Review: Total Recall

6:33 am



Release Date: 02 August 2012
Language: English
Genre: Action / Adventure / Science Fiction
Duration: 2 Hours
Director: Len Wisemen
Cast: Colin Farrell, Bill Nighy, Bryan Cranston, Kate Beckinsale, Jessica Biel, Ethan Hawke

dah ramai sangat selalu duk tanya kat Twitter, filem ni berapa jam? lama ke? siapa berlakon? hah lepas ni buat review nak letak semua details siap-siap. hehehe.. semalam tengok Total Recall, lepas dipengaruhi akwan-kawan Twitter yang katanya filem ni best gila. ye ke? cerita pasal apa entah?


Film Total Recall sangat dinantikan oleh kalangan kaki wayang kerana filem pertamanya tahun 1990 sangat sukses dipasaran dan filem ini adalah remake dari filem tahun 1990. Filem ni berlatarkan bumi pada masa akan datang di mana berlaku pencemaran kimia tahap kronik sehingga menjadikan manusia hampir terpupus dan cuma ada dua lokasi jer yang terselamat iaitu United Federation of Britain (F.U.B) dan The Colony dalam negara yang sangat futuristik yang dinamakan Euromerica.


Douglas Quaid (dilakonkan oleh Collin Farrel), telah melakukan perjalanan virtual  di pusat bernama Rekall dan mempunyai seorang isteri yang cantik, Lori (lakonan oleh Kate Beckinsale). Quaid yang memilih untuk melakukan perjalanan virtual memilih untuk menjadi perisik rahsia. Sebuah pekerjaan yang menarik tetapi ternyata memiliki risiko yang sangat besar kerana tanpa Quaid sedar dia sebenarnya memang seorang perisik rahsia di kehidupan lampaunya.

Setelah memori lamanya diaktifkan semula, Quaid kemudian menjadi buruan polis arahan Cohaagen (lakonan Bryan Cranston), pemimpin Euromerica. Quaid akhirnya meminta bantuan dari penentang, yang juga merupakan makwe lamanya yang terpisah dan menemui ketua penentang, Matthias (lakonan Bill Nighy) untuk menghentikan Cohaagen. Akhirnya pertempuran terjadi kerana Cohaagen dari F.U.B ni nak menakluk seluruh The Colony. berjayakah beliau?

selain daripada dua gadis hot dalam filem ni, aksi dan teknologi dalam filem ni yang menarik. nak tengok kapal merentas dunia yang seakan-akan lif terbesar yang pernah dibina? The Falls, akan jatuh  ke dasar bumi, sifar graviti buat beberapa minit, dan kemudiannya muncul bahagian dunia yang lain. selain daripada tu, teknologi telefon bimbit dalam tangan yang sangat cool! tu belum cerita bentuk rumah diorang, kereta terbang semua... kalau nak tengok semua benda awesome ni, pergi ke pawagam berdekatan cepat! 4/5 bintang.

"The past is a construct of the mind. The heart wants to be in the present" - Total Recall

You Might Also Like

2 comments

  1. Nice review. Memang terbaik grafik yang ditunjukkan.

    Jom baca review kitorang di kakiwayang.com juga : Review Filem Total Recall

    ReplyDelete
  2. Total Recall 2012 adalah filem 'reboot' atau 'remake'. Bukan sekual Total Recall 1990. Seperti juga The Amazing Spiderman 2012 baru-baru ini. Ia adalah 'reboot'/'remake' Spiderman 2002.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook