Review: Paranormal Activity 3

7:40 am


korang mesti bosan sebab blog ni dah macam setiap entry asyik review filem je kan? nak buat macam mana, ni je aktiviti terluang. hahaha. esok-esok ada lagi movie nak review. memang la tengok wayang memanjang. so kali ni, filem Paranormal Activity 3. baru je ditonton di Pavilion, KL tadi. 

*masa menaip entry ni, saya tengah rasa seram sejuk. memang tangguh kejap buat mula-mula sebab terdengar bunyik kat dapur. seram tak? nak buat macam mana, beberapa bulan lepas ada budak mati jatuh apartment ni betul-betul belakang dapur rumah saya. ok, ini seram gila.


Paranormal Activity 3 (PA3) ialah filem yang penuh dengan kejutan. dah nama pun filem seram memang lah banyak terkejut kan? di ingatkan, kalau tak pernah tengok PA1 dan PA2, jangan lah tengok PA3. nescaya kamu akan kebingungan yang amat. pergi tengok PA 1 dan PA2 dulu ok? kisahnya sebenarnya cerita pasal video tape lama Kristie dan Katie masa kecik... tahun 1988. emak diorang ni ada boyfriend nama Dennis yang merupakan wedding videographer, terdengar bunyi-bunyi pelik kat rumah diorang so Dennis ni pasang lah kamera banyak-banyak dalam rumah diorang ni. masa ni dah terfikir, sejak diorang kecik sampai ke tua, memang family diorang ni spesies suka rakam macam2 ke apa? kekekeke...

si adik ni, Katie ada imaginary friend nama Toby. duk sewel je lah budak ni cakap dengan Toby. tapi dia je nampak Toby orang lain tak nampak. macam-macam kejadian pelik kat rumah ni berlaku berkaitan dengan Toby. tapi mak diorang, Julie tak percaya semua ni. Sekali lagi, saya rasa macam adegan PA1 ada dalam PA3 sebab Katie dalam PA1 tu pun sama la perangai mak dia ni hempas pintu lagi tak percaya macam-macam pasal hantu ni. tapi, dalam PA3 ni, memang saspen terlalu banyak, dan seram boleh tahan. dalam PA3 ni jugak lah semua orang akan tahu mana asal usul semua kejadian paranormal yang menghantui dua beradik ni sebenarnya. saya bagi 4 bintang untuk filem ni.

*tetibe bunyi kaca berderai kat belakang dapur. fuhhh tatau apa pulak jatuh belakang rumah saya ni. seram betul. 



semalam jalan-jalan bersama Sony dan Canon, bersama rumet ke Pudu Sentral, Pekeliling, Berjaya Times Square, Pavilion, dan Sg Wang Plaza, Penjara Pudu. sepanjang perjalanan memang lah camwhore sana sini. lagi-lagi kat landasan LRT gambar memang cantik. tapi semua ada dalam DSLR malas nak copy pun lagi. bila entah rumet ku nak transfer gambar. dah jalan sana sini, rasa lapar terus pergi makan China Ramen kat Food Court Times Square. nyummmy! sangat sedap tak terhingga. RM6.80 sangat berbaloi.


my baby Ozil dapat abang baru lagi. comel kan kura-kura baru saya? mata stim je. dah lah besar. leher terkulai layu. alololo comel. lepas ni tager nak beli patung kura-kura mata bulat comel tpau muka garang kat KLCC. dah jumpa port jual patung penyu dan kura-kura bermacam jenis. yeay!

  

sebelum balik, sempat buat henna lagi. memang setiap hari raya deepavali. kali ni buat kat flea market dalam Times Square. RM4 je murah kan? mula-mula dia letak glitter, balik rumah dah basuh, emmang puas hati. dah hari kedua ni, henna tu tetap pekat semacam. cantik sangat! by the way, tunggu entry saya seterusnya tentang review filem lagi. sebab saya baru dapat tiket free premiere screening dari Nuffnang ni. yeay! :)

You Might Also Like

4 comments

  1. nak tgok ar cite tuh. hehehe...

    ReplyDelete
  2. kalau nak taw dalam cermin tu image betul kita @ tak.,,
    tenung muka kita lama2...kalau gambar tu ta bergerak n ta ase tu kiter...
    mknenye tu bukan kita la..hehew

    ReplyDelete
  3. tgk gmbr jer mcm dh seram dah..huhu

    ReplyDelete
  4. Huyooo...review pasal filem,tapi aku lagi tertarik dengan makananan tu.

    nampak sedap!

    lapar~~

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook