Al-Fatihah buat Mama

8:06 am

Mama,
Setiap detik yang berlalu,
Hati dan jiwaku terusik,
Menahan rasa sedih di hati.

Mama,
Tiada lagi gelak tawa mama.
Tiada lagi senyuman manis mama.
Tiada lagi kedengaran suara halus mama.
Tiada lagi kasih sayang dari mama.
Dan, aku lemah tanpa semua itu.

Mama,
Perginya mama tanpa aku disisi.
Pergi meninggalkan diri ini.
Menitisnya air mataku mengiringi pemergian mama kali ini.
Mama pergi tanpa kembali lagi.



Nukilan hati,

Shahirah [02032010]



buat Ahmad Fitri, sahabat dari dunia kanak-kanak ku... salam takziah dari aku untuk keluargamu di atas pemergian mama tersayang pada pagi ini, 2 Mac 2010. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

You Might Also Like

6 comments

  1. semoga rohnya dicucuri rahmat~

    ReplyDelete
  2. Tiada apa yang kekal di dunia ini, dari DIA kita dijadikan, pada DIA jugalah kita dikembalikan....

    Al-Fatihah....

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S