Kemeriahan Festival JLand 2018 di Johor Bahru!

6:10 am


Semalam kebetulan Ney ada meeting di Johor Bahru. Kecewa juga tak dapat ke Hanoi untuk sokong pasukan Harimau Malaya di Final AFF Suzuki Cup 2018. Sedapkan hati, takpe.... mesti ada benda menarik nak buat di JB. Tetibe dapat tahu dari timeline Twitter, minggu ni ada Festival JLand 2018 di Tapak Ekspo Bandar Dato' Onn. Apa lagi? Terusssss terjah!

Rupanya Festival JLand 2018 @ Bandar Dato' Onn ni dianjurkan boleh Johor Land Berhad dan sempena Ulang Tahun Ke-50 Johor Corporation. Dah nama JLand mestilah berkaitan dengan hartanah ye dak? Mujur baru beli rumah kalau tak Ney dah terbeli agaknya rumah kat JB. Boleh ulang alik je masuk Singapore hahaha! 

Banyak jugak Ney tengok ada pameran kat sini semuanya syarikat Kumpulan JCorp. Baru tahu bawah Kumpulan JCorp ada KPJ Johor, dan Waqaf An-Nur. Selama ni tahu JCorp related dengan KFC je hahahaha! 

Semalam masa lepas solat Jumaat tu, ada lah slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana. Ingatkan siapa lah berpurdah tu rupanya Kak Fynn Jamal! Banyak dengar sharing dari Kak Fynn pasal kisah-kisah hijrah dia dalam topik Hijrah Bukan Sekadar Penampilan. Ye lah dari dia yang gila-gila dulu kan, sekarang dah berpurdah terus. Tapi, hijrah ni dari banyak segi. bukan penampilan je Kak Fynn cakap!



Ney tengok banyak juga aktiviti menarik kat Festival JLand 2018 ni. Ada belon udara panas untuk feeling macam kat Cappadocia walaupun..... tengok view Bandar Dato' Onn je. Haha! Not bad la RM30 je seorang. Kalau datang dengan pasangan, naik dua orang RM50 je. 


Jalan-jalan nampak ada e-Sports Challenge. Wah, patut ramai yang join main game Fifa 19 dan Tekken 7 dalam tu rupanya hadiah yang ditawarkan lebih dari RM4,000 Prize Pool! Banyak tu. Mesti orang JB hebat main game belaka kan?


Tu bebudak yang main game tekan joystick. Di satu bahagian lain, nampak budak-budak main Congkak Gergasi, Dam Aji Gergasi, dan Dam Ular Gergasi. Wahhh menarik semua jadi giant. Habis berguling semua atas papan dam tu Ney tengok. 



Nak makan pun banyak pilihan dari food truck. Lepas tu bawak anak-anak pun sesuai ada inflatable playground, archery, mini zoo, fuh memang penuh aktiviti kat tapak ekspo ni. Paling menarik perhatian ada penampilan khas maskot Angry Bird Activity Park, dan Didi & Friends. Budak-budak memang suka ni. Ralit duk sini tak sedar sampai ke malam.


Hari ni Sabtu, Ney tak pergi Festival JLand 2018 ni tapi Ney tengok tentative ada JLand Green Run, JLand Idol, Busking Challenge, Big Screen Final AFF Suzuki Cup 2018..weyh tak payah pergi Hanoi pun boleh rasa kemeriahan bola beramai-ramai. Lagi best ada konsert weyh! Aduhhhhh ada Ruffedge, Siti Sarah dan Ismail Izzani. Ney dah la peminat Ruffedge. Dari kecik minat gila-gila.

Not bad la ada festival macam ni, atleast family boleh beriadah bersama buat aktiviti sihat. Bagus inisiatif dari JLand dan JCorp ni. Harapnya lebih banyak festival yang bermanfaat macam ni di masa hadapan. 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S