Review: Althea Petal Velvet Sunaway | Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari

7:24 am


Untuk kaki travel macam Ney, sunblocks antara benda yang paling utama perlu dibawa dalam bag. Baru-baru ni ke Melbourne, Ney memang bekalkan siap-siap Petal Velvet Sunaway dari Althea walaupun sekarang kat sana penghujung musim Spring nak masuk Summer, tapi kalau dah sekali dia panas tu mencanak matahari atas kepala! Mujur ada Petal Velvet Sunaway ni, terselamat lah kulit muka Ney dari terus sunburn.




Bukan ketika travel je, tapi sunscreen adalah salah satu benda penting kita pakai harian. Asas rutin penjagaan wajah, mula-mula pencuci, lepas tu toner, pelembap dan akhir sekali Ney letak sunscreen. Tapi tak semua jenis sesuai dengan kulit muka Ney. So bila tahu Althea keluarkan produk baru iaitu Petal Velvet Sunaway terus semangat nak cuba! Alhamdulillah, dah dua minggu pakai ni memang sesuai dengan kulit nampaknya. Malaysia ni dah la panas, pergi luar negara pula panas dia kadang-kadang tak macam Malaysia sebab lebih kering macam tu. Nak ke muka banyak jeragat tumbuh, kering sentiasa, kelihatan gelap dan tidak sekata kulit? Lebih membimbangkan jika kena kanser kulit di masa hadapan. Siapa tahu kan?


Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50 + PA ++++ , ialah pelindung matahari yang ringan yang melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB dan sesuai untuk semua jenis kulit. Pentingnya guna pelindung matahari ni mesti lah untuk melindungi wajah kita dari sinaran UV sekaligus menghalang terbentuknya jeragat atau melasma. Selain tu untuk mengekalkan kondisi kulit yang cantik, tidak berkedut atau tidak sekata. Yang bestnya, Althea Petal Velvet Sunaway tidak mengandungi bahan kimia ye dan ekstrak Damask Rose yang terkandung dalamnya membantu untuk melembapkan dan melembutkan kulit. 


Masa di Melbourne, Petal Velvet Sunaway ni memang penyelamat. Kulit Ney jenis sensitif sikit bila cuaca terlalu panas dan kering, kulit Ney akan dehydrate terus dan mula menggelupas, lepas tu kadang-kadang luka. Sebab tu, sebelum melangkah keluar dari rumah Ney akan pastikan kulit Ney disapu dengan Petal Velvet Sunaway ni dulu. Tekstur krim nya ringan, tidak berminyak dan mudah menyerap. Terasa segar kulit seharian! Lagi best sebab Petal Velvet Sunaway ni bau bunga rose. Wangi je rasa muka, suami pun suka....eh?


Macam mana nak pakai? Biasanya Ney akan letak semaksima yang mungkin di muka. Tak terlalu sedikit, tak terlalu banyak. Lepas tu Ney akan re-apply semula selepas 3-4 jam. Takpe, kalau keluar seharian pun bawak je Petal Velvet Sunaway ni dalam bag sebab botolnya kecik je bersaiz 55ml dan mudah dibawa kemana-mana. Dapatkan sekarang!


RM 53.10

RM 43.00


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook