Nasha Aziz dirompak RM 40,000

10:15 pm



Nasha cedera dalam kes rompakan


Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
[email protected]


KUALA LUMPUR - Model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz mengalami detik cemas apabila dia disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Ampang Hilir di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.23 petang itu, artis berbadan tinggi lampai berusia 40 tahun itu kerugian sebanyak RM40,000 apabila wang tunai termasuk barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia.

Difahamkan, sebelum kejadian, Nasha memandu kenderaan Naza Ria dengan ditemani seorang rakan wanitanya dan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang di sebuah bank tidak jauh dari lokasi dia disamun.

"Sebaik berhenti di persimpangan itu, dua lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 menghampiri kenderaan pelakon tersebut.

"Pembonceng motosikal itu kemudian memecahkan cermin kerenderaan pelakon itu dan mengambil beg tangan yang diletakkan di riba Nasha," kata jurucakap polis ketika dihubungi Kosmo! semalam.




*********************************************

pepagi buta dapat mms dari ayah. semakin menjadi-jadi kes macam ni. korang tak boleh ke buat kerja halal sikit? nak aku kasi pelempang 88 das ke? aku sebagai mangsa beberapa minggu yang lepas, sangat membenci penyangak macam ni. memang sakit hati la kan? siapa yang pernah kena je tahu rasa macam mana. =..=


You Might Also Like

2 comments

  1. kesian kan nasha??? gila banyak kot duit dia kena rompak.. =)

    ReplyDelete
  2. 40k?

    Itu memang sumpah gila wei~

    Sebab tu kalau aku drive, segala benda aku letak kat bawah seat~

    T__T

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook