468x60

.

Churros Sedap - Street Churros kini di Malaysia!

Wednesday, October 12, 2016



Churros – pastri yang rangup dan enak dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan selalu menjadi kegemaran ramai seluruh dunia.  Kalau di negara-negara Eropah atau Amerika Latin, Churros ni selalunya dimakan waktu sarapan pagi, dapat pulak celup dengan dipping coklat cair atau dimakan bersama kopi atau latte panas. Aduh sedapnya! Meleleh air liur bila terbayangkan Churros ni. 





Street Churros – rangkaian Churros Café terbesar dunia – kini dibuka di Malaysia dengan cawangan pertama di IOI City Mall, Putrajaya dan cawangan kedua di 1Utama Shopping Centre, secara terus memberi peluang semua penggemar Churros untuk merasai keenakan dan kerangupan Churros ni sendiri. Street Churros, brand dari Korea ini juga memperkenalkan Churros berkonsepkan street food yang berkualiti premium, dengan menggunakan bahan-bahan segar dan resepi tersendiri.

Semua churros di Street Churros are freshly made bergantung kepada order dari customer, dan sentiasa panas dan rangup ketika dimakan. Di Malaysia, Street Churros ni sepcialize dalam 3 jenis pilihan churros, iaitu Original Churros berbentuk seperti ladam kuda, di tabur dengan cinnamon, chocolate atau cheese. Harga cuma RM4.90 sahaja! Murah kan?

Dan semestinya tak lengkap kalau makan churros kosong macam tu je, maka kita kena lah makan dengan dipping sauces yang ada. Ada pelbagai dippping sauces untuk dipilih sesedap anak tekak korang, iaitu Chocolate, Cream Cheese, Strawberry dan Blueberry, dengan harga cuma RM1.50 sahaja.




Selain Original Churros, ada jugak Filling-Chu iaitu churros yang ada filling didalamnya. Kiranya tak payah dipping sauce pun siap datang satu pakej ada filling dah dalam tu. Pilihan Filling-Chu yang ada ialah Chocolate, Cream Cheese atau Blueberry, Filling-Chu memang menjadi pilihan ramai dengan harga cuma RM7.90. Dah makan churros, teringin nak makan aiskrim pulak? Hah, boleh try Ah-Chu. Dengan harga RM7.90 juga, korang boleh dapat makan churros panas bersama aiskrim sejuk yang lazat! Didatankan dengan empat pilihan Ah-Chu; Choco Choco, Choco Berry, Strawberry, dan Plain Vanilla.


Selain Original Churros, Filling-Chu dan Ah-Chu, Street Churros juga menyediakan pelbagai pilihan Latte iaitu Choco Latte, Green Tea Latte, dan Milk Tea Latte dan juga untuk bukan penggemar Latte boleh pilih Fresh Lemonade dan Passion Fruit Ade. Tapi ofcourse pilihan hati saya Green Tea Latte! Tapi Street Churros juga ada menu baru iaitu Oh My Mango dan I Love Strawberry. 


Dan berita baik kalau korang penggemar Churros, untuk bulan Oktober ini, Street Churros mengadakan Churros Fest! Setiap Ahad, datang je jam 2 petang di IOI City Mall (Lower Ground, LG-66A) atau 1Utama outlet (Lower Ground, LG319A) dan anda boleh dapatkan churros yang berharga RM2 sahaja! 



Hah apa lagi serbu ramai-ramai ke Street Churros! 



3 comments:

  1. Tetiba jadi lapar churros balik bila baca ni. Hehehe..

  1. Rafzan Tomomi said...:

    best kak. rasa nak repeat lagi churros ni hehe

  1. Sedapkan... Haaa punya lah layan sekali sos dia tertumpah kat baju dila...

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates