Minum kopi di San Francisco Coffee boleh menang RM 225,000?

5:49 pm


Ney dan suami memang penggemar San Francisco Coffee walaupun cuma Ney yang minum kopi tapi dia minum hot chocolate. Bukan minuman je, satu lagi kegemaran kami di San Francisco Coffee mestilah butterscotch muffin nya. Sedap tau! Lagi-lagi bila musim hujan sekarang ni, balik kerja dapat pulak kopi dan muffin panas-panas. Nikmat tak terkata perasaannya haha!



Baru ni kami singgah ke San Francisco Coffee di Bandar Baru Sungai Buloh sebab kebetulan husband baru habis kerja di hospital berdekatan. Macam biasa, dah order apa Hazelnut Latte dan Hot Chocolate kegemaran kami beserta Red Velvet dan Butterscotch Muffin, tiba-tiba akak cashier tanya, ada Debit Card tak? Ehhh jarang cashier tanya macam ni selalu ambil cash je. Lepas tu dia explain sekarang San Francisco Coffee dan MyDebit bekerjasama untuk peraduan Wave2Win dan sebab total pembelian Ney petang tu lebih daripada RM30, dia suruh Ney join peraduan tu. Wahhhh kami dah la kaki contest memang terus semangat lah nak join!


Peraduan San Francisco Coffee X MyDebit Wave2Win ni menawarkan hadiah bernilai RM225,000 dan peraduan ini akan berlangsung selama empat bulan dari 5 November sehingga 28 Febuari 2019. SF Coffee dan MyDebit akan memilih dua pemenang bertuah yang bakal memenangi hadiah utama iaitu mesin kopi La Marzocco, pengisar kopi dan latihan kopi professional yang bernilai RM40,000. Wow memang sangat lumayan dan sesuai untuk penggemar kopi yang tegar. Hah bukan mesin kopi je semua hadiah peraduan ni. Ada juga banyak hadiah lain. Ni senarai hadiah yang ditawarkan: 

Hadiah Utama
2 x La Marzocco Italian Handmade Coffee Machine bernilai RM40,000 setiap satu beserta mesin pengisar kopi dan latihan kopi professional. 

Hadiah Pertama
5 x Road Bicycle berjenama premium bernilai RM10,000 setiap satu.

Hadiah Kedua
4 x Kamera DSLR Sony berserta aksesori bernilai RM10,000 setiap satu. 

Hadiah Ketiga
8  x iPhone X bernilai RM5,200 setiap satu. 

Hadiah Saguhati
4 x Apple Watch bernilai RM1,800 setiap satu
3 x Headphone Marshall bernilai RM400 setiap satu
50 x BODUM French Press bernilai RM100 setiap satu

Menarik kan semua hadiah yang tersenarai? Mesti teruja ramai nak masuk peraduan ni kan? Tapi macam mana nak join? Hah senang je, dan cara-cara menyertai peraduan ni ialah:


Langkah 1: Belanja sekurang-kurangnya RM30 dan bayar menggunakan kad MyDebit di dalam satu resit yang sama di mana-mana cawangan SF Coffee di Malaysia.


Langkah 2: Isikan details korang di belakang resit; nama, nombor kad pengenalan, email, no telefon dan alamat rumah. 


Langkah 3: Masukkan resit korang tu ke dalam kotak khas Wave2Win yang disediakan di kaunter di setiap cawangan SF Coffee. 

Mudah kan contest ni? Hah ye lah, sekarang ni semua orang pun ada kad MyDebit. Ney pergi pun jarang bawak cash yang banyak kemana-mana. Selalu memang paywave je dengan MyDebit semuanya untuk sebarang pembelian. Jadi jangan lupa terjah ke cawangan SF Coffee yang berdekatan sebelum 28 Febuari 2019 dan belanja RM30 menggunakan kad MyDebit. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh layari www.sfcoffee.com atau Facebook www.facebook.com/sfcoffee


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S