Perjalanan Siti, Aminah dan Ramlah.

8:53 pm


Pada suatu hari, Siti, Aminah dan Ramlah telah pergi berjalan-jalan ke Semenyih. Mereka menaiki bas City Liner untuk ke Semenyih. Tiba di Semenyih, Siti, Aminah dan Ramlah ke Maybank. Disana, Siti, Aminah dan Ramlah mengharap wang elaun mereka sudah ada di dalam akaun simpanan bank. Tetapi mereka berasa sungguh hampa kerana wang elaun mereka tidak masuk lagi. Selepas mengeluarkan wang yang tidak berapa ada di dalam akaun masing-masing, Siti dan Aminah memberi cadangan untuk berjalan-jalan di sekitar Semenyih tersebut. Mereka telah berhenti sebentar di kedai menjual haiwan peliharaan. Aminah berasa teruja melihat kucing disana. Ramlah pula berasa sangat seronok melihat kura-kura.


Siti, Aminah dan Ramlah meneruskan perjalanan mereka ke The Store. Mereka menuju ke KFC kerana perut Siti, Aminah dan Ramlah sudah kelaparan. Selepas makan, mereka menuju pula ke kedai kain berdekatan. SIti, Aminah dan Ramlah berangan-angan untuk memiliki kain-kain keluaran terbaru tetapi memikirkan wang yang hampir tiada, mereka terus keluar dari kedai kain tersebut. Kemudian, mereka menuju pula ke farmasi Guardian. Di sana, Siti dan Aminah menjadi sangat nakal. Mereka telah mencuba semua minyak wangi di situ. Setelah berasa puas, Siti, Aminah dan Ramlah ke Watson pula. DI Watson, mereka meneruskan aktiviti di Guardian sebentar tadi. Setelah itu, mereka ke Jimmy pula. Setelah kepenatan, Siti, Aminah dan Ramlah membuat keputusan untuk pulang ke rumah. TAMAT.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook