5 Tips Travel ke Bandung, Indonesia!

9:21 am



Bercuti atau melancong ke kota Bandung, Indonesia bukan lagi menjadi sebuah pilihan tapi macam tempat wajib dilawati dah rasanya. Terkenal dengan syurga membeli belah, Bandung juga sebuah kota yang memiliki banyak wisata atau tempat pelancongan yang bersejarah seperti muzium. Tiba-tiba teringat trip ke Jakarta– Bandung tahun lepas masa Hari Raya Aidiladha. Tahukah jarak perjalanan menaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung Cuma 3 jam sahaja? Yang menariknya, pelbagai pemandangan indah sepanjang perjalanan!


Kalau korang nak ke Bandung, carilah tempat penginapan yang biasanya ada promo hotel murah lepas tu memiliki fasiliti yang lengkap. Contohnya, korang boleh cuba untuk tempah bilik di Hotel Horrison Bandung dan tinggallah beberapa lama pun di Bandung lepas tu! Mesti rasa taknak balik punya lah!


Nah, berikut ialah beberapa perkara dan tips sebelum korang ke Bandung.


1. Muzium ditutup pada hari Isnin.

Ini tips paling penting sekali untuk korang ambil tahu. Jika merancang untuk  bercuti ke Bandung dan ingin ke muzium di sana, pastikan tidak datang di hari Isnin. Sebab, muzium tutup pada hari tersebut. Karang penat je datang dari jauh ke Bandung, membazir pulak seharian

2. Jalan sehala!

Bandung ialah sebuah kota yang jalanannya tidak seluas di Jakarta. Tetapi beberapa jalan di Bandung menggunakan jalan one-way atau sehala untuk kenderaan. Konsep jalan sehala ni mulai diterapkan di Kota Bogo. Bagusnya jalan sehala ni, trafik akan lancer tapi bagi maslaah kalau kita salah jalan dan tak boleh pusing atau U-Turn sebarangan. Karang salah jalan terpaksa lah jalan jauh sikit nak patah balik. Kalau nak jalan-jalan di Bandung, pastikan tak sesat okayh? Jangan bazir waktu dan minyak kereta ketika travel!

3. Jaga adab dan bahasa

Dimana sahaja kita pergi atau travel ke negara orang,  kita kena jaga adab dan tatasusila kita di tempat tu. Macam tu jugak lah bila ke Bandung, jaga adab dan bahasa yang digunakan. Orang Bandung sangat ramah, sopan, dan menggunakan tata bahasa yang sopan. Nak berbual dengan kawan-kawan atau juga saat kita berinteraksi dengan warga Bandung, bahasa kena jaga. Tak lah suruh korang cakap bahasa Sunda pun, tetapi sopan dan sebaik mungkin tidak mengeluarkan kata-kata kasar, ya?



4. Jangan terlajak waktu.

Saat berlibur dan bercuti sakan di Bandung, korang akan melawat ke banyak tempat best untuk ambil gambar, melantak makan makanan enak, dan benda paling selalu terjadi ialah terlupa waktu. Konpem akan terlajak dari rancangan awal. Jangan sampai dha malam baru sedar! Jangan juga pulang ke hotel atau hostel hingga larut malam. Bukan apa, bahaya jalan dalam gelap. Lagipun mesti korang pun perlu berehat untuk jalan sakan lagi esoknya, ya dak?

5. Susun dan catat jadual perjalanan

Ke Bandung, ke mana sahaja tujuannya? Dan sudah ke mana saja selama korang bercuti di Bandung? Cuba listkan satu persatu atas kertas. Taman Hutan Raya? Farmhouse Lembang? Kawah Putih? Braga? Alamak! Yang mana lagi yang akan atau sudah dilawati? Dah susun itinerary, catat pulak satu persatu apa yang korang lalui dan jumpa sepanjang travel ni…. Kan senang nak tulis blog atau journal bila dah balik nanti? Nanti kalau lambat taip pun at elast akan ingat jugak bila tengok catatan. Jangan jadi macam saya dah 5 bulan baru nak update cerita bercuti, haha!


Tips penting lain yang perlu korang tahu bila melancong ke Bandung adalah, pastikan korang bawak baju sejuk! Cuaca kat sana sejuk okayh! Karang menggigil pulak takde sweater ke jaket ke pashmina ke apa untuk menghangatkan badan korang tu. Jangan lupa juga bawa semua kelengkapan elektronik seperti charger, powerbank, kamera, gopro dan apa pun lah untuk travel. Tipulah kalau travel tu taknak abadikan kenangan dengan bergambar. Telefon juga penting kalau ada hal kecemasan ke apa kan?

Hah macam mana? Cukup tak? 
Semoga sebahagian dari tips yang dikongsikan berguna. 
Selamat bercuti ke Bandung! 
Nanti saya kongsikan pula tips perjalanan saya ke Yogyakarta baru-baru ini! 

You Might Also Like

1 comments

  1. Greeting traveler

    Jom cuti2 Bandung,
    284 RM/ kepala
    4 Hari 3 Malam
    Murah tapi tak murahan..
    harga budget service 5 star...
    Nak pegi mana mana oun boleh, no rule, asal customer senang 😉

    sudah masuk sekali
    ✅ Hotel 3 star berhampiran cihampelas shoping mall
    ✅ Bilik deluxe, satu bilik untuk 2 orang
    ✅ Tea maker dalam bilik
    ✅ Makan pagi
    ✅ Airport transfer
    ✅ Transport untuk tour 4 hari
    ✅ Supir yang ramah dan berpatutan
    ✅ Minyak
    ✅ Tol
    ✅ Parking
    ✅ Kereta with good aircon

    Minat segera whatsapp admin yaa..
    10 orang pertama dapat percuma :
    ✅ bags Louis vuiton
    ✅ free indonesian sim card 1 pack


    whatsapp admin jangan lupa
    +6285318490001
    email : primeratrans@gmail.com
    facebook : Primera Trans Bandung

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S