kenapa rasa nak berak setiap kali dating

6:47 am

Hari ni cuba untuk mencari kegembiraan sebelum cuti habis. Kononnya lah. Maka, roger smartian yang ada untuk ajak keluar hari ni. “bola 1 kepada bola 2… roger…keluar esok tengok wayang. belanja sendirian berhad. over.”

Photobucket

Maka susah payah lah aku keluar libur sama teman-teman di ECM. Tonyoh mekap serba sedikit, then sejahat mungkin aku dress-up hari ni keluar hangout dengan mereka. Merah menyala macam lah nak pergi beraya cina bersama teman lelaki cina atau semangat berkasih sayang hari kekasih bersama teman lelaki yang sebenarnya tiada wujud pun.

Destinasi pertama untuk hilangkan bosan adalah ke F.O.S dengan kata lembut lidahnya, Factory Orang Susah.. ya, itu yang kami gelarkan. Nama sebenar adalah Factory Outlet Shop ya rakan-rakan. Apakah aktiviti riadah yang dapat dilakukan di F.O.S ? rembat sehelai dua baju yang cantik lagi murah tapi berjenama sudah direjek itu, dan posing di dalam fitting room. Jangan lupa membawa bekal bersama handphone camera berkualiti yang sudah di silentkan bunyinya.

Photobucket
Mula-mula, tuan puan boleh mula posing dengan baju sendiri terlebih dahulu. Ya, itu lebih afdal memandangkan dekat rumah sendiri belum tentu ada cermin sebesar itu melainkan anda mencuri di mana-mana butik yang berhampiran. Lebih baik jika anda memakai baju baru seperti bau kedai masih belum hilang dan kekal aktif berbau. Dan nak bangga kejap. Suresh cakap aku dah kurus. Ishh mungkin suresh rabun dekat atau sememangnya ikhlas dari hati nurani dia? Haha.

Photobucket

Aktiviti bermanfaat diteruskan dengan memakai baju pilihan minggu ini. Berkaler purple dan comel menjadi pilihan hati. Kalau lah ada duit banyak, baju berharga RM40 itu sudah aku bawa terus ke kaunter bayaran tanpa pulangkan kepada akak kaunter fitting room. Baiklah, semuanya “kalau” . pihak yang baik hati boleh memberi bantuan kewangan kepada aku di no akaun: xxxxxxxxxxxx di atas nama cahaya keberanianku yang masyhur.

Photobucket

Kemudian, kami teruskan dengan aktiviti makan-makan secara melampau. Mula dengan savour paratha chicken and cheese dibeli di kedai hot & roll. Fuhh sedap gila tak terkata nikmatnya. Saja makan benda ni sebab nazib cakap, dia tak pernah try rasa lagi. Sedap kan nazib? Rasa sekali nak lagi tuh.

Photobucket

Then, pergi food court pulak. Niat di hati mahu makan wantan mee favourite aku lah kononnya sekali habis pulak. Terpaksa tanamkan sahaja niat dalam hati tuh terus ke lubuk gaung perut. Bergegas berlari pergi beli crispy popiah 1 roll kat tepi GSC. Makan benda ni lah jawabnya sedangkan…

Photobucket

…si nazib syok gila rakus makan claypot yee mee dia. Ciskek, kenyang kao kan? Aku asyik rasa nak melantak jek. Sebab lapar. Padan muka kao kena kandid. Aku tahu kao suka sebab kao mmg suka aku glamerkan nama kao dalam blog pujaan kao ni kan nazib? Hahaha. Oh ye, sape rasa nak berkenalan dengan nazib sila lah hantar borang permohonan beserta gambar bersaiz passport 4 keping. Cik marzida cakap, nazib ni tough dan dalam hati selalu ada taman rama-rama.



Tadi, aku dikelilingi bodyguard bersaiz comel-comel berlaka. Paling comel tentunya ismail. Ah skema sangat. Panggil saja pak mail. Hahaha. Datang dah ah lambat tadi. Kalau kau tak datang tadi, mahu aje aku cari rumah kau sambil claim duit tiket wayang RM10 dan memberi satu sepakan padu di perutmu. Oh ye, kami pergi menonton movie, Percy Jackson & The Lightening Thief. Sumpah hensem gila mamat mata biru ni. Cair kejap ais dalam cinema tadi bila tatap mata nya yang biru. Okayh tatap mata Percy Jackson takpe, jangan tatap mata medusa nanti jadi batu pula.

Photobucket

Dah habis movie yang memang best gila vavi, kami meneruskan aktiviti makan. Si nazib dah gila makan dan memang itu akan terjadi setiap kali keluar bersama aku. Kami pergi kembali ke hot & roll. Kali ni, nazib order savour paratha black pepper beef, aku pulak order sweet crispy banana chocolate. Nyummy! Sedap gila rasa. Makan dan makan tanpa sedar dah sedikit kegemukan di situ. Hahaha.

Photobucket

Dan ini muka kepenatan dan kecewa bila tengok tambah lagi satu handbag idaman hati di Guess. Kali ini, berwarna cokelat. Ciskek. RM197.40? cantik gila handbag tu. Tolonglah sekali lagi para dermawan member sedikit sumbangan kepada aku dalam usaha membantu memiliki handbag pujaan hati. Oh ye, aku semakin tak paham. Kenapa rambut semakin bertukar kepada kaler cokelat seperti itu? Huh. Sila jelaskan.

Pstt…tiada baju cheongsam kerana hanya beli baju merah di atas sempena CNY tahun ni.

psst lagi... kepada ayong qiela dan lyshabella, aku saja nak selit nama korang kejap. tapi tatau nak tulis apa.

Sekian, terima kasih.




You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook