sambutan maulidur rasul

4:44 am




apabila boss aku, miss yong tanya, "ira, apa itu maulidur rasul? pegi semayang macam cina pegi semayang masa CNY ke? tahun baru islam ke apa?". terkedu dapat soalan begitu secara tetiba masa tengah kusyuk buat kerja office yang berlambak twitter-ing dan facebook-ing depan PC tadi. aku jawab, "err...bukan tahun baru miss. kalau tahun baru itu lain. yang ni birthday Nabi Muhammad S.A.W" entah dia paham ke tidak aku pun tatau sebab dia terus masuk bilik dia tadi. hahahaha!

apa itu maulidur rasul?
malas nak buat ayat lah sebab aku demam selsema ni.
terima kasih la pakcik wiki:

"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya."

------------------------------------------------------------------------



cerita pasal sambutan maulidur rasul, aku teringat zaman aku sekolah rendah agama masjid jamek, beserah dulu kala. dari tahun 1996 - 1999 aku sekolah sana, perghhhh banyak kenangan! gambar kat atas tu gambar masa sekolah agama dulu. aku baik beb zaman dulu. sekarang je dajal sikit. hahahaha. rindu giler kat korang weyh!



eh apa kene mengena kenangan sekolah agama dengan maulidur rasul? dulu, setiap kali sambutan maulidur rasul kami berarak bawak sepanduk keliling satu beserah ni. then last destination, kumpul ramai-ramai kat padang depan sekolah. sekarang ni, padang depan tuh dah ada masjid besar dah. dulu lapang je... memang best kenangan dulu. seronok! tapi...malangnya sekarang, aku tengok dah takde berarak bawak sepanduk semua ni. entah hilang mana generasi muda sekarang. duduk rumah main PS3 mungkin? layan mukabuku dan burung berkicau? hurmmm....sadis!

lagi sadis bila...

Photobucket
(klik gambar untuk tumbesaran)

siapa yang search keyword: "gambar separuh bogel erry putra" tu hah? takde adab! tak pernah aku letak sebarang gambar lucah atau bernajis. tak macam siggplus tuh. blog dia mengalahkan redtube lagi!

moral of the story:
esok kalau ada perarakan aku nak join! "kalau ada.."


SALAM MAULIDUR RASUL

You Might Also Like

4 comments

  1. huhu...bru cadang nk wat entri psl nih..dh ade org buat..xper le..huhu..lgpon nice entri..hihi..

    tue gmbr sape mase kecik tuh??huhu

    Salam Maulidur Rasul..huhu

    ReplyDelete
  2. ish adek abang ni, per dok promo tiub merah ni... x senonoh tul!

    ReplyDelete
  3. entahnya, tak senonoh betul promote redtube. haih

    haha

    ReplyDelete
  4. eh. sama laa..kitapun sekolah agama masjid jamek beserah gak. tp batch lain.. hehe

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook