari ya!

  1. Dah layak, baru lah join Beat The Buzzer Game. Ada 3 level game ni dan setiap level pun korang dah boleh menang points banyak kalau rekod masa korang habiskan maze tu paling pantas.



Grand Finale cabaran ni akan diadakan pada 1 Januari 2019 nanti! Hadiah pertama ialah wang tunai RM10,000, hadiah kedua ialah wang tunai RM5,000 dan hadiah ketiga ialah wang tunai RM3,000. Fuh susah juga nak habiskan challenge ni dalam masa yang ditetapkan tau! Patutlah hadiah sangat lumayan.



Bukan setakat join Beat The Buzzer Game challenge je, ada juga pelbagai aktiviti menarik di sini. Kanak-kanak dihiburkan dengan badut yang memeriahkan suasana, korang boleh juga main memanah lah, dan bertemu dengan maskot mereka, Yokina dan Sumato! Comel tau diorang ni. Katanya ambil gambar dengan maskot dapat hadiah misteri!

Selain daftar AEON Member Plus Visa Card akan dapat Limited Edition Yokina Bear, sekarang ada promosi top-up dan boleh dapat mata ganjaran up to 200 AEON Points! Apa yang perlu korang lakukan ialah top-up RM50-RM99.99, korang akan dapat 50 AEON Points atau top-up lebih RM100 ke atas korang akan dapat 200 AEON Points. Promosi ni  Extend sampai 17 Februari 2019 tau!


Jadi apa tunggu lagi, jom daftar AEON Member Plus Visa Card & jangan lupa download AEON Wallet secara PERCUMA. Ramai-ramai serbu ke AEON Mall Shah Alam dan join Beat The Buzzer Game Challenge sekarang! Mana lah tahu kan korang akan bawa pulang wang tunai RM10,000?

Maklumat lanjut boleh juga ke www.aeoncredit.com.my dan www.aeonwallet.com.my.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook